KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA

in , , , by Nadia Johari, 12:05:00
hai assalammualaikum..

Kenapa Isteri Suka Dipeluk Suaminya - eheh dah kawin ni macam-macam tau nadia ni tau..huisshh..bestt oo dah sah ni..semuanya boleh buat..tapi kau janganla over sangat kalau dah sah tu..bukan semuanyer boleh open depan semua orang..sikit-sikit tu bolehla..kalau nak lebih-lebih masuk dalam bilik la..hahhaha..kalau peluk-peluk biasa tu kat luar okla..hahaa..dah sah kann..takkan masa kapel kau boleh peluk pinggang tapi lepas kawin kau tak mau kan..ofkos nak kann..nak lagi manja kan...isteri ni suka dipegang tangan sewaktu berjalan..yela , dah namayna isteri kan takkan nak dibiarkan jalan-jalan seorang diri pulak..selain pegang tangan isteri memang suka dipeluk..kenapa agaknya ye..hehe

Ohh suami jangan kau nak peluk isteri time nak ehem-ehem je..peluklah santai bersama isteri dan bermesra bersama isteri.. Masa ni lah kau boleh peluk isteri kau sebanyak yang boleh. Apabila suami buat tidak tahu pada isteri, pasti isteri akan merajuk. Kadang-kadang suami tidak paham kenapa isteri merajuk..


Pada isteri pelukan itu merupakan sesuatu yang penting dalam hubungan. Pelukan bagi isteri menyimpan erti yang lebih mendalam dan manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Pelukan erat dapat mengeratkan kehangatan asmara..kahkahkah..nad..nad..pandai ko na..Apa korang rasa bila dipeluk ayah dan emak..rasa disayangi kan..tapi bila suami peluk..bukan saja rasa disayangi tapi dicintai dan paling utama isteri rasa selamat..Pelukan suami memberi aura yang positif untuk kita lebih tenang dan mengurangkan tekanan..yela..tengah buat kerja rasa penat mesti nak ada suami dekat sebelah..sedap dapat bantal hidup ni..hehee

Selain itu, apabila suami memeluk isteri, semangat itu datang dan lebih tenaga..Yela apa guna suami dekat rumah kalau masing-masing buat hal sendiri..Bila kapel dulu, jumpa je rasa nak peluk..jumpe je rasa nak peluk..tapi tak boleh peluk sebab haraammmmmm..hah dah sah ni kau nak peluk banyak-banyak pun boleh..Bila suami peluk je, semangat nak buat kerja rumah tu datang..semua kerja perfect..hahaha..Paling comel bila suami peluk dekat dapur..eheh bermanja-manja la dekat dapur..Jangan pulak kau terperanjatkan isteri..habis periuk belangan terbang kang..lagi-lagi kalau ada isteri kuat melatah..kihkihkih..



Oleh itu para suami..
- peluklah isterimu
- belai lembut rambutnya
- sentuh wajahnya
- gosok lembut tangannya
- kaitkan jari jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
- sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya

Dengan pelukanlah membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. Bagi isteri, pelukanlah merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya..hehehe..Tak perlu nak segan silu depan orang kalau dah sah..yang penting tak OVER..

p/s; dah cukup duit..dah cukup mental fizikal, dah sedia dengan tanggungjawab yang bakal dipikul..cepat-cepatlah kawin ok..=)..
SHARE 15 comments

Add your comment

  1. kita segan nk baca. liz tk baca hbs. skip2 hihik. malu :l

    ReplyDelete
  2. insyallah tak lama lagi :)

    ReplyDelete
  3. liyliz..hehhhe...dia pulak malu..haippp..

    ReplyDelete
  4. asha..wah yeke..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. post yang menarik...malu nak komen panjang2..

    ReplyDelete
  6. Ada aura dan beri semangat tu yg suka dipeluk oleh suami

    ReplyDelete
  7. Hamboi hamboi hamboi kak nad ni. Haha

    ReplyDelete
  8. memang pun Nad... rasa selamat dan selesa je kan

    ReplyDelete
  9. Jangankan isteri je yang suka dipeluk suami. Suami pun sama suka bila dipeluk isteri. Cuma si suami jarang nak tunjuk kesukaan tu. Maklumla, nak cover macho punya pasal. haha

    ReplyDelete
  10. Kite dipeluk ma abha je.... hihi

    ReplyDelete
  11. Makkkkkk!!! nak kawennn ehh tersilap pnggil nm mak kat sini..haha hrp2 mak dgr kihkih

    ReplyDelete
  12. Aaaauummm ni rasa tak sabar nak kahwin. Eh eh eh. Muda lagi ena ni. Banyak benda nk buat. Hehehhee.. Akk nak hug akk?? XD

    ReplyDelete
  13. nak kawin2... ophsss, tetiba tergatal pulak

    ReplyDelete
  14. wahh entri nie ^_^ apa pon hanya untuk yang halal saje.. yang belum lagi tu sabo yer

    ReplyDelete
  15. Mestilah i suka.. hhuuu tiap balik kerja, minta peluk.. kikiki halal ok..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2