hai assalammualaikum..
minggu lepas MAHARAJALAWAK MEGA kumpulan jozan hanya seorang sahaja kan..iaitu zizan..johan tidak dapat beraksi kerana baru selesai pembedahan lutut..jadi xnak menghampakan peminat..zizan terus membuat persembahan dengan bersendirian di negerinya sendiri iaitu Terengganu..tadi nad baru terbaca tentang zizan dekat murai.com..jom same2 baca..
Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 11 JAN 2013: Pertaruhan kumpulan pelawak
hebat yang dibarisi Zizan Razak dan Johan iaitu Jozan di Maharaja Lawak
Mega 2012 masih lagi berbaki sebanyak dua pusingan. Namun begitu, pada
minggu lalu Johan tidak dapat bersama dengan Zizan untuk beraksi di
pentas Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM2012).
Atas kecederaan bahagian lutut yang dialami Johan ketika bermain
futsal, Jozan yang diramal mampu merangkul gelaran juara tersebut seakan
kurang bisanya apabila Zizan hanya bersendirian di atas pentas membuat
persembahan.
Zizan yang ditemui baru-baru ini di majlis pengumuman Top 5 bagi
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) diajukan
mengenai strategi atau langkah yang bakal diaturnya untuk Jozan ke
peringkat akhir MLM 2012 kelak.
"Ada baik dan buruknya bila saya seorang diri diatas pentas MLM2012.
Ada juga yang kata, mungkin ini masa untuk saya buktikan saya boleh
berlawak walaupun secara solo. Tetapi sejujurnya, ia bukannya perkara
yang senang.
"Betapa leganya saya bila ada orang gelak ketika saya buat lawak secara
solo di atas pentas. Saya sampai pernah menitiskan air mata kerana
tidak percaya saya boleh melakukan lawak secara solo. Sebenarnyag kalau
difikirkan, membuat lawak secara solo amatlah sukar.
"Tetapi kalau cakap pasal sokongan daripada peminat, InsyaAllah saya
masih yakin para peminat Jozan akan masih menyokong walaupun saya
beraksi solo. Ini semua bergantung kepada persembahan. Kalau ia berjaya
menambat hati mereka, saya yakin mereka akan terus mengundi untuk
Jozan,"jawabnya mengenai percaturan Jozan kini di dalam MLM2012.
Zizan juga diajukan soalan mengenai persembahan Jozan pada minggu ini
di MLM2012. Turut sama menjadi tanda tanya adalah kemunculan Jozan pada
minggu ini, adakah dia masih sendiri atau bersama Johan.
"Buat masa ini pun, saya masih belum mengetahui sama ada Johan akan
bersama dengan saya untuk persembahan terakhir sebelum ke final. Itu
semua bergantung kepada kesihatan Johan. Saya sentiasa bersedia untuk
sebarang kemungkinan yang akan berlaku," ujarnya ringkas.
Pada minggu lalu Zizan telah beraksi secara solo di pentas MLM 2012
yang diadakan di kampung halamannya, Terengganu. Untuk minggu ini Jozan
dan peserta MLM2012 yang lain akan beralih ke negeri Perak sebelum
menamatkan pertandingan akhir di Johor Baru.
Dalam pada itu, Johan juga baru mendapat cahaya mata keduanya bersama
isteri, aktres Ozlynn. Dia masih lagi berehat setelah dilaporkan
mengalami kecederaan serius di bahagian kakinya apabila ligemen dan
meniscusnya terkoyak ketika bermain futsal, dua minggu lalu.
so korang jangan ketinggalan menonton MAHARAJALAWAK MEGA malam ni ok..dan nad ucapkan tahniah kepada johan kerana baru sahaja mendapat cahaya mata..harap2 malam ni johan ade..=)
nice entri sis ~~~
ReplyDeletetapi zizan memg bezzz :)
Kasihan gak tengok Zizan ini...nak habis dah episod ini...buat hal lak..sabar yekk!!
ReplyDeletenajihah..thnks..
ReplyDeletehanif..tu la apsl..cubela die jadi mcm die dulu masuk rajalwak..