KARNIVAL USAHAWAN DESA (KUD) PUTRAJAYA

in , by Nadia Johari, 00:30:00
hai assalammualaikum

Mata dah ngantuk tapi gagahkan diri untuk menaip..Harini nad menghabiskan masa dengan keluarga nad pergi ke Putrajaya. Harini merupakan hari terakhir Karnival Usahawan Desa di Putrajaya Presint 2. Dalam niat memang nak pergi, sebab nak jumpa member yang join sekali karnival ni dan nak tengok ada apa yang dijual disana selain kuih muih tradisional. Sampai di Putrajaya perkara pertama yang memeningkan adalah parking..haha..hari terakhir pun ramai lagi yang datang. Tapi alhamdulillah masuk je tempat parking ada orang nak keluar.terus masuk parking. masuk je dekat kawasan die memang penuh dengan manusia..kira karnival ni mendapat sambutan orang ramai.


Pelbagai booth telah dibuka..apa yang nad nampak booth makanan, barang-barang antik dan tradisional, pakaian dan pertunjukan kereta. Kawan nad ade gak join karnival ni. Die tolong pakcik die jual durian crepe dan air kopi. boleh tahan gak lakunyer. Nad beli durian crepe dekat die, sedap marbelous. depan kedai die merupakan booth media prima..syok habis..nad tak sempat nak tangkap gambar. Sepanjang karnival die nampak artis kat booth tu..haha..untung booth die dekat dengan booth media prima. satu lagi booth hiburan nad pergi ialah TV Alhijrah..masa tu nampak pelakon Munir je..anak buah suruh amik gambar tapi disebabkan ramai orang tak dapat nak amik..

 Ni pulak pertunjukan kereta yang paling awesome..2 kereta ni menrik minat nad..tengokla pintunyer tu..untungla awek dapat pakwa pakai kereta mcam ni..hahhaa..Nad dalam mimpi jele dapat kereta macam ni..kalau suh si jejaka mafia tukar kereta macam ni mau makan megi jele..tak pun makan dauh..hahaa..masa ni memang panas..panas-panas pun hantam jele..nak tengok kereta kan..



Yang ni pulak pelbagai jenis makanan dari semua negeri. Sarawak pun ada..mau makan apa..cakap je..tapi masa ni nad makan char keuw teow je..haha..penat..taknak makan berat-berat.

ni la kalau dah bawak budak-budak..tak lain nak belon je..linkup duit makcik korang ni blanja korang..tak dapat nangis..adeh..nak taknak belikan jele..

sebelum balik..rehatkan diri mendengar lagu orang asli..hehhee..best jugak tengok diaorang main..orang asli sekarang semakin maju..so jangan pandang rendah dekat diaorang ok..pandai main muzik..pandai menyanyai..pandai berjoget..ade lagu rancak ade lagu slow..bila penat dah hilang mulalah kitaorang gerak nak balik..fuhh..memang penat tapi enjoyy..






SUPER SPONTAN DENGAN BINI MAT YO

in , by Nadia Johari, 02:34:00
hai assalammualaikum


malam ni layan cerita Super Spontan..walaupun ada cerita best dekat TV3 tapi nad hanya menunggu Super Spontan..hehhe..pada tahun lepas Super Spontan, kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara. Super Spontan 2013 kembali untuk musim kedua dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan program spontan ini telah dihoskan oleh Ray dan Haniff menggantikan Adibah Noor. Kumpulan Boboi iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pula bertindak selaku pengulas bersama Amir Raja Lawak.

Kali ini pemain-pemain Super Spontan kebanyakannya hebat-hebat belaka. Semut Sentap yang dianggotai oleh Johan, Rahim R2, Jep Sepahtu, Nurkhiriah, Tauke Jambu, Ajak Shiro dan Eko Saywho serta diuruskan oleh Rashid Salle.  Ketam Konfius yang dianggotai oleh Yus Jambu, Munir, Almy Nadia, Suhaimi, Along Cham, Nabil Ahmad dan Shuib Sepahtu telah diuruskan oleh Razif Ismail.

