hai assalammualaikum
Ramadhan Menjelang Lagi : Bersahur - Hari yang ditunggu dan muncul setahun sekali dalam hidup. Setiap kali ia menjelang pasti masyarakat akan bersiap sedia untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana Bulan
Ramadhan merupakan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan
berganda. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita
akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu
hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu
digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini
dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi
puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini
adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Setiap kali Ramadhan, kita diwajibkan untuk bersahur kerana ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Sahur adalah satu amalan
sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengelakkan diri daripada mengantuk dan letih. Dengan bersahur badan kita akan sentiasa cergas dan bertenaga kerana sudah diisi dengan makanan.
Kelebihan bersahur
1) Menambah kekuatan untuk beribadat
2) Meningkatkan keikhlasan dalam
beribadat;
3) Menghilangkan perasaan marah yang
diakibatkan oleh kelaparan dan
4) Mendapat peluang untuk mengingati
Allah dengan berzikir dan berdoa.
Jadi kepada kawan-kawan ku sekalian jangan lupe untuk bersahur..Di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat berpuasa semua..