hai assalammualaikum
Tips Elak Berbelanja Lebih - Semalam nad ade buat entry berkenan kenapa suka berbelanja. Sekarang nad nak bagi tips untuk mengelakkan berbelanja lebih. Ini yang nad selalu buat untuk mengelakkan perbelanjaan yang melampau. Namun tahukah anda cara yang bijak ketika berbelanja agar tidak 'terbabas' setiap bulan?
Buat senarai
Berlaku pembaziran disebabkan ramai yang berbelanja atau membeli barang yang tidak diperlukan. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku,
senaraikan barang-barang keperluan yang penting sahaja untuk dibeli. Jadi dengan
adanya senarai itu, kita boleh mengelak daripada membeli barang-barang
yang bukan menjadi keutamaan, sekaligus mengelakkan pembelanjaan yang lebih.
Bajet
Ada pepatah berkata, "berbelanja itu biarlah
mengikut kemampuan kita." Jadi janganlah terlalu mengikut nafsu dan
perasaan ketika membeli-belah tanpa bajet yang ditetapkan, lebih-lebih
lagi ketika jualan murah. Memang semua akan tersenyum lebar bila dengar jualan murah. Kalau murah pun beli barang yang banyak tanpa kita sedar kita telah berbelanja lebih. Rancang perbelanjaan dan lakukan penyelidikan
khusus agar kita tidak membeli lebih daripada apa yang anda mampu.
Konsep Gaji-Simpan-Belanja
Gunakan konsep GAJI - SIMPAN - BELANJA bukannya seperti lazim yang anda
lakukan iaitu GAJI -BELANJA - SIMPAN. Bagi yang sudah bekerja dapat gaji setiap bulan. Dapat je gaji dalam pemikiran dah set nak beli itu nak beli ini. Ramai dikalangan kita yang selalunya
akan berbelanja dahulu sebelum menyimpan atau pun lebih parah akan
menyimpan jika ada lebihan wang gaji. Disinilah kesilapan yang terus dilakukan sehinggakan apa yang
dibelanjakan melebihi keperluan sebenar ( kehendak melebihi keperluan
semasa ). Jadi mulai sekarang, dapat gaji masuk dalam bank separuh, separuh lagi boleh guna. Penat-penat kita bekerja duit habis macam tu je. Tak rasa menyesal ke..hehhe
Bayar Secara Tunai
Benda Paling penting semasa berbelanja. Kalau nak pergi membeli-belah seeloknya bayar menggunakan wang tunai kerana ia akan membuat kita yang suka bershopping ni lebih berhati-hati. Ia akan membuat kita lebih mementingkan barang keperluan, malah dorongan untuk berbelanja juga tidak wujud sekiranya bajet sudah dibuat lebih awal. Membeli secara tunai juga mengajar kita lebih sayang menggunakan duit dan juga mengelak daripada berhutang kad kredit. Bila pikir duit tunai mengalir macam air, mesti korang akan rasa lebih beringat untuk berbelanja. Ingat! Ada yang muflis gara-gara berbelanja tanpa had menggunakan kad kredit.
Melakukan Kerja Berfaedah

Cara paling senang untuk kita mengelakkan dari terus berbelanja secara boros adalah
sentiasa mengisi masa lapang dengan melakukan kerja yang berfaedah
dalam bermaksud melakukan kerja
rumah itu satu daripada kerja berfaedah maka lakukanlah tanpa jemu. Atau
melakukan aktiviti bersama kawan atau keluarga. Cara ini dapat menghindarkan diri kita daripada pergi ke pusat-pusat
membeli belah dan menghabiskan masa dan wang ringgit tanpa hala tuju.
Ramai orang yang ketagih membeli belah di pasar raya mengakui bahawa
kelemahan ini antara penyebab mereka gemar menghabiskan masa dan wang
ringgit disana.
tips yang berguna...
ReplyDeletebetul tu, kalau kita tak urus dengan betul pasti boros lebih lagi bila jualan murah..memang laju je duit jalan..
tips yang baik.. saya suka sgt.. kadang2 terbabas jgk belanja.. balik check tgk, byknya hbis.. T T
ReplyDeletejemput lawat http://goo.gl/rHbK7R
nice tips.. tapi disiplin orang nak ikut, lebih sukar..
ReplyDelete