hai assalammualaikum

Festival Belia.com

Five Fingers Photography Di Festival Belia Putrajaya 2013 - Selalunya dekat Putrajaya pasti ada event-event yang best akan dilakukan setiap tahun.. Yela Putrajaya kan tempat Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia. Tapi dulu nad jarang join event-event macam ni sebab takda sapa nak bawak..penah sekali nad pergi Floral Festival je..lepastu dah takda..sekarang, memang nad takkn lepaskan nak join event ni..sebab nak ke Putrajaya dah tak jauh dah..hehee..

"Festival Belia Putrajaya 2014 dari 23 hingga 25 Mei akan lebih menumpukan kepada program berkualiti berbanding sasaran mengumpul lebih dua juta belia seperti sebelum ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Katanya konsep festival tahunan kali ini juga berbeza kerana ia tidak hanya tertumpu di Putrajaya sebaliknya turut memfokuskan belia di daerah dan negeri seluruh negara dengan pelbagai program bersesuaian.

 Bertemakan 'Dari Belia Untuk Belia', beliau berkata festival itu menyediakan ruang menyemarakkan semangat belia dari seluruh negara untuk merealisasikan impian yang lebih besar serta memberi peluang kepada mereka melontarkan idea serta pandangan kreatif dalam setiap aktiviti." - sumber Sinar Harian

Dah dapat rasa tak kemeriahan Festival Belia ni..Banyak betul aktiviti, program, booth, pertandingan yang sangat menarik, cool dan best gila sepanjang Festival Belia Putrajaya 2014. Rugi la kalau korang tak pergi ke festival yang hanya setahun sekali diakan nie tau. Terlepas pergi pada tahun ini, kena tunggu tahun hadapan pulak. T_T

Di sini nad nak promote sikitla untuk kerjasama jejaka mafia dan kawan-kawan dia..sempena hari belia..Five Fingers Fotografi diberi kepercayaan untuk melakukan tugsan selaku jurufoto..Five Fingers Photography terhasil daripada lima orang Photographer yang mempunyai kehebatan tersendiri mengambil gambar  landscape..event dan wedding..Selain itu, pada hari Belia 2014 Five Fingers menyediakan perkhidmatan fast print bagi mana-mana yg berminat..untuk mendapatkan gambar secara segera..harga diantara rm8 hingga rm15 sekeping..Lokasi Five Fingers Photography  pesaint 17 Putrajaya.. Major event di tapak Sepak Takraw ..23hb - 25hb May ni...

Sesiapa nak hubungi mereka untuk belajar mengambil gambar atau mengupah untuk mengambil gambar landscape, bangunan, event dan wedding bolehla contact mereka ini..


SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2