hai assalammualaikum
kite perlulah sentiasa merenung setiap perkara yang kita lakukan.. supaya kita sedar akan kelemahan kite sebagai hambaNya dan sentiasa mendekatkan diri kepadaNya..
1) Pabila kite tengok keindahan alam kita pasti akan merenung dan berfikir bagaimana tumbuh-tumbuhan ini boleh terjadi..dan mase itu kita akan teringat kepadaNya..Allah yang mencipta manusia..mencipta haiwan..mencipta tumbuh-tumbuhan.. mencipta langit dan matahari..Subhanallah..kekuasaan Allah..tiada sapa mampu menandinginya..
2) Dalam pada kite sedang menikmati hidangan..kita renunglah..dari mana datangnya reziki kita..memang setiap manusia akan berfikir..ia datang dari hasil usaha kita..namun..setiap reziki dan nikmat yang diberikan adalah daripada Allah..Jangan ada di dalam hati kita perasaan sentiasa tidak cukup, kerana kalau kita rasa macam tu, apa-apa saja pun tidak akan cukup. Allah memerhatikan kita setiap masa..dan bila2 masa juga Allah boleh menarik nikmat itu sekiranya manusia tamak dan alpa...sekiranya kita mendapat nikmat yang banyak..ucapkan la syukur alhamdulillah..Begitu juga dengan nikmat yang ada pada tubuh badan kita. Mata; Allah kurniakan kepada kita untuk melihat dunia dan ciptaan-ciptaanNya..
3) Sudah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis memberitahu kenikmatan yang dirasai di dalam syurga kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh. Apabila kita bandingkan dunia dan syurga apalah sangat yang ada di dunia ini berbanding dengan syurga. Syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tidak terbayangkan seperti buah-buahan, susu, arak (hanya halal diminum disyurga, di dunia tetap haram), batu permata, emas, dan sebagainya .. Tak rasa macam nak masuk syurga ke?..sentiasa motivasi diri untuk tidak lupa tentang kebesaran Allah dan alpa tentang duniawi.
4) Selain syurga di dalam Al-Quran juga ada banyak menyebut tentang azab-azab seksaan Allah kepada orang yang melampaui batas dan melanggar perintah-perintah Allah. Nauzubillah... Allah membayangkan api yang ada di dunia ini hanyalah sebesar biji sawi yang dipotong-potong halus, dan hanya sebutiran potongan itu sajalah kepanasan api dunia. Kita renungkan, kalau api yang ada di dunia ini sudah cukup kuat untuk membakar kayu api ataupun sebuah kawasan di bumi, apatah lagi neraka yang besarnya berganda-ganda,
Biarpun kita ini merupakan seorang hamba yang banyak berdosa kepada Tuhannya, jangan lupa kurniaan Allah yang tertinggi iaitu keampunan.
5) Kita manusia, sering alpa, dan banyak pula berdosa. Terlajak tidur atau tertidur awal kerana kecuaian dan kelalaian kita sehingga tidak dapat menunaikan solat pada waktu yang sepatutnya. Kemudian, kita sering melakukan perbuatan-perbuatan dosa yang dianggap kecil dan remeh temeh, padahal sepatutnya kita menanamkan di dalam diri kita, bahawa jangan kita pandang kecil perbuatan dosa. Biarkanlah diri berasa bersalah dengan kecuaian-kecuaian kita supaya mudah kita beristighfar kepadaNya, dan terdetik di hati kita untuk mengubah diri menjadi ke arah yang lebih baik daripada semalam.
In Shaa Allah ;)
ReplyDeletenice sharing nad.. tu lah, termasuk wan sekali terkadang lupa :(
ReplyDeletenice sharing nad.. tu lah, termasuk wan sekali terkadang lupa :(
ReplyDeleteSETIAP APE YNG KITA LAKUKAN..KITE MESTILAH SELALU RENUNGKAN..=)BERUSHA UNTUK MNJADI LBIH BAIK
ReplyDeletenice post.. memang kita harus sering sering merenungkan segala nikmat Alloh subhanahu wata'ala agar kita bisa selalu bersyukur dan menjadi hamba Alloh yang taat ..
ReplyDeletesesama kita renungkan...nice sharing
ReplyDeleterenungan yang terbaik bagi renungan buat semua...
ReplyDelete=)..smoga kita semua menjadi insan yang berguna
ReplyDeletebetul tu..sebagai umat islam kita harus merenung perkara nie..semoga kita semua menjadi insan yg taat pada suruhan agama..ingatlah setiap perkara yg kita lakukan mesti ada balasan pahalanya..:-)
ReplyDelete