hai assalammualaikum
Petai Busuk Tapi Banyak Kebaikannya - Hai korang, bertemu kita sekali lagi yew. Hari nie, nad nak cerita tentang makanan yang paling nad suka makan sejak kecik lagi. Hakikatnya, nad dah dilatih makan benda-benda nie semua dari dulu lagi.
Minah Petai!! Dah boleh bagi anugerah tu dekat nad. Itulah kegemaran nad, walaupun busuk ade nad kisah..hahah..tak boleh nak hipokrit sebabnya nad memang pengemar petai. Kalau ade petai dekat rumah ulam itula nad cari dulu dan mesti ada dalam pinggan masa makan... Korang sume tahu kan bau dia memang terbaik lah, tapi khasiat dia mengagumkan!!! Selalunya nad yang suruh mak atau ayah belikan petai dekat pasar, takpun nad cari sendiri dekat pasar..hahah.. Nad suka petai muda sebab muda lagi ermmm dari yang besar..Nad tak suka yang besar yang oren-oren tu..rasa werrkk. Selalunya nad suka makan petai nie mentah-mentah, kira yang tak masak lagi. Walaupun bau dia yang sangat kuat, habis satu tandas berbau..hahaha..terpaksa la orang rumah sembur dengan pewangi dulu..hahaha
Semalam temankan cousin pergi klinik, sambil tunggu sambil baca majalah then terjumpa mengenai petai ni..hehhee..huiisshh banyak khasiatnya makan petai ni..baru cek tau..cek tau ngap je dalam mulut..hahaha
Nama saintifik petai ialah Parkia Speciosa. Petai mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Dibandingkan dengan epal, petai mempunyai empat kali ganda protein, dua kali ganda karbohidrat, tiga kali ganda fosforus, lima kali ganda vitamin A dan zat besi serta dua kali ganda pelbagai vitamin dan mineral lain..tengok berganda-ganda die punyer khasiat..
Petai mampu:
1) merangsang kuasa otak
Siapa sangka petai yang busuk itu boleh meningkatkan kuasa otak. Seramai 200 orang pelajar di Twickenham, UK telah diberi petai untuk sarapan dan makan tengahari dan keputusan peperiksaan didapati memberangsangkan. Penyelidikan yang dijalankan mndapati, buah yang kaya dengan potasium amat membantu pelajar menjadi lebih cerdas.
2) Menurunkan tekanan darah tinggi dan risiko strok
Petai padat dengan ptasium tetapi rendah garam. Oleh itu, ia amat baik untuk melawan tekanan darah tinggi. Menurut penyelidikan yang disiarkan di dalam "The New England Journal of Medicine" menjadikan petai sebagai diet tetap boleh mengurangkan risiko mati akibat strok sebanyak 40 peratus.
3) Anemia
Petai membantu meningkatkan pengeluaran sel-sel darah merah di dalam tubuh. Ini amat bermanfaat bagi mereka yang mengidap anemia (kurang darah)
4) Gigitan Nyamuk
Petai bukan sahaja untuk dalaman badan malah luaran badan. Gigitan nyamuk memang la tersangatla gatal. Untuk mengatasinya, gosokkan bahagian dalam kulit petai.
5) Sakit Hulu Hati
Petai mempunyai kesan antasid semulajadi. Antasid ialah bahan beralkali yang dapat melegakan keadaan asid yang berlebihan
6) Anti Kemurungan
Orang yang mengalami kemurungan berasa lebih tenang setelah memakan petai. Ini disebabkan petai mengandungi triptofan iaitu sejenis protein yang ditukarkan oleh tubuh kepada serotonin. Ini menyebabkan si pemakan petai menjadi lebih relaks dan berasa girang..ooo patutla nad girang je...hahahahhaha...
7) Merokok
Perokok yang nekad untuk berhenti merokok boleh cuba makan petai. Vitamin B6 dan B12 bergandingan dengan potasium serta magnesium petai akan membantu tubuh pulih daripada kesan nikotin...lehle nad suh tunang nad makan petai kurangkan merokok.
Jadi apa lagi..makanla petai untuk kesihatan tubuh badan anda...hehehee./..jangan makan banyak-banyak nanti cakap dengan orang berbau pulak..hehe
Assalamualaikum, walaupun sheila tak suka makan, tetap gak beli dan masak untuk suami. paling beliau suka ratah gitu dengan nasi panas. perghh ;p
ReplyDeleteakak makan petai ni kalau buat sambal petai jer, mentah tak makan...
ReplyDeletewah nadd....hehehe... zaza pun hantu...petai jering cicah budu sedap.. :)
ReplyDeletesedapnyeee ni...
ReplyDeleteSampai bila-bila pun tak suka petai. Full stop. EH
ReplyDeletekita sama..tak suke yg dah tua sangat or ade merah2 tu..suke yg muda2 sikit..cicah sambal belacan..adessss..sedappp..baru la namanya selera orang kampung..
ReplyDeletepetai + sambal belacan + sayur air = superb ! hehehee
ReplyDelete