hai assalammualaikum
Makanan Yang Mengakibatkan Masalah Kulit - Memang benar kulit boleh menjadi cantik dan sihat sekiranya kita menggunakan bahan rawatan wajah yang bersesuaian. Namun kita tidak sedari pemaknanan harian juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit wajah berseri. Seperti yang kita semua ketahui, ada makanan yang baik untuk kulit dan ada juga yang memberikan kesan sebaliknya seperti masalah kulit berjerawat dan sebagainya. Pencuci muka dan toner sahaja tidak mencukupi sekiranya diet harian tidak dijaga dengan baik.
Teedapat enam jenis makanan yang menjadi punca kepada masalah kulit wajah dan tidak patut diambil dengan kadar yang tinggi.
Garam
Sifat garam yang menyimpan air membawa kepada bengkak di bahagian mata selepas bangun dari tidur sekiranya diambil berlebihan. Ini kerana kulit mata yang sangat nipis membuatkan bahagian tersebut mudah bengkak. Jika tidak dijaga, tabiat memakan makanan bergaram akan membuatkan kulit anda lebih cepat tua.
Makanan laut
Kandungan iodin yang tinggi dalam makanan laut seperti udang, ketam serta rumpai laut boleh membawa kepada masalah kulit berjerawat sekiranya pengambilan tersebut tidak dikawal. Bagi anda yang sering mengalami masalah muka jerawat, anda dinasihatkan untuk memakan makanan sedemikian hanya dua kali sebulan dan bukan dua kali seminggu.
Susu
Kesan sampingan susu terhadap wajah mungkin tidak seteruk jika dibanndingkan dengan jenis makanan yang lain. Namun, bahan tenusu juga tidak terkecuali dari menjadi punca kulit bermasalah, terutamanya susu tanpa lemak yang mengandungi kandungan hormon yang merangsang penghasilan minyak di kulit.
Makanan berkanji
Jumlah glisemik yang tinggi dalam makanan berkanji seperti pasta, roti putih, kek dan sirap jagung juga menjadi punca kepada kulit berjerawat.
Gula
Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh membawa kesan terhadap kolagen, lantas membuatkan kulit anda lebih mudah berkedut dan nampak tua.
Minuman beralkohol
Sifatnya yang diuretik membuatkan anda akan menjadi lebih haus walaupun sudah meminum dengan banyak. Ini juga mengakibatkan kulit anda menjadi lebih kering sehingga menyebabkannya berkedut.
Serius susu boleh menyebabkan masalah kulit??? Makaiiihhhh. Dahlah ena suka minum susu. hurmmm. Kena kawal lepas ni tapi jangan terus tak minum pula sbb tulang kita kan.
ReplyDeleteApapun terima kasih byk2
Info yang menarik ni.
ReplyDeleteaina..boleh minum susu..maybe ade sesetengah susu yang boleh buat masalh kulit
ReplyDeletebahrain..benda baik dikongsi
Dulu pernah juga terbaca berkenaan pasal hal ni. Dalam hati mmg nak kawal. Tapi bila makanan sedap ada depan mata. Fuh goyah digoda makanan.
ReplyDeleteSaya memang alah pada makanan laut...tapi kadang-kadang langgar pantang jugak :)
ReplyDeleteAssalammualaikum...nadia,
ReplyDeletesusu bagus utk tulang... kalau x minum susu.. x boleh pulak.. kena kurangkan minum susu lepas nie..
mselim3
ada yang penting gak dorang ni,, tapi kena kawal jumlah pengambilan la,, tq for sharing nad :D
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteapa pun jika diambil berlebihan,mmg memudaratkan...
salam kenal & akak follow sini
ok baru tau , banyak makanan dalam diam datangkan penyakit. btw tahniah yer !
ReplyDeleteyg manis tu mmg xleh kawal... amal suka benda2 manis ni... kalau amal buat air pun, mesti teramat manis
ReplyDeleteblogwalk sini.. moga blog ni dimurahkan rezekiii.. aamiiin
yg manis tu mmg xleh kawal... amal suka benda2 manis ni... kalau amal buat air pun, mesti teramat manis
ReplyDeleteblogwalk sini.. moga blog ni dimurahkan rezekiii.. aamiiin
yg manis tu mmg xleh kawal... amal suka benda2 manis ni... kalau amal buat air pun, mesti teramat manis
ReplyDeleteblogwalk sini.. moga blog ni dimurahkan rezekiii.. aamiiin
jom order inner neck keluaran butik cuma rm35 termasuk pos https://www.facebook.com/cantikclosetcollections
ReplyDeletedisebabkan semua sedap-sedap tu yg tak PK benda lain
ReplyDelete