MASJID SELAT MASJID TERAPUNG DI MELAKA

in , , by Nadia Johari, 23:15:00
hai assalammualaikum

Masjid Selat Di Melaka - Dah lama rasanya tak ke Melaka. Seingat nad, masa sekolah rendah pergi Melaka disebabkan rombongan sekolah..sekolahh der..sekarang dah jadi isteri orang..lama gilerr tak jejak Melaka. Hari tu dapat jugak jejak Melaka sebab jejaka mafia pergi rumah terbuka member dia. Alangkah gumbiranya cek sebab dapat pergi Melaka, tapi sedihnya tak dapat pusing-pusing Melaka, sebab destinasi bukanla jalan-jalan tapi pergi beraya..hehhee. Sebelum ke Melaka singgah rumah pak mertua dekat Negeri Sembilan. Pukul 4 baru gerak ke Melaka. Sebab tu tak sempat nak round Melaka,tapi dapat la pergi satu tempat di Melaka yang menjadi kegemaran para jurugambar ( jejaka mafia) untuk mengambil gambar iaitu Masjid Selat. 




Ini kali pertama nad jejak Masjid Selat Melaka. Masjid yang sangat cantik dan unik. Sebab apa die unik, sebab rekabentuk masjid ni lain daripada masjid yang pernah nad tengok. Masjid ini di bina di atas Pulau, jadi nampak seakan " Masjid Terapung". Bila tengok air, rasa tenang je dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa ni. Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat cukup membuatkan hati selesa dan dapat menenangkan jiwa. 

photo by KEREX PHOTOGRAPHY
 "Masjid Selat di Melaka, dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka, selat yang terpanjang dan tersibuk di dunia.Menelan belanja hampir RM11 juta, masjid tersebut yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 1.8 hektar mempunyai ciri-ciri seni bina Melayu dan Timur Tengah. Daripada jumlah RM11 juta, kerajaan Persekutuan memberi peruntukan sebanyak RM7 juta. Masjid tersebut mampu menampung kira-kira 2,000 jemaah pada satu-satu masa.Ia mula dibina pada Jun 2003 dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2006. Ia dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail ketika itu pada 24 November 2006."




Bila masuk je dalam Masjid selat, dah boleh nampak Menara tinggi di belah kanan.Menara setinggi 30 meter bukan sahaja untuk mengumandangkan azan, malah dijadikan sebagai Rumah Api. Cahaya amaran diberikan melalui menara itu kepada kapal-kapal dan perahu-perahu yang melalui Selat Melaka itu. Selain itu, ia juga bertindak sebagai panduan kepada pesawat yang terbang di ruang udara.






Terdapat laluan khas untuk para pelancong melihat dengan lebih dekat mengenai Masjid Selat ini. Laluan ni dibuat supaya pelancong dapat mengambil gambar dan melihat rekabentuk dan senibina masjid dengan lebih dekat dan merasai tiupan angin pulau buatan manusia yang cantik ni. 




Ramai pelawat yang datang kesini, bukan sahaja Islam malah pelancong dari luar negara pun ada. Kemudahan untuk pelancong bukan Islam, di sini ,di sertakan baju jubah supaya pelancong Bukan Islam dapat masuk ke dalam Masjid Selat tanpa berpakaian seksi. Masjid kan rumah Allah, tak elok pakai pakaian yang tidak menutup aurat. Jadi jubah disediakan supaya pelancong bukan Islam yang ingin masuk perlu memaki jubah tersebut. 





Menjaga dan memastikan rumah allah sentiasa bersih adalah tanggungjawab bersama. Melihat persekitaran di Masjid selat sangat bersih sekali. Nak masuk tandas pun kene buka kasut. Bagus kan macam tu. Kebersihan sentiasa terjamin.





Banyak tempat lagi yang kita boleh kunjungi di Melaka ni dan melihat panaroma di Melaka.





SHARE 18 comments

Add your comment

  1. Assalam.. menariklah masjid ni. Belum ada kesempatan lagi utk berkunjung. Teringin juga nak singgah nanti. Mesti nyaman tiupan angin kat situ kan.. beribadah pun tenang je. Thanks sharing Nad.. :)

    ReplyDelete
  2. mana cite si gadis berbaju biru melawat masjid??

    tipu erk

    ReplyDelete
  3. bang khir..memang tenang je..dah la tepi pulau..leh namapk matahri terbenam..nad pun pertama kali pergi..

    ReplyDelete
  4. blogger babyface..errkk..ceritera si gadis biru tu sayala..si gadis biru sebab saya suka warna biru..huhuhu

    ReplyDelete
  5. SubhanAllah..indahnya ciptaan Allah..cntik permandangan masjid msa sunset..msa sunrise pn mst cntik.. Yana pn xberkesempatan ag nk ke sna kak non..hehe..xde sape nk bwk..hoho ;)

    ReplyDelete
  6. yana..akk pun tak pernah pergi la dik non..ni pun sebab sekali jalan..pergi open house then ke sini.

    ReplyDelete
  7. SubhanaAllah, cantik sangat sangat!!! Hari tu pergi Melaka tak sempat nak melawat masjid ni. huaaaa sedih!

    ReplyDelete
  8. syira...memang cantik..laluan dia bagi pun masuk macam jalan kampung kalau ikut waze..hehe

    ReplyDelete
  9