hai assalammualaikum
Apabila seorang mak menyatakan hasrat untuk makan di hotel semasa harijadinya, hatiku berkata, kalau gaji ku besar, setiap bulan pasti akan ku bawa mak pergi makan di hotel, bukan setakat makan, bershoping di tempat yang mak tidak pernah jejak pun. Hatiku berkata lagi, boleh je bawak mak makan di tempat mewah yang dah jarang mak pergi walaupun bukan di hotel asalkan mak gembira. Semasa kita kecil permintaan kita dia tunaikan, kenapa tidak kita. Perancangan aku dan adik beradik lain mula berjalan. Nad akan gembira bila muka mak gembira.
Perancangan di buat untuk makan di Jeram. Di Jeram, kedai makanan yang paling popular adalah Aroma Ikan Bakar Jeram. Memilih Aroma Ikan Bakar sebagai tempat untuk sambut harijadi mak dibuat
kerana makanan laut yang sedap dan pelbagai, tempatnya pula ditepi
pantai dan harga yang berpatutan. Mak pun jarang dah pergi ke Jeram disebabkan tiada masa. Pertama sekali sebelum datang ke Jeram kene membuat tempahan dahulu, takut sampai sana dah penuh. Tempahan perlu dibuat awal. Pada hari kejadian iaitu pada hari ahad, nad bersama dengan Mr Jejaka Mafia pergi awal dahulu untuk melihat tempat itu dan memilih menu supaya bila keluarga lain sampai je dah siap makanannya.
Di Aroma Ikan Bakar ni, kita perlu memilih dahulu makanan laut seperti ikan, udang dan lain-lain sendiri sebelum dibuat masakan. Memilih sendiri makanan laut ini dapat memuaskan pelanggan kerana kita boleh pilih yang besar-besar semuanya. Bila Nad yang pilih memang semua rambang mata, kalau boleh semua nak amik sebab nad ni hantu seafood..hahhaa..Nad pilih ikan siakap 2 ekor, ikan jenahak 2 ekor, sotong, udang, ikan pari dan kerang.
Setelah selesai memilih makanan laut yang diingini, makanan itu diberi kepada pelayan di situ untuk memberitahu masakan laut itu nak dimasak apa. Contohnya ikan siakap masak 3 rasa, ikan jenahak dibakar sahaja. Tak sampai 10 minit beb, nad pun terkejut, semua dah siap. Mak aih cepatnya. Mungkin dia dah masak awal-awal pada mulanya. Tak tau la kan.
Menu-menu untuk sambutan hari jadi ni ialah 2 ekor ikan siakap, 2 ekor ikan jenahak, udang, sotong, kerang dan ikan pari
Sampai je semua, apa lagi terus serang..hahaha..lagi-lagi hantu seafood tudung biru pink tu..memang tak pandang kiri kana bila makan..hahaha..orang hambik gambar ke..orang jatuh dari bumbung ke..memang tak endah..hahah..soryla..makanan dah depan mata.
Selesai je makan, kitaorang amik gambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan. Huntungla ada tunang jurukamera, setiap moment dijadikan kenangan. Huntungla ade tripod semua keluarga boleh masuk...alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar.
perghhhh.. bestnya!!
ReplyDeletemcm cantik jer tampat tu nad..
ReplyDeletekalu kt kuantan ni yg feymes ana ikan bakar..
konsep kedai sama jer.
wow makan besar tu
ReplyDeleteHeeee kirim salam mak ayah :)
ReplyDelete