hai assalammualaikum
BRIM Tambah Perbelanjaan - Orang ramai dah sibuk dengan BRIM yang Pak Najib bagi, penuh setiap wall sebut pasal BRIM. Semua orang sibuk cek bank dah masuk ke belum. Yela sekarang kan nak memudahkan pengguna masukkan dalam bank terus. Mudah ke idok, tepuklah dada tanya hati..hehe..Tapi bagi orang yang bernama nadia ni sempoi je, tak gelabah nak cek BRIM tu dekat bank. Pagi tadi nad nak pergi kerja baru cek, hahaha..nampak tak..nampak tak..lepas cek je..alhamdulillah duit BRIM dah masuk. Walaupun dapat RM300 bagi orang bujang dan bakal nak kawin ni, duit tu dapatla tampung perbelanjaan kawin nad..hehe..walaupun sikit tapi bolehla..dapatla beli barang-barang yang patut. Gunakanlah duit bRIM ini dengan sebaiknya..huhuhu..ringan sikit la beban nak beli barang-barang kawin ni..hhhahaha..
Cara menyemak keputusan permohonan BRIM
Semua pemohon boleh menyemak permohonan anda sama ada berjaya atau tidak
Caranya ialah :
1) Boleh menyemak dengan menghubungi talian 1- 800- 88- 2716 dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (waktu bekerja sahaja..malam orang dah balik..tido..hehe )
2) Melalui emel br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my. Berikan nama penuh anda dan nombor kad pengenalan bagi pihak berkenaan menyemak status permohonan anda.
3) Kalau berjaya alhamdulillah..kalau tak boleh cuba lagi...(macam realiti tv nak undi2)..
p/s: jangan risau yang pernah dapat sebelum ni pasti dapat.
untgla kawen pkai dwet brim..
ReplyDeletekahkah
hehehe...zaza blm dpt lagi...tgu sajalah :)
ReplyDeletewahhh.. wat topup duit belanja kahwin...
ReplyDeletewah bagus ni.. boleh tampung mana yang kurang utk beli barang kawen kan :-)
ReplyDeleteAlhamdulillah....sama2 kita manfaatkan rezeki yg ada.tq PM.....
ReplyDeleteNanti bolih suruh anak Bunda cek status ...dapat ke tak...dah mohon 1st time..(bujang/bekerja) tapi cek baki akaun tak masuk lagi..
ReplyDeleteassalamualaikum nadia.. :)
ReplyDeletealhamdulillah.. rezeki tu wlpun tak banyak mna dapat bntu juga kan.. kta xmasukkan no.akaun haritu masa update..jadi kena tunggu surat sampai je..