hai assalammualaikum
Sambutan Tahun Baru Cina Satu Malaysia - Masa nilah nak merasa macam mana meriahnya sambutan tahun baru cina. Masa ni lah nak pakai cantik-cantik..melawo , bermekap..kalau tak pergi kerja hanya pakai t-shirt company, seluar jeans dengan bedak compact je..haha..sebab nad jenis malas bermekap masa keje sebabnya nanti nak solat, mekap buang jugak..hahaa..Hari Jumaat lepas, syarikat nad mengadakan Sambutan Raya Cina di kawasan kerja. Syarikat nad bukanlah besar, namun sifat kekeluargaan antara pekerja sangat erat dan sikap tolong menolong serta kerjasama antara pekerja dan pihak atasan sangat rapat, dengan tagline ONE KAIFAH AND PROLUBE ONE FAMILY. Setiap aktiviti yang dijalankan semuanya berjaya. Kenapa satu Malaysia?..sebab dekat tempat keje nad semua bangsa ada, Chinese, Malay and Indian..oopss tertinggal Bangladesh..hehe. Majlis yang sederhana tapi sangat meriah. Sebelum majlis memang semua pekerja sibuk dengan mendekorasi pejabat, dekorasi luar pejabat. Nad sibuk dalam office, jawab call..sobsob.. Excited dengan semua merah dan lebih excited dengan adanya kepala singa dalam ofis..hahhaa..
Tema pada hari itu ialah merah. Merah menggambarkan keadaan yang terang dan ceria yang menjadi
lambang kegembiraan dan menjanjikan sinar kecerahan dalam
kehidupan.Warna merah disebut hong dalam bahasa Cina dan bunyinya
kedengaran seperti ong atau bertuah. Maka, masyarakat Cina percaya warna
ini akan membawa tuah jika dipakai pada hari pertama Tahun Baru Cina
dan perayaan yang lain. Mereka percaya dengan pemakaian warna ini akan
dilimpahi tuah sepanjang tahun.Warna merah sebenarnya memiliki makna keteguhan, keberanaian, keceriaan
dan kemegahan. Warna ini dikatakan memberi dorongan kepada keadaan yang
lebih positif dalam kehidupan masyarakat Cina.
Pelbagai hidangan disediakan semasa Sambutan Raya cina di pajabat nad. Ada mee goreng, mihun, nasi goreng, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tak lupa juga satay dan kambing bakar. Pergh terbaikla. Memang makan habisla.
Setiap orang yang hadir boleh menulis kaligrafi Mandarin. Perkataan telah disediakan di satu papan dan kita menulis perkataan mengikut no yang tertera dekat kain tu. Masa dekat universiti dulu nad ada amik kelas Mandarin untuk bahasa asing. Memang best belajar bahasa mandarin ni, tapi dah lama tinggalkan so lupa dah cara menulis mandarin.hahha. Comel je tulisan nad tu kan. Dapat hadiah tau siapa yang tulis cantik.hehe..Tapi nad tak menang..haaa
Majlis dimulakan dengan pengacara tak diiktiraf, hahaa, Shukri dan Julia. Seorang cakap dalam bahasa melayu dan seoran lagi cakap dalam bahasa cina. Menarik bukan. Persembahan video dan penyampaian hadiah untuk pekerja Chinese yang banyak berjasa kepada Kaifah dan Prolube. Dan yang paling penting ialah cabutan bertuah. Oh my lucky day masa tu, dua-dua nombor terkena.hahha..kenapa dua nombor sebab satu lagi nombor jejaka mafia punyer. Dia hadir sebagai photographer..hheee
Selain itu ade pertunjukan tarian singa daripada pekerja Kaifah dan Prolube..hahhaa..ade tiga persembahan tarian singa tapi satu video je nad nak tunjuk..wakakka..best-best..lagu pun gune lagu chicken dance..wakaka..Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. adalah dipercayai
bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta
wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka
jahat.
Dan last sekali ialah mercun dan masa untuk Paper Lantern. Apa itu Paper lantern?..Nanti nad buat satu entry untuk ini ok..hehee..
p/s;..happy together with them..this is my second family..Love u all.
Best sgt2 suasana tika ini. Ini lah syarikat yg sentiasa adakan jamuan makan. Maaaaaakan je kejenya!!! Haha
ReplyDeletehappening sgt..best2..
ReplyDeletewow seronoknya....
ReplyDeletesgt gembira semuanya. meriah.
ReplyDelete