hai assalammualaikum
Tazkirah Jumaat : Jika Tiada rezeki - hari Jumaat yang indah merupakan hari penghulu segala hari. Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
Berbalik kepada tajuk " Jika Tiada Rezeki "..apa itu rezeki?..Perkataan al-Rizq atau melayu sebut rezeki bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama yang diberikan Allah kepada kita. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya.
Semua orang menginginkan rezeki yang melimpah ruah, namun rezeki bukan datang dengan sendiri, kita harus berusaha untuk mendapatkannya. Jika segala usaha yang kita lakukan tidak dapat juga rezeki, kita janganla mengeluh, namun harus amati kenapa rezeki tidak datang..mungkin ia ada sebab yang musabab Allah beri kita seperti itu. Selalulah berfikiran positif dalam semua perkara.
Mari kita amati contoh Jika Tiada rezeki...
1) Jika tiada rezeki wang ringgit,mungkin diberikan rezki kesihatan. Maka kita lebih bahagia daripada kerisauan menjaga harta dunia.
2) Jika tiada rezki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia daripada membayar kerosakan yang mahal.
3) Jika tiada rezeki rumah yang besar,mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah puts. Maka kita lebih bahagia daripada si gelandangan.
4) Jika tiada rezeki pasangan yang cantik, mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga. Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan segala terjaga
5) Jika tiada rezki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
6) Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari, Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka akan datang
p/s : Bersabar, Bersyukur, Berusaha, Berdoa dan Bertawakal.
Assalamualaikum nad, takzirah yang bagus sekali... jangan kufur nikmat. singgah menabung ford untuk pengantin baru ~~~
ReplyDeleteKita dapat bernafas ni pun dah dikira rezeki dari Allah.. Kalau tak ada nikmat oxygen ni, dah tentu kita tak boleh bernafas. Tapi itulah manusia, yang memang dilahirkan dengan sifat tamak, nafsu dan mudah alpa.. Hanya iman sahaja dapat mengawalnya.. :)
ReplyDeletesntiasa bersyukur dgn rezeki yg ada...
ReplyDeleterezeki ada dimana2...tp untuk sentiasa berusaha untuk mencarinya...org malas berusaha mmg susah rezeki nak dtg..
ReplyDeletetq utk tazkirah ni..
ReplyDeletejika tiada rezki di sini, pasti ada rezeki di sana..;-)
besyukur apa adanya. bgs sgt mesej ni. jadlah org bersyukur di samping berusaha meningkatkan rezeki.
ReplyDeleteAsalamualaikum....tazkirah yang bgus.Sentiasa bersyukur dengan apa yg ada.dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
ReplyDeleteAsalamualaikum....tazkirah yang bgus.Sentiasa bersyukur dengan apa yg ada.dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
ReplyDeletekesimpulannya,, ada yang baik di setiap kejadian :)
ReplyDelete