WANITA MUDAH MENANGIS

in , by Nadia Johari, 16:44:00
hai assalammualaikum..


kenapa boleh terkeluar entry ni..sebab apa yang nad tulis pasti ada berkaitan dengan nad..hohoho..Menangis adalah suatu kemestian bagi setiap manusia di dunia ini...Tangisan merupakan sesuatu yang sinonim dengan wanita..Mengapa wanita mudah menangis..?..Wanita adalah insan yang sukar dimengerti. Insan yang berhati lembut ini kadangkala mempunyai emosi yang tidak stabil..Hati wanita akan lebih lega apabila dia menangis ...

Kenapa wanita menangis..ini apa yang nad lalui dan kenapa nad menangis..hehe..adakah wanita diluar sana setuju dengan pendapat nad ni..=)


1. Wanita Tidak dapat  Meluahkan Perasaan dengan Kata-kata
Sememangnya wanita memang takkan berhenti bercakap apabila sudah bersuara. Apabila sedih atau marah mereka akan menyendiri dan menangis. Seperti nad, apabila nad tidak dapat meluahkan perasaann dengan kata-kata, nad akan merasa sangat tertekan dan seterusnya menangis. Mungkin sesetengah wanita ada yang suka mencarut apabila marah. Bagi nad mencarut tu tak baik, dari kita mendapat dosa dengan mencarut baik kita senyap dan nangis. Selepas itu pasti akan lega.

2. Mudah Kecik Hati
Semua orang tau wanita mempunyai perasaan yang sangat sensitif. Kalau diusik sedikit pun pasti hatinyer tersentuh apabila tanpa disedari orang yang disayangi menyinggung perasaannya. Apabila emosi dah terganggu wanita akan cepat mudah kecik hati dan menangis. Wanita sememangnya ingin dipujuk dan dimanja. Seperti nad kadangkala nad mudah tersentuh dan nad akan diam. Dalam diam nad sebenarnyar menangis. Tapi kepada wanita di luar sana jangan sangatla nak mintak dipujuk, nanti laki jemu dan lari..hehe

3. Menangis kerana Marah


Wanita lebih cenderung meluahkan perasaan marah dalam tangisan. Wanita menangis dan marah kerana anda melakukan sesuatu yang mereka tidak sukai. Tangisan disebabkan kemarahan dianggap salah satu cara terbaik mengawal emosi amarah supaya tidak menjadi lebih teruk. Dalam perhubungan sama ada hubungan teman lelaki atau tunang atau suami, apabila lelaki tersebut membuat seseorang wanita menjadi marah, mereka akan menangis kerana tidak sanggup memarahi lelaki yang disayanginya seperti nadla..hahahha. Si jejaka mafia mesti tau perangai nad macam mana, then dia cakap, "apa salah abang"..masa tu kita wanita akan berkeras cakap takde apa-apa.hehhe

6. Menangis Kerana Gembira
Selain itu wanita juga akan menangis apabila gembira atau terharu sekiranya menerima satu kejutan atau hadiah yang disukainya. Tangisan gembira yang tak dapat diungkap dengan kata-kata.

7. Perasaan Simpati
Perasaan simpati yang hadir dalam wanita apabila melihat sesuatu yang menyedihkan. Seperti melihat orang tua yang ditinggalkan, bayi yang dibuang dan paling tak boleh blah apabila menonton cerita yang menyayat hati..hahaha..macam nadla tu..kihkihkih..





p/s : "Apabila Allah menciptakan wanita, Dia menciptanya dengan istimewa. Dia menjadikan bahu wanita kuat untuk membawa bebanan dunia, namun lembut untuk memberikan kelembutan. Dia mengurniakan wanita kekuatan untuk melahirkan anak. Dia mengurniakan wanita kekerasan untuk meneruskan hidup walaupun orang lain sudah mengalah, dan menjaga keluarganya walaupun sedang sakit dan letih tanpa merungut. Dia mengurniakan wanita sifat sensitif untuk menyayangi anaknya dalam apa jua keadaan, meskipun anaknya telah menyakitkan hatinya. Dia kurniakan pada wanita kekuatan untuk mengangkut tuduhan yang diterima suaminya dan dicipta dari rusuk suaminya untuk melindungi jantung suaminya. Dia mengurniakan kebijaksanaan pada wanita untuk mengetahui bahawa suami yang baik tidak akan menyakiti hati isteri, tetapi kadangkala menguji wanita tersebut untuk berada di samping suaminya tanpa terasa agak-agak. Maka Allah mengurniakan air mata untuk wanita.Air mata ini miliknya dan hanya menjadi miliknya. Dia tidak perlukan alasan, atau penerangan, air mata tersebut miliknya." ( sumber )
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. betul! sama dgn shakira kak :) nangis je mampu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nad, sheila pun sama.. mampu nangis je >______<

    ReplyDelete
  3. bagi Farah, adakalanya menangis itu menenangkan tapi tanggunglah sakit kepala lepas tu kan sebab banyak menangis... hu hu hu...

    ReplyDelete
  4. salam kenal.. hanya tangisan yang dapat eluahkan perasaan wanita..

    ReplyDelete
  5. sy menangis bila marah...bila stress...nangis sorang2 bawah bantal..haha

    ReplyDelete
  6. kalau muja,, time nak nangis tapi kena tahan,, rasa sebak, tk selesa dalam dada, mual, loya,, haissyyy,, lepas nangis baru lega :D

    ReplyDelete
  7. sama la kak.. dneo kalau nak marah, metsi pendam then nangis sorang2 dalam bilik.. ajaibnya lepas nangis rasa reda :)

    ReplyDelete
  8. sam kna blajar memmahami hati wanita...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2