SALAM MAULIDUR RASUL

in , , , by Nadia Johari, 13:44:00
hai assalammualaikum..



Nabi Muhammad adalah nabi terakhir..Beliau dipilih Allah sebagai Nabi kerana sifatnyer yang baik hati dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah


Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib
Tarikh Lahir Nabi: 12 Rabiulawal Tahun Gajah

Nama Ibu susuan Rasulullah:
  • Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) 
  • Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

  Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 
  • Berkata benar (siddiq) 
  • Boleh dipercayai (amanah)
  • Penyampai ajaran Islam (tabliq)
  • Bijaksana (fatanah)
 Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: 
  • Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) 
  • Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
  • Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
  • Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
  • Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
  • Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Begitulah kisah dan biodata Nabi kita..... Semoga kita belajar dan mengingati sirah dan sunnah Nabi supaya menjadi amalan dan panduan dalam hidup kita....
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Salam maulidur rasul nadia :-)

    BY: DJ dan CHEF
    (djdanchef.blogspot.com)
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

    ReplyDelete
  2. salam maulidur rasul juga nadia..:D semoga kita sama2 merenunung pgorbanan baginda dan bykkn slewat keatasnya..:D

    ReplyDelete
  3. Salam maulidur rasul yaaa sis ~

    ReplyDelete
  4. nabi muhammad utusan akhir zaman. :)

    ReplyDelete
  5. salam maulidur rasul kepada semua blogger..sentiasa berselawat ke atas nabi junjungan kita..

    ReplyDelete
  6. salam maulidur rasul....berselawat , ikuti sunah Nabi. :)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2