APA KAITAN DENGAN BINI MAT YO ERK??

hahha..sebenarnya harini punyer Super Spontan Jepp Sepah telah melakonkan semula aksi apa yang bini Mat Yo cakapkan..dalam segmen Freeze atau beku..hahha memang lawak habis der..terbaikla Jep..selepas itu Johan pula meneruskannya..hahha..adeh diaorang memang kelakar..tak pasal-pasal jep dapat kad kuning..habis hangat betul kes ni sampai artis pun boleh tau..hahahha..layankan je..terlepas part tu..meh tengok dekat youtube ni..kelakar habis..


3000 SLE SUPPORTERS GIVEAWAY

in , by Nadia Johari, 16:00:00
hai assalammualaikum

oh sudah lama nad tak join segmen dan GA.sibuk sangat sejak akhir-akhir ni..nak on9 pun susah.dan harini nad rasa nak join sesangat..nak support adik dayang deno..seorang pesakit SLE yang kuat dan tabah.. akak respect adik deno ni..hhehhe..jom sama-sama join..tekan banner tu..comel je banner die buat.



Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1
 doodle ART button badge x 10
 DuniaShida button badge x 3
perfume x 2
 photo canvas (art kufi) x 3 
photo canvas (typography canvas) x 3
 Novel x 5 
tudung bawal x 3
 beauty tool x 1
 bookmark limited edition x 15
 pin ribbon x 2,
 topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

HADIAH MENARIK DISINI

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam



WANITA MUDAH MENANGIS

in , by Nadia Johari, 16:44:00
hai assalammualaikum..


kenapa boleh terkeluar entry ni..sebab apa yang nad tulis pasti ada berkaitan dengan nad..hohoho..Menangis adalah suatu kemestian bagi setiap manusia di dunia ini...Tangisan merupakan sesuatu yang sinonim dengan wanita..Mengapa wanita mudah menangis..?..Wanita adalah insan yang sukar dimengerti. Insan yang berhati lembut ini kadangkala mempunyai emosi yang tidak stabil..Hati wanita akan lebih lega apabila dia menangis ...

Kenapa wanita menangis..ini apa yang nad lalui dan kenapa nad menangis..hehe..adakah wanita diluar sana setuju dengan pendapat nad ni..=)


1. Wanita Tidak dapat  Meluahkan Perasaan dengan Kata-kata
Sememangnya wanita memang takkan berhenti bercakap apabila sudah bersuara. Apabila sedih atau marah mereka akan menyendiri dan menangis. Seperti nad, apabila nad tidak dapat meluahkan perasaann dengan kata-kata, nad akan merasa sangat tertekan dan seterusnya menangis. Mungkin sesetengah wanita ada yang suka mencarut apabila marah. Bagi nad mencarut tu tak baik, dari kita mendapat dosa dengan mencarut baik kita senyap dan nangis. Selepas itu pasti akan lega.

2. Mudah Kecik Hati
Semua orang tau wanita mempunyai perasaan yang sangat sensitif. Kalau diusik sedikit pun pasti hatinyer tersentuh apabila tanpa disedari orang yang disayangi menyinggung perasaannya. Apabila emosi dah terganggu wanita akan cepat mudah kecik hati dan menangis. Wanita sememangnya ingin dipujuk dan dimanja. Seperti nad kadangkala nad mudah tersentuh dan nad akan diam. Dalam diam nad sebenarnyar menangis. Tapi kepada wanita di luar sana jangan sangatla nak mintak dipujuk, nanti laki jemu dan lari..hehe

