hai assalamualaikum..
pada malam MAHARAJALAWAK aritu..zizan sekali lagi telah melakukan aksi seorang diri disebabkan johan masih belum pulih lagi akibat kecedaraan lutut...pada persembahan pertama zizan kelihatan goyah dan blur.mayb bukan nad saje perasan..mesti semua orang perasan kan..mayb die dah lama x berlawak seorang diri..die jadi x tentu arah dan kurang mendapat idea..yela selalu dengan johan..zizan sangat hampa dengan persembahan die malam itu..
"Saya akui agak kecewa dengan persembahan saya minggu lalu. Saya tahu
para penyokong dan peminat juga merasai perkara yang sama. Tetapi
dilihat dari sudut positif, ia merupakan pengalaman untuk saya kerana
bila sendiri di atas pentas apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya
seorang. Tiada siapa perlu diletakkan kesalahan itu dan ini peluang
untuk saya timba pengalaman baru sebagai comedian.
"Melakukan stand up komedi bukanlah mudah dan tema yang diberikan juga
amat mencabar. Walaupun ia sebuah rancangan lawak, kalau cakap pasal
peribahasa masih ada perkara yang perlu dijaga. Mungkin pelbagai faktor
yang ada telah menyumbang kepada kekurangan idea persembahan saya.
"Saya pada mulanya juga kurang yakin dan hampa apabila persembahan
berakhir. Sebab itu saya cuba untuk buat yang terbaik bagi pusingan yang
kedua. Alhamdulillah, di pusingan kedua saya rasakan semangat semakin
kuat lagi.,"ujarnya yang sekali lagi menitiskan air mata namun lega dan
puas kerana masih dapat beraksi untuk MLM 2012 akhir Jumaat ini.
Ditanyakan mengenai persediaan Jozan menghadapi final MLM 2012, Zizan
mengakui dia masih belum ada persiapan rapi kerana masih lagi menunggu
keputusan daripada pihak Johan mengenai status penghibur tersebut.
"Mengenai Johan saya tidak boleh komen apa-apa kerana saya belum pun
lagi mendapat confirmation daripada pihak dia. Cuma untuk final
persiapan belum lagi bermula sebab saya belum tahu samada Johan ada atau
tidak.
"Ini kerana persembahan berdua dan solo tidak sama. Untuk itu saya
hanya bersedia untuk apa kemungkinan dan jika secara solo saya cuma ada
beberapa idea difikiran tetapi belum betul-betul praktis,"ujarnya
mengenai persiapan Jozan ke pentas akhir MLM 2012.
"Apa-apa sahaja yang terjadi, Jozan akan teruskan juga perjuangan ini.
Saya akan cuba guna kekuatan yang saya ada daripada segi pergerakan dan
karakter yang saya mainkan untuk menghiburkan penonton.
"Tema muzikal dan freestyle sebenarnya
lebih sukar daripada yang dibayangkan. Jangan ingat freestyle senang
kerana ia lebih besar skopnya. Kemungkinan untuk finalis tampil dengan
idea yang sama juga adalah perkara yang perlu diambil kira.
"Jadi saya harapkan, walau apa pun keputusannya nanti saya harap
penyokong Jozan tetap terus menyokong kami di pentas akhir MLM 2012
nanti. Saya mewakili Jozan akan melakukan yang terbaik buat peminat yang
tidak jemu memberi sokongan,"komen Zizan
nad harap2 johan ade dan bergabung dengan zizan untuk memeriahkan MLM akhir nanti..ape2 pun nad sokong JAMBU...hehe
tak tengok lagi yg ni..nanti baru nak tengok
ReplyDeletestand up comedian memang susah...sebab ckp sorang2.......
ReplyDeleteseteguk ayor..g tgk..=)
ReplyDeleteremy..tu ar pasl..kesian die..