hai assalammualaikum..
nad ternampak kat group UUM..ade sorang post..nad sebagai ex student UUM..amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada pelajar berkenaan..sebelum ni ade jugak kemalangan yang berlaku melibatkan pelajar chinese mase nad study kat UUM, kemalangan terjadi kat EDC UUM...maut jugak..dan ini yang kali kedua nad dgr berita pelajar maut..
mari ikuti kisah ini..sumber dari SINAR HARIAN
Pelajar UUM maut kereta dihempap lebih 500 papan
25 Disember 2012
BUKIT KAYU HITAM - Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut
setelah kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya dihempap lebih 500
keping papan dari sebuah lori treler berhampiran Kompleks Kastam dan
Imigresen Bukit Kayu Hitam di sini, kira-kira pukul 8.15 malam tadi.
Tan Chuan Ta, 20, dari Kajang, Selangor maut di tempat kejadian akibat
cedera parah di kepala manakala rakan pelajarnya, Wang Zong Ching, 24,
iaitu pemandu kereta; Khoo Kah Wai, 22; dan Yong Hoi Siong, 23, cedera
ringan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusof berkata ketika
kejadian sebuah lori treler dipandu warga Thailand membawa muatan
ratusan keping papan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan ratusan
keping papan itu jatuh menghempap kereta dinaiki pelajar-pelajar
tersebut.
Katanya Tan Chuan yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kanan
tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Dia
dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.
"Tiga rakan yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit
luar di HJ (Hospital Jitra)," kata Ibrahim kepada pemberita di sini hari
ini.
Beliau berkata pemandu lori berkenaan melarikan diri ke negaranya
selepas kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesannya Ibrahim
berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan
Pengangkutan Jalan(JPJ) 1987.Empat sahabat itu dalam perjalanan pulang ke UUM selepas menikmati
makan malam di sebuah restoran di Pekan Danok yang bersempadan dengan
Bukit Kayu Hitam.- Bernama
maut datang tak mengira umur dan masa :)
ReplyDeleteinnalillah
ReplyDeletedah ajalnya mcm tu.. slm takziah..
ReplyDeleteTiap2 yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga dengan kita ....
ReplyDeletemselim3
ngeri bace berita tu.. salah orang lain, orang lain jadi mangsa.. ish ish.. semoga roh dicucuri rahmat..
ReplyDeleteHurmmm tak tahu nak ucap apa, orangnya cina.. apapun, ajal memang dtg memang tak diduga... ='(
ReplyDeletesemoga roh dicucuri rahmatnya..ngeri..huh
ReplyDeletesimpati kepada keluarga mangsa...
ReplyDeleteirwan..yup..betul tu..sentiasa beringat
ReplyDeleteammelia..chinese yang maut..
ReplyDeleteyui..mati x kire di mn kan..
ReplyDeletemselim..betul tu..kita kene selalu beringat..sentiasa dektkn diri kepada Allah
ReplyDeletekay are..betul tu...kdg2 kite dh pndu selmt pun tp leh kemlgn sebb org lain..xpela dh ajal..
ReplyDeletesys chot...ajal die wak..
ReplyDeletekak nora..nad pun simpati..
ReplyDelete