RAMADHAN MENJELANG LAGI : BERSAHUR

in , , by Nadia Johari, 00:27:00
hai assalammualaikum

Ramadhan Menjelang Lagi : Bersahur - Hari yang ditunggu dan muncul setahun sekali dalam hidup. Setiap kali ia menjelang pasti masyarakat akan bersiap sedia untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana Bulan Ramadhan merupakan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Setiap kali Ramadhan, kita diwajibkan untuk bersahur kerana ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengelakkan diri daripada mengantuk dan letih. Dengan bersahur badan kita akan sentiasa cergas dan bertenaga kerana sudah diisi dengan makanan.

Kelebihan bersahur

1) Menambah kekuatan untuk beribadat
2) Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
3)  Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
     4) Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Jadi kepada kawan-kawan ku sekalian jangan lupe untuk bersahur..Di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat berpuasa semua..
SHARE 14 comments

Add your comment

  1. selamat menjalani ibadah puasa ...

    ReplyDelete
  2. salam ramdhan nad..

    comel blog..

    ReplyDelete
  3. selamt berpuasa nad

    *dik, masa buat pop corn tu, masa letup letuptu kita dgr je. xda apa la.okje. hihi

    ReplyDelete
  4. sahur tu penting untuk mengelakkan kita membuka tudung periuk di siang hari :D

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa Nad.. sama2 kita mempertingkatkan ibadah di bulan mulia ini.

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa nadia!! :)

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan Nadia, dan selamat berpuasa :))

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan Nad. Moga Ramadhan ini lebih menggembirakan di samping insan tersayang :)

    ReplyDelete
  9. salam ramadhan nad.
    Selamat menjalankan ibadah di bulan yg mulia ini

    ReplyDelete
  10. ye betul tu, fi memang biasanya tak tinggal sahur..hehe btw selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  11. Salam ramadhan.. :)
    Bersahur mmng pnting.. Ianya mmbntu mmberi kita tnga disiang hari..

    ReplyDelete
  12. Salam ramadhan.. :)
    Bersahur mmng pnting.. Ianya mmbntu mmberi kita tnga disiang hari..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2