hai assalammualaikum..
apa khabar korang semua...harap-harap sihat-sihat belaka..ade masa lapang ni, nad nak buat entry kejap...huish penat pun tak hilang lagi..blog taknak terabai..blogwalking pun baru sikit...kesian my blog and my blogger friend..masa amat mencemnburui nad lor..line broadband pun dengki semcam je..hahaha..haishh banyak jugak yang dengki dengan nad..hhahha..bukan retis pun nak dengki-dengki..yang penting nad punya keje dah setel..weeee...bukan keje opis ye..keje untuk hari esok...hehhee...bersinar-sinar muka..blushing pulak..hehe..
esok adalah hari bersejarah nad..untuk step kedua selepas step pertama..ikut adat step pertama ofkos merisik..ape itu merisik??..Merisik merupakan langkah
pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi
pihak lelaki yang berkenan kepada seseoang perempuan untuk dijadikan
teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak perempuan
merisik lelaki yang menjadi pilhannya. Amalan ini biasanya dilakukan
sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung
ke rumah keluarga perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya
ialah hendak bertanya-tanya perihal anak perempuan keluaraga tersebut
sama ada sudah dipinang orang atau belum,serta menyatakan hajat pihak
lelaki untuk melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan
positif,maka pihak lelaki boleh membuat keputusan sama ada hendak
meneruskan hasratnya atau membatalkannya....
nak tau kisah nad mase dirisik..TENGOK SINI
step kedua plak mestilah bertunang...nak bagitau sikit ape itu bertunang...hehee..
Pertunangan merupakan mukadimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan
didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk
mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk
membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing
-masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia...
nak tengok hahaa..sabar belum lagi..nak bagitau je yang tema nad memang nak warna biru..wajib..tau jela saya wanita yang suka warna biru..tapi..tapi kan..dah ajdi lain tau..tema dah bertukar taman bunga..hahhaa..tak nampak biru pun..tapi okla..cantik..sebab sume family cakap biru je..tak menyerlah sangat..ok nad paham..nad turutkan je..dalam hati..huaaaaa....nak biru..hahaa...sabo jela cik kiah oiii..
ok tak..nk tengok penuh..tungguu...hehe
sekrang tak nervous..sok kang..ermm...msti nak gugur jantung..hhahah