hai assalammualaikum
Sifat Hantu Yang Boleh Dicontohi - Sebut je pasal hantu mesti semua orang akan takut kan..hanya orang yang kuat mampu melawan semua perasaan takut tu..Macam-macam hantu yang wujud dalam dunia ni..mereka wujud di sekeliling kita..Tapi kita perlu tau yang Maha Berkuasa hanya satu iaitu Allah..kalau kita selalu ingat padanya..In Shaa Allah, segala ketakutan kita akan hilang.. Nad pun penakut jugak sebenarnya..hehee..siang-siang kalau sorang-sorang takpe..kalau malam..ermm memang takkanlaa..
Walaupun hantu digeruni kerana rupanya yang tak berapa nak rupa..tapi sifat dia kita boleh contohi untuk kehidupan seharian kita..hehee..jom kita tengok
1) Toyol
Masih kecil sudah berdikari, boleh cari wang sendiri dan tak menyusahkan mak bapak..hehe..dekat sini kita boleh andaikan yang kita boleh berdikari untuk mencari wang dengan bekerja tanpa mengharapkan mak ayah tapi janganla mencuri seperti toyol ni erk..hehe
2) Pontianak
Susah senang sentiasa tertawa, ini menunjukkan keperibadian pontianak ini optimis dan sentiasa berfikiran positif..Sentiasa tersenyum walaupun kesedihan melanda dan sentiasa berfikiran positif bahawa setiap masalah yang dihadapi mampu diatasi.
3) Pocong
Hantu yang paling nad takut..err..Dari dulu bajunya tak pernah ganti, ertinya dia tidak tertarik dengan pada fesyen dan bersahaja. Sifat berjimat ini baik diamalkan pada zaman barangan serba mahal ini..Zaman sekarang macam-macam fesyen ada..fesyen karung guni pun ada..kalau yan mengikut tu memang pelikla..Cukupla menggunakan baju yang simple dan menarik walaupun murah..beli banyak-banyak kan membazir..ada jugak nanti pakaian yang tak terpakai..dah tersimpan kan..
4 ) Hantu Air
Walau selalu menetap di lautan, tapi pakaiannya selalu lengkap dan sopan, dia tak pakai baju renang yang mengiurkan, ertinya dia selalu menjaga etika dan kehormatan diri. Dia juga tidak membazir masa dengan aktiviti memancing dan sebagainya..hahha..yang ni paham-paham jela..kepada yang suka memancing boleh memancing tapi jangan lupa keluarga dekat rumah..Kepada wanita islam kalau nak pergi berenang pakaila pakaian yang tidak menonjol.
5) Jerangkung
Datang tak diundang, pulang tak dihantar, ertinya dia tak mahu menyusahkan orang lain. Kalau masuk rumah hanya menetap dalam almari sahaja. Tidak duduk di sofa lembut satu sifat kesederhanaan yang tulus ikhlas..
6) Jebon
Ini adalah makhlik halus yang paling istimewa walau mukanya buruk hancur badanya berbau dan menakutkan tapi sifatnya sangat penyabar..Sentiasa ada sifat sabar dalam diri kalau tidak hidup akan musnah kalau selalu mengamuk..orang pun lari..
Nah amacam..ok tak sifat hantu ni..hehhee...dah tengok video dekat atas tu..hehe
contohilah hantu-hantu yang ada....
ReplyDeletehaha..ni la hantu yang murni
ReplyDeletePerghhh ngeriii gilaaaa video tu.. hantu real tuuu.. :p
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeleteentry ni mmg kreatif..
Tak berani tengok video tapi hantu tu memang patut dicontohi :v
ReplyDeletememang tak berani nak tengok video tu... yang baik boleh dicontohi walau makhluk ni menyeramkan ^__^
ReplyDelete