RUMAH BARUKU SELEPAS KAHWIN

in , , by Nadia Johari, 22:59:00
hai assalammualaikum

Rumah Baruku Selepas Kawin - Selepas berkahwin ni memang banyak perubahannya, seperti bangun pagi siapkan makan minum suami, kemas rumah, dan paling utama memasak. Hari-hari mesti nak pikir masak ape..sebab kalau keluarga cara masak lain, citarasa suami lain..jadi kene laikut citarasa suami..tak boleh nak ngelak oii..Sebab tu sebelum kawin kene fikir panjang..bukan fikir nak bersama suami je, kene fikir masa depan,apa yang patut kita lakukan selepas kawin. Persediaan mental dan fizikal perlu ada supaya semua benda tak jadi kelam kabut.

Banyak perkara yang perlu dititiberatkatkan sebelum kawin dan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan ialah Rumah. Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya akan memikirkan soal rumah..ada pasangan yang akan duduk dengan mertua..ada pasangan nak duduk sendiri sebab nak lebihkan privasi. Mana pasangan yang mampu akan membeli rumah tersebut dan mana yang tak mampu pasti akan hanya menyewa sahaja.


Gambar masa tunang..

Macam nad, sebelum kawin memang kami decide duduk dekat umah jejaka mafia. Mengikut adat Islam isteri kene mengikut suami. Sebelum arwah mami ada, jejaka mafia duduk berdua sahaja dengan mami dia. Jadi nad pikir tak salah duduk dengan ibu mertua, ada tempat bergurau, ada tempat berborak.sekali dapat belajar cara memasak kan..tapi apakn daya, nad tak dapat bersama dengan mami. Jadi rumah ni sekarang kami duduk berdua sahaja..Kira rumah baru bagi nad la..haa..Rumah ni rumah yang dah dibeli oleh mami, jadi sebagai menantu nad perlu menjaga rumah ni sebaik mungkin. Alhamdulillah soal rumah kami dah tak perlu pikir sebab dah tersedia. Rumah pulak telah lengkap dengan isinya, seperti televisyen, sofa, dan paling penting barangan dapur. 


Walaupun banyak benda dah lengkap, nad mesti nak rasa sikit kelainan dalam rumah. Sebab jejaka mafia pun nak tukar style sikit katanya. Siki-sikit kami kumpul duit untuk menukar suasana rumahh ni. Tau-tau jela jejaka mafia ni mana reti mengemas atau mendekorasi rumah, arwah mami pun jenis suka menyimpan banyak barang, jadi tugas aku untuk memilih barang mana yang perlu pakai dan mana yang tak perlu. Kalau dulu aku selalu berangan bab rumah sendiri nak ruang tamu macam ni, nak ruang dapur macam ni,..dari dulu lagi ok nad dah berangan..haha..alhamdulillah dah de rumah sendiri ni bolehla nad mencantikkan rumah. Best ni mengemas rumah..tapi kalau terlalu banyak memikir sakit kepala jugak. 


Dah sebulan nad duduk dekat rumah jejaka mafia. Masa nad mula-mula masuk rumah, nad pentingkan bahagian dapur dulu. Bila suami ingin merasai masakan isteri tercinta jadi ruang dapur perlu diberi perhatian dahulu. Dapur masak, peralatan-peralatan memasak, pinggan mangkuk, meja makan dan macam-macam lagi. Nad sebagai isteri pun memang ta sabar nak memasak untuk suami bila semua dalam keadaa bersih. Buat masa ni dapur dah kemas tapi ada benda yang nad kene tukar lagi..heeheh..nak tau apa dia..tunggu sikit-sikit nak tunjuk ok. En jejaka mafia nak bahagian dapur semua benda wrana hijau..ok kita turutkan sahaja..kalau boleh nak nampak fresh..good idea sayang..=)


Ni bahagian ruang tamu kami. Rumah ni panjang dan nak bagi luas kene letak sofa tu dekat dinding. Dah tengok dekat google tapi takde pulak tunjuk cara susun perabot ruag tamu memanjang. Tapi yang ni belum cukup sempurna lagi..Kene ubahsuai jugak..kihkih..Rak tv tu hanya sementara, akan diubahsuai dengan rak yang sesuai dengan televisyen tu..tunggu naa..Bagi nad kalau ruang tamu sudah lengkap barulah rumah kelihatan 'hidup'.Lagipun nad dengan jejaka mafia memang suka ruang yang luas sebab pikir untuk budak-budak main,.Sofa tu memang dah sedia ada. Sesuai untuk kami berdua duduk..kalau orang lain datang pun cukupla dengan itu..


Ruang bilik tidur pulak..kat sini ade tiga bilik tidur..satu bilik tidur khas untuk tetamu..semua nak kene kemas balik..gambar atas bukan bilik kami..tu dari google..hahaa..

Dulu nad berangan nak rumah sendiri dekat tanah sendiri macam dekat kampung,.hahaa..kau ingat laki ko anak datuk..kihkhih..dapatla rumah teres ..okla bukan satu tingkat tapi dua tingkat..hohoho..Memang berlainan suasana dekat sini..kalau dekat kampung ku lihat pokok, ayam dan laman yang luas untuk bermain bersama dengan anak buah tapi dekat sini..nad redha jela..hahaa..pemandangan nad nampak kereta, lori, kontena dan seangkatan dengannya..Macam ni la Kota raya..nak taknak nad kene biasakan diri jugak..nasib depan rumah ada pokok bunga leh la hirup bunga-bunga tu..hhhhahah

Banyak nak dilakukan dengan rumah ni, banyak perubahan yang perlu dibuat..nad dah excited dah ni. Sikit-sikit kami kumpul duit nak cantikkan rumah. Nasibla nad suka mengemas..kalau nad pemalas gak ape jadi kat rumah ni tak taula..hahaOklah, apa-apa pun kelengkapan yang kita inginkan kita haruslah merangcang mengikut kemampuan masing-masing.
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. dah kawin mcm2 berubh kann :)

    ReplyDelete
  2. Cantik rumah kak nad. Tak mengapa slow slow

    ReplyDelete
  3. cantik betol rumah nad..ni yang tak sabar nak decorate rumah sekali ngan dia jugak ni..huhu..insha allah, tahun depan.

    ReplyDelete
  4. Slow2 deco insyaallah dpt tgk hasil yg nad suka

    ReplyDelete
  5. seronoknya nad kalau ade rumah sendiri..hihi..hepi je.. :)

    ReplyDelete
  6. dah nikah banyaklah benda kena fikir :)

    ReplyDelete
  7. perempuan memang suka mengemas.nak tak nak kena la rajinkan diri. :)
    selamat mengemas kak nad :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum nad...selamat mengemas yer...moga akan bertambah cantik rumah nad nanti..;)

    ReplyDelete
  9. ooo...gambar bilik tidur ambil kat google..
    patutla cantik..baru nak puji...
    erm..rumah yang kemas, sesuai la untuk pasangan yang dah kahwin..
    tali yang kat ruang tamu tu untuk apa yer ?? hihi
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  10. adussshhhh,,, bab jadi suri rumah ni,, termasuklah masak ke kemas ke,, fail banyk :'(

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2