BISUL OH BISUL.. CARA MENGUBATI BISUL

in , , by Nadia Johari, 17:17:00
hai assalammualaikum..
 
Bisul Oh Bisul..Cara Mengubati Bisul - Korang tau tak bisul tu apa? Kalau dah kene, sakit bukan kepalang. Kalau dah kene boleh demam, nak buat kerja pun dah tak boleh, rasa tak selesa. Nak makan pun dah malas, tak boleh tidur dan macam-macam lagi.
 
Tu kalau orang besar yang kena, kalau budak kecil macam mana agaknya ya? Tak sangka pulak bisul boleh tumbuh dekat budak kecik. Kesian anak buah nad, bambam ni. Dia kena bisul dekat kepala. Sebelum ni satu-satu tumbun, sekarang dah merebak ke kepala. Tak tau la apa dia ras, tapi tengok dia hari-hari, ok je. Ketawa sahaja, macam takda rasa sakit apa. Nak kata demam takda demam pulak. Dia jalanai kehidupan macam baby lain. Mak dia pun dah bawak pergi klinik, alhamdulillah dah kurang sikit.


Disebabkan itu miszrockers search google..nak tengok mcm ne leh tmbuh bisul.. 
 

Cara Mengubati Bisul

Ape itu Bisul

Bisul ialah jangkitan pada folikel rambut/bulu roma yang menyebabkan penghasilan nanah atau abses.Bisul atau abcess adalah akibat sesuatu bahagian ditubuh manusia yang dijangkiti kuman. 

Perebakan

Bisul merebak apabila mana-mana bahagian badan tersentuh bisul yang pecah. Bisul yang terjadi di sekeliling mata dan hidung adalah sangat serius kerana racunnya boleh merebak hingga ke otak.
Setiap kali bisul terhasil, badan akan bertindakbalas dengan membentuk pertahanan bagi melawan kuman tersebut dan hasil dari pertahanan badan tersebut terbentuklah nanah pada bisul tersebut. 
 
Tetapi jika badan manusia tersebut sentiasa terdedah kepada jangkitan kuman iaitu dari segi kebersihan persekitaran terutama bayi-bayi maka kejadian bisul tersebut akan berulang-ulang terutaman pada bayi atau kanak-kanak yang mengalami masalah alahan kulit
 
Dan jika setiap kali bisul terjadi - kuman jangkitan kuman tersebut tidak dihapuskan semuanya sekali terdapat kemungkinan ianya akan terjadi ditempat yang lain kerana akibat dari aliran darah yang dikotori kuman tersebut dan ditambah oleh faktor persekitaran yang tidak beberapa bersih

Kemunculan dan lokasinya

Bisul ialah bengkak berwarna merah dan terasa sakit di bahagian bawah lapisan kulit. Ia dipenuhi nanah dan kelihatan seperti jerawat batu. Nanah atau abses boleh membesar lebih dari saiz bola ping-pong dan terasa sangat sakit. Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh kuman Staphylococcus Aureus iaitu sejenis kuman yang tidak merbahaya. Ia hidup di permukaan kulit dan di kawasan yang terjangkit seperti luka atau jerawat. 
 
Oleh itu bisul lazimnya muncul apabila sistem pertahanan badan kita merosot. Bisul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan tetapi selalunya ia terjadi di bahagian yang berbulu dan yang melecet seperti ketiak, kelopak mata, buah dada, punggung, muka, kelangkang dan di belakang tengkuk. Apabila bisul menjadi besar, ia dikenali sebagai karbunkel. Selalunya karbunkel terjadi di belakang tengkuk dan punggung.

Karbunkel adalah bisul yang besar atau kelompok bisul kecil yang bergabung bersama.Biasanya ia mudah terjadi di kalangan pesakit diabetes.

Penjagaan sendiri


  • Mengamalkan kebersihan diri terutama di kawasan yang mudah terjadinya bisul. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan badan sentiasa bersih. Menggunakan sabun antibakteria mungkin dapat menolong individu yang mudah berpeluh dengan banyak atau bekerja di kawasan yang kurang bersih.
  • Elak diri dari memakai pakaian yang ketat.
  • Jangan menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menyebabkan jangkitan.
  • Gunakan losyen antiseptik seperti Cetrimide atau Acriflavine pada kulit yang pecah untuk mencegah dari jangkitan atau perebakan jangkitan.
  • Cuci mana-mana bahagian badan yang tersentuh dengan bisul yang pecah.
  • Jangan memicit, menggaru atau memecahkan bisul kerana bisul yang pecah atau luka yang terbuka boleh menggalakkan jangkitan. Memicit bisul boleh menekan jangkitan jauh ke dalam kulit. Manakala menggaru bisul yang pecah boleh merebakkannya ke tempat-tempat lain.
  • Apabila bisul terjadi, tuamkannya dengan bahan yang suam selama 10 minit sebanyak 3 kali sehari untuk membantu memasakkan bisul yang kemudiannya akan pecah dengan sendiri. Selain itu, ambilkan botol berisi air panas atau pad pemanas yang kalis air dan letakkannya di atas tuala lembap. Kemudian tuamkan ke kawasan bisul. Ini juga boleh membantu meredakan keadaan..
  • Makan ubat penahan sakit jika anda tidak berdaya menahan kesakitan.
  • Apabila bisul telah pecah, cuci bahagian itu secara menyeluruh dengan sabun antibakteria untuk mengelakkan jangkitan dari merebak ke kawasan lain. Teruskan penggunaan penuam yang suam selama 3 hari selepas bisul telah pecah. Balut dengan kapas yang kering dan tukar setiap hari sehingga bahagian tersebut telah betul-betul sembuh.
  • Cuci tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan kerana bakteria yangterkandung di dalam bisul boleh menyebabkan keracunan makanan.
  • Mandi dengan air pancuran (shower) kerana menggunakan air pancuran dapat mengurangkan jangkitan dari merebak.
  •  Sapukan bedak sejuk ditempat yang terkena bisul =. lakukan berulang kali. InsyaAllah berkesan
  •  Ambil kapur sirih, sapukan ditempatkan terkena bisul. Biarkan kering dan lakukan berulang kali
  • 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk halus, sapukan di tempat bisul dan tutupkan dengan kain.

Berjumpalah doktor sekiranya..

  • Bisul terjadi di muka.
  • Bisul tidak sembuh selepas dirawat di rumah lebih dari 5-7 hari .
  • Saiz bisul lebih besar dari bola ping-pong.
  • Jika terdapat tanda-tanda ianya semakin teruk, seperti:
  • Teramat sakit, bengkak, terasa panas, kemerahan atau lembut.
  • Terdapat garisan/jaluran merah yang merebak keluar dari kawasan bisul.
  • Nanah keluar berterusan.
  • Jika anda mengalami demam.
  • Jika bisul tumbuh semula di kawasan yang lama atau di kawasan lain.
  • Jika anda menghidapi Diabetes.
  • Jika terdapat gumpalan lain, terutamanya jika ianya menyakitkan yang terjadiberhampiran dengan tempat jangkitan.
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. thanks for da info.....saya igt bisul ni tumbuh kat punggung je sebab kwn sye penah kena beberapa kali...

    ReplyDelete
  2. welcome..share is caring...=)..cpet2 ubt

    ReplyDelete
  3. Kesiannya baby tu...
    semoga baby cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. myu..tau xpe..dah la bru bby..tp die main mcm budk baisa..mcm x skit..

    ReplyDelete
  5. huhuhu...ksian tgk pic baby 2.. ecah msa budak2 dlu slalu kne bisul..dah besa xkne dah..hehe

    ReplyDelete
  6. ecah..ecah pnh kne..msti skit kan

    ReplyDelete
  7. Tq for the info.. saya sedang mengalami masalah ini. Tak pernah2 kena selama ni.. aduhai perit tak terkata >.<

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2