hai assalammualaikum..
ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan
tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri
sebagai ibu dan bapa kepada Shila.Sharnaaz sebelum ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia
akan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi
terbabit.
"Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.
"Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang
menentukan itu isterinya," kata bekas penyanyi tradisional itu dengan
tegas.
tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan
kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga
Sharnaaz mengenai perkahwinan itu.
"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua
itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan
saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata
ND Lala lagi.
"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau
menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana
saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.
"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.
"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan
oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri
tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan
Internet.
"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik
keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap,
hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang
boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.
ND Lala bagaimanapun tidak menolak jika jodoh memang ada antara Shila
dan Sharnaaz, tetapi menegaskan belum sampai waktu untuk anaknya
berumahtangga.
dunia artis macam ini la..kalo nak amik anak orang..amik la hati kedua ibu bapanyer dulu..bukan abaikan..bila sseorang itu berkahwin..bukan dengan bininya sahaja..malah berkahwin dengan seluruh keluarga..
hmm...harap boleh diselesaikan dgn cara yg baik.
ReplyDeleteKESIAN SHILA AMZAH..CINTA X DIRESTUI IBUBAPA..HUHU
ReplyDeleteLelaki tu pun bengung..
ReplyDeleteapahal ler cakap macam tu..hehehehehe.
Macam2lah dengan artis ni... aiyarkkkkk... baik jadi rakyat biasa, lebih tenang.. kalau ada papehal, tak tersebar satu dunia... hurmmm.. apapun, ena tak berapa suka sharnaaz ni...
ReplyDeletesetuju dgn note nadia tu.. nk anak pikatla mak ayah.. diorng yg bela dpd kecik kot.. jgn ikut sedap je.. huhu. *mcm2 kontrobesi diorng dua org neh, huhh~
ReplyDeletetak tahu nak kata apa. nak anak dara orang pun tak reti nak hormat orang tua si anak dara tu. haihhh, manusia
ReplyDeleteBelum kawin pun dah kecoh... Bila kawin nanti huru hara :) tabik2 cakap yer hahha
ReplyDeleteKesian Shila...sepatutnya kena ambil hati ibu bapa si perempuan dulu..hmm..
ReplyDeleteEyz tag cni
http://miseyz.blogspot.com/2013/01/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html
kena jada adab kita...belum kata putus jgn war2 kan..takut tak menjadi nanti....semua malu.....
ReplyDeleteHarap dpt berbaik2 pas ni..
ReplyDeleteharap2 kesduhnnyer semua baik kan
ReplyDelete