3. Menangis kerana Marah


Wanita lebih cenderung meluahkan perasaan marah dalam tangisan. Wanita menangis dan marah kerana anda melakukan sesuatu yang mereka tidak sukai. Tangisan disebabkan kemarahan dianggap salah satu cara terbaik mengawal emosi amarah supaya tidak menjadi lebih teruk. Dalam perhubungan sama ada hubungan teman lelaki atau tunang atau suami, apabila lelaki tersebut membuat seseorang wanita menjadi marah, mereka akan menangis kerana tidak sanggup memarahi lelaki yang disayanginya seperti nadla..hahahha. Si jejaka mafia mesti tau perangai nad macam mana, then dia cakap, "apa salah abang"..masa tu kita wanita akan berkeras cakap takde apa-apa.hehhe

6. Menangis Kerana Gembira
Selain itu wanita juga akan menangis apabila gembira atau terharu sekiranya menerima satu kejutan atau hadiah yang disukainya. Tangisan gembira yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

7. Perasaan Simpati
Perasaan simpati yang hadir dalam wanita apabila melihat sesuatu yang menyedihkan. Seperti melihat orang tua yang ditinggalkan, bayi yang dibuang dan paling tak boleh blah apabila menonton cerita yang menyayat hati..hahaha..macam nadla tu..kihkihkih..





p/s : "Apabila Allah menciptakan wanita, Dia menciptanya dengan istimewa. Dia menjadikan bahu wanita kuat untuk membawa bebanan dunia, namun lembut untuk memberikan kelembutan. Dia mengurniakan wanita kekuatan untuk melahirkan anak. Dia mengurniakan wanita kekerasan untuk meneruskan hidup walaupun orang lain sudah mengalah, dan menjaga keluarganya walaupun sedang sakit dan letih tanpa merungut. Dia mengurniakan wanita sifat sensitif untuk menyayangi anaknya dalam apa jua keadaan, meskipun anaknya telah menyakitkan hatinya. Dia kurniakan pada wanita kekuatan untuk mengangkut tuduhan yang diterima suaminya dan dicipta dari rusuk suaminya untuk melindungi jantung suaminya. Dia mengurniakan kebijaksanaan pada wanita untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti hati isteri, tetapi kadangkala menguji wanita tersebut untuk berada di samping suaminya tanpa terasa agak-agak. Maka Allah mengurniakan air mata untuk wanita.Air mata ini miliknya dan hanya menjadi miliknya. Dia tidak perlukan alasan, atau penerangan, air mata tersebut miliknya." ( sumber )

CARA MEMUDAHKAN UNTUK BERSALIN

in , , , by Nadia Johari, 16:00:00
hai assalammualaikum




setiap wanita pasti ingin merasa untuk mengandung..mempunyai baby di dalam perut..merasa tendangan baby di dalam perut dan mengikuti perkembangan baby di dalam perut. Setiap ibu pasti ingin sesuatu yang menyenangkan untuk melahirkan anak. Semasa bayi di dalam kandungan, ibu perlu menjaga dengan baik dan sentiasa mengamalkan perkara yang sihat supaya semasa proses bersalin mudah dan tiada masalah. Kata orang kalau hendak melahirkan anak dengan mudah perlu banyak berjalan, yup tu memang betul tapi ade lagi selain itu..nak tau ape..meh nad nak kongsikan..

Sebagai orang Islam, kita disarankan untuk memperbanyakkan zikir, berdoa dan amalan-amalan yang memudahkan untuk bersalin. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian..Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah. Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.

ONE BORN EVERY MINUTE

in , by Nadia Johari, 00:51:00
hai assalammualaikum


sejak-sejak nak kawin ni mula rajin tengok cerita masakan, cerita keibu bapaan..yang tak boleh blah nak tengok gak bagaimana nak melahirkan anak..hahhaha...bukan kes tak sabar..cuma nak amik sedikit ilmu daripada cerita itu..boleh kita persiapkan diri kita nanti..selain itu ia boleh menyedarkan dan menginsafkan kita betapa susahnya ibu kita masa melahirkan kita..kita akan dapat rasa kesakitan yang dialami ibu kita semasa hendak melahirkan kita..cerita yang nad tengok ni di channel astro 709..ONE BORN EVERY MINUTE..cerita yang mengisahkan aktiviti yang berlaku di wad bersalin.



nad suka tengok nurse ni..suara die pun comel je...cerita one born every minute merupakan kisah benar dimana pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu dan bapa. Ia mengisahkan pasangan dalam menjalani proses bersalin dimana jururawat-jururawat akan membantu pasangan tersebut dari sebelum melahirkan sehingga melahirkan anak.,kisah ini memberikan gambaran yang realiti semasa hendak melahirkan anak di wad bersalin..bagaimana jururawat cek buka berapa sentimeter, cek perut, tengok perempuan meneran..fuhh..lepas nad tengok cerita ni baru nad tau terdapat banyak cara untuk melahirkan anak..bila nad tengok cerita ni nad jadi terdiam bila tengok kesakitan yang dialami seorang perempuan apabila hendak melahirkan anak.. dalam hati macam mana la aku nanti..hahahha...kene cari hospitak yang boleh bagi suami masuk..hahaa..tapi kesakitan akan hilang bila kita nampak baby kita keluar kan..



ko tengok muka diaorang..boleh nampak kesakitan yang dialami..tapi dalam islam ada cara die untuk memudahkan melahirkan anak..nanti nad buat entry...hehehe..jadi kepada kaum adam..silalah hormati perempuan, sila jaga hati perempuan..sebab mereka yang akan melahirkan zuriat untuk kaum adam..=)

meh tengok ni sikit..suami yang penyanyang...tapi sayang tak dapat download video ni..tekan jele link ni erk..




DIA GELARKAN ICON INI PIKO

in , by Nadia Johari, 14:35:00
Hai assalammualaikum

Facebook sekarang banyak yang berubah..dulu masa nad main facebook is just simple..hanya status, komen, leh upload gambar dan chat..sekrang semua tu still ada lagi tapi makin upgrade..upgrade bagi memudahkan pengguna..Facebook ni banyak kelebihannya, yela dengan facebook kita boleh berjumpa kawan lama, kita boleh create event tanpa menjemput guna kad dan sebagainya..dengan facebook ni la nad kenal ramai blogger..


nad ada kenal seorang BLOGGER..masa ni dia yang add nad..nad jenis kalau nak accept tengok mutual friend dulu..kalau ade kenalan yang berkenaan baru nad accept..then kitaorang chat. Pastu dekat chat ni dia suka pakai icon-icon yang comel-comel..nad godek-godek nad tak jumpa pun..yang jumpa hanya yang senyu, ketawa dan seangkatan dengannya..tapi icon yang die gune macam kucing atas ni tak tau dekat mana..so nad pun cakapla "mana ayie dapat icon ni"..die ajar nad..hahha kuno nad kan..sekarang suka main icon-icon ni..lagi-lagi kucing yang bawak moto ni..

disebabkan kitaorang suka bagi icon kucing ni..ayie pun cakap "nama die piko"..pastu nad pun dengan blurnyer cakap "betul ke nama die piko..mana ayie tau "..die cakap.."hahhaa..saje bagi nama die piko"..hampeh ingat betul nama die piko..hahaha..tapi  comey jugak nama die..hahhaa..dah macam-macam ikon die gune..hahaa..kang nanti semua icon die bagi nama..hahaa..nad suka baca blog die..sebab setiap entry dia ada gambar cantik-cantik...terpegun tengok..entry yang penuh makna..nad takkan miss baca entry die..tapi kadang-kadang termiss sebab sibuk..hehe..

sebenarnyer nad tengah tunggu sesuatu dari BLOGGER NI ...ape die..tunggu..

MY OFFICE TABLE

in , by Nadia Johari, 16:55:00
hai assalammualaikum..

Sememangnyer bagi mereka yang berkerja di dalam pejabat menginginkan ruang pekerjaan yang luas, selesa dan tidak berserabut. Paling penting sekali ialah mempunyai meja sendiri..hahha.. Dengan adanya meja sendiri,mereka dapat menghias meja mereka dengan pelbagai jenis benda hiasan seperti gambar orang yang disayangi, pokok bunga dan sebagainya supaya aura untuk bekerja akan datang dan memberi semangat kepada mereka untuk terus bekerja. Yela sesetengah manusia ni ada yang kemas ada yang tak kemas, so bile mereka tengok tempat kerja mereka yang kemas, selesa pasti kerja pun makin produktif dan tidak mengganggu sesiapa. 

Seperti nad, nad bekerja sebagai admin dan kerja nad memang memerlukan office table yang selesa dan teratur. Nad pun jenis yang kemas dan tak suka bersepah sana sini. Kerja nad sebagai chase payment memang sangat memerlukan space kerja yang selesa..yela kerja chase payment ni bukannya mudah..semua customer nak ditelefon..tak boleh diganggu..bila nad nak fokus kerja..nad akan fokus sampai siap..meja nad, nad hias dengan pelbagai hiasan dan semestinyer meja akan berwarna biru..haha..tula aura yang menaikkan kerja nad..biru tetap dihati.



tengok..warna biru kan..hehe..nad akan hiaskan tempat kerja nad dengan warna-warni supaya nampak lebih jelas. Selain itu nampak tak yang tergantung, hah tu la keychain yang diberi oleh kawan-kawan sepejabat yang pergi berjalan, ade dari macau, taiwan dan macam-macam lagi..semua benda tersusun rapi sebab senang nad nak buat kerja..ooppss setakat ni memang tak letak gambar siapa-siapa..hehe..cuma ade gambar nad setempek je..ce cari kalau jumpa nad bagi gula-gula..hahaa..kertas tu memang bersepah..tu la nama customer nad kene call..fuhfuh..nasib suara i lunak ok..hhahaa..ok..bye2..


JODOH DENGAN UMUR LEBIH TUA

in , by Nadia Johari, 01:00:00
hai assalammualaikum

Jodoh Dengan Umur Lebih Tua - Hai semua. Ape kabo? Sihat? Bagi pendapat korang korang, korang lagi suke bercinte dengan orang yang sebaya @ lebih tua @ lebih muda? Tak kirelah korang laki ke pompuan ke jawab je. Mostly nanti mesti akan cakap " kalau dah jodoh.." 

bagi nad semua tu tolak ketepi..kalau dah jodoh kita dengan orang lebih tua atau muda atau sebaya terima sahajala..dulu masa first love sama baya, tapi perangai mcam haprak..maaf no sama baya lagi..selepas itu bersama dengan lelaki yang umur 2 tahun lebih tua, mulanyer memang sempurna, tetapi pemikiran belum matured lagi untuk mendirikan rumahtangga..ketiga jarang bertemu dan putus hanya bertahan 8 bulan..dan kini alhamdulillah..sudah menjadi tunangan nad..umur memang jauh sesangat...umur je tua tapi muka tetap muda..wakakkaa..apa yang membuatkan nad untuk mencintai die ndan ingin menjadikan die sebagai imam yang sah kerana hati budinyer..

Bagi nad, nad lebih memilih laki yang lebih berusia disebakan mase depan yang lebih terjamin iaitu sudah mempunyai keje yang tetap & kemampuan dalam menguruskan semua hal..bagi nad lelaki lebih tua ni lebih banyak tahu mengenai semua perkara.sekiranya tak tau kita boleh merujuk kepada mereka sahaja. Selain itu dia boleh yakinkan ayah dengan mak nad untuk menjaga anaknya ni yang tersangatla manja..kuangkuangkuang

Dalam perhubungan mesti menginginkan sikap pasangan yang romantis..Bagi nad lelaki lebih tua merupakan lelaki yang tau bagaimana melayan wanita dengan baik dan romantik..walaupun tunang nad tak berapa nak romantik..tapi adalah romantik sikit-sikit..yang penting baik hati..

Selain itu dalam perhubungan memerlukan pemikiran yang lebih matang untuk mengendalikan sesuatu masalah yang terjadi dalam hubungan demgan baik..Lelaki yang lebih tua mempunyai pelbagai pengalaman yang banyak dan tau mana yang baik dan buruk sesuatu perkara sehingga memiliki tingkat kematangan dari cara berpikir dan bersikap. Dia juga akan lebih serius dalam membina hubungan dengan wanita.
 
Umumnya lelaki lebih tua pandai mengambil hari orang tua. Mereka tahu sopan santun, bisa menempatkan diri, tahu bagaimana harus menjaga tatasusila dalam segala hal. Kedewasaan ini lah yang nad harapkan..memang pada mulanya hubungan nad ditentang disebabkan umur, namun kerana sikap die yang berani dan tidak putus asa membuatkan ayah tertarik dan memujuk mak untuk menerimanya..hehhe

Pilihan nad terhadap tunang nad disebabkan dia seorang yang penyabar.Perkara penting dalam perhubungn.lelaki lebih dewasa biasanya sabar, tidak gelabah dalam memutuskan suatu hal,. Sikap penyabar nila yang boleh menjaga nad yang seperti budak-budak ni..lagi-lagi bila ada pertengkaran seseorang pasti mengalah dan yang mengalah hanyalah dia..haha..kalau nad, nad lebih suka senyap sahaja,,kihkihkih


tak kisahla siapa pilihan ada yang penting jaga perhubungan anda dengan baik..menunggu hari bertuah nanti..sentiasa cool..

KEKASIH PANAS BARAN!!

in , , by Nadia Johari, 01:10:00
hai assalammualaikum..

nad ada terbaca dekat blog khas untuk wanita iaitu blog bloggirls dot my..blog ni ada membuat entry berkenaan mengenali lelaki panas baran..memang sesuatu peristiwa yang hitam dalam sejarah hidup nad..nad penah lalui dan merasai layanan daripada lelaki panas baran ni..memang tidak disangka die akan berubah macam raksasa..kalau dikenang balik rasa nak campak die dari tingkat 100..hahhaa ,disebabkan hati nad yang cekal ini..nad lalui pelbagai rintangan dengan tabah dan akhirnyer dapat jauh daripada hidupnya...maksud panas baran @ ‘ kepala angin ‘ @ ‘ naik hantu ‘ ialah disebabkan kesukaran menangani perasaan marah menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia. 


Pertama seorang yang kuat cemburu ..lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh temeh..yup memang kuat cemburu sangat-sangat..lelaki pans baran ni akan cemburu bila teman wanita die bersama dengan lelaki walaupun member lelaki itu kawan sekelas sendiri..kalau teman wanitanyer dekat dengan mana-mana lelaki memang habis la dikenakannya...memangla setiap pasangan akan cemburu tapi kalau mereka yang pandai berfikir tau macam nak selesaikannya..

Kedua seorang yang antisosial..kes ni memang teruk sesangat..si lelaki tidak akan membenarkan teman wanitanya menyertai mana-mana program..tak boleh bergaul dengan orang lain selain orang yang die kenal dan boleh dipercayai..kalau boleh si perempuan hanya boleh keluar dengan die sahaja..buat aktiviti semua dengan die sahaja..agak-agakla kan..orang lain ada life die..si perempuan bukan burung yang boleh ko simpan dalam sangkar dan ko lepaskn ikut time die je...

Ketiga akan mengawal 24 jam..ini lagi sengsara wa cakap kat lu..24 jam akan perlu massage dengan die..24 jam kene bagitau ko wat pe..nak berak pun kene cakap..sadis tak..pastu apa ko wat kene cerita dari A-Z..kalau si lelaki panas baran ni tak puas hati, dia akan terus bertanya..dan bertanya..fedup sesangat...dia juga ingin mengetahui dengan sape si perempuan berkawan..kalau ade lelaki memang nahs dikerjakan..sampai si perempuan akan tutup telefon takmau diganggu..ko ingat ko je yang kene dilayan..perempuan pun ada kawan yang nak dilayanla..

Keempat seorang yang tidak membenarkan si perempuan berkawan..kalau boleh lelaki ni nak biar teman wanitanyer hanya untuk die dan bukan untuk orang lain..memang sedih part ni bila ex nad memisahkan nad dengan kawa-kawan nad..betapa jahat dan kejamnyer dia..kawan karib dari form 1 sampai la form 5..terpisah akibat lelaki panas baran ni..disebabkan itu persengkataan telah berlaku...bila difikir balik kenapala aq leh suka die..

Kelima seorang kaki pukul..sememangnya lelaki yang panas baran akan bertindak liar apabila kemarahan sudah menguasai diri walaupun apa yang dilakukan oleh teman wanitanya hanya la perkara kecil..sangat sedih dan tak boleh buat apa..sana sini lebam..dimarah dikhalayak ramai..di tengking, kasih sayang hanya sekejap..sekiranya kemahuan tidak diturti teman wanita akan dimarah dan dipukul dengan teruk..

kisah ni berlaku masa nad form 6, ada tu nad terpaksa bohong demi kebebasan nad sendiri, siapa dia nak control kita macam tu, akhir sem 1 nad nekad nak putus, masa tu si lelaki mengugut..nad tak kisah, hati dah tak boleh terima si dia..3 tahun sengsara..alhamdulillah selepas putus hidupku seperti burung yang terbang bebas..dan alhamdulilah ku te lah ketemu jodoh yang mampu membawa ku kebahagiaan...

pengajaran sebelum nak lebih jauh perhubungan perlu mengenali lelaki itu dengan lebih mendalam..kadang-kadang mereka akan boleh bertukar menjadi sesuatu yang kita tidak ingini..





hai assalammualaikum..

mak aihhh..banyak dah lalang dekat blog ni..dah dua minggu tak singgah ni..bila kesibukan kerja melanda..semuanyer terabai..fokus je dekat keje..kesian blog nad..lama jugakla tak blogwalking..tak dapat nak bom blog orang lagi..huhuhu..kan syok keje sendiri..ada masa untuk blog..memandangkan sok 3 hari cuti..cuba untuk melapangkan masa dengan blog..sok hari isnin..hari cuti..yeaahhh..sok 16 September..ada apa erk...kalau tak tau memang nak kene pelempang la kan..hahhaa

16 September merupakan Hari Malaysia iaitu penyatuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak..korang ingat tak macam mana Penubuhan Malaysia ini terjadi..ok..pergi tengok buku sejarah balik..hehee..Penyatuan ini telah difikirkan oleh Tunku Abdul Rahman perdana menteri kita yang pertama iaitu bapa kemerdekaan kita..proses perundingan ke arah penubuhan Malaysia ternyata merupakan suatu proses yang rumit dan kompleks. Hal ini timbul kerana masalah prasangka dan keutamaan politik di antara wilayah-wilayah di Borneo dan Persekutuan Tanah Melayu . Terdapat tiga faktor utama yang telah mendorong penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam pembentukan Malaysia iaitu pentadbiran dan keselamatan, ekonomi dan juga sosial..kalau nak baca lebih lagi boleh baca kat SINI dan SINI

 

Negara Malaysia adalah negara yang mempunyai berbilang kaum..Semenanjung, Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai tempat yang menarik..so sebagai rakyat Malaysia kita perlula bersatu, walaupun mempunyai pendapat yang lain-lain, janganlah sampai berpecah belah. Sesuatu masalah pasti ada penyelsainnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA..SOK CUTII YEAHH..
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2