hai assalammualaikum..
Lamanyer tak join giveaway..bila bergelar pekerja, memang segala giveaway, contest terlepas. Tapi kali ni nad join sebab dah ditag oleh blogger lyeen. Orang dah tag baik kita join.. tak baik kecikkan hati orang..wee..sebab saya sayang lyeen kita join..dan sebab nad dah lama tak join..hehee..ok meh tengok giveaway apa yang perlu dibuat..Giveaway apa yang kita nak dalam persahabatan..klik banner kalau nak join.
Sahabat boleh didapati dimana-mana. Andai kata suatu
hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, nad pasti sesiapa yang boleh
kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita
terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?..Setelah memiliki sahabat, seseorang pastinya menginginkan ciri-ciri berikut:
1) Kepercayaan perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada penegtahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Sentiasa percaya dengan sahabat kita dan jangan berahsia, ,melainkan ada perkara yang perlu dirahsiakan.
2) Sahabat yang sentiasa membantu
kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa
senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih
sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa
mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini
mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.
3) Pendengar dan Pengkritik. Sahabat adalah perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Mereka
juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang
kita sampaikan. Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila
sudah menerima. Kritikan bukan hanya untuk menghancurkan malah ia merupakan sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza.
Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan
idea.
Cara Pemilihan Pemenang.
- Top Referral 1X
- Entry yang kreatif. 2X
- Random.
- Blog Pilihan AINA ZAIRULNIZAM *Newbie sahaja/follower bawah 100.
sahabat yang ditag
Good Luck sayanggg :)
ReplyDelete