5 PESERTA AKHIR MAHARAJALAWAK MEGA 2013

in , by Nadia Johari, 16:47:00
Hai assalammualaikum..


Maharaja Lawak Mega 2013 - Setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam nad akan duduk depan televisyen sebab nak menonton MLM 2013 di siaran astro warna 132. Pada mulanyer nad teruja nak tengok sepahtu, shiro dan jambu. Selepas beberapa minggu, nad lebih suka tengok bocey dan jambu...hehhee..Lawak yang dibuat jambu memang merapu bak kata Yusof Haslam tapi membuatkan kita gelak. Bocey pula nad suka disebabkan diaorang memang kelakar la..lagi-lagi salah seorang kumpulan mereka pandai cakap jawa.hahhaa.. Pada malam ini Maharaja Lawak Mega 2013 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit di kalangan pelawak-pelawak di mana setiap peserta mempunyai kelebihan tersendiri. 

Gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) yang akan berlangsung pada malam ini bakal menyaksikan pertandingan lima kumpulan apabila kesemua peserta yang beraksi di peringkat separuh akhir MLM2013 yang berlangsung dari Stadium Bandaraya Johor Bahru, layak ke final. Nasib baik kumpulan kesayangan nad tak terkeluar.huhuhu. Pengumuman menggembirakan itu telah dibuat oleh hos MLM2013, Dato` AC Mizal di penghujung rancangan. Ini bermakna Jambu, Sepahtu, Bocey, Shiro dan satu-satunya peserta solo, Nabil, layak beraksi di pentas akhir MLM2013 yang akan berlangsung malam ini



Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Assalamualaikum nad, sheila suka bocey! hehehe tak sabor nak tengok final malam ni (",)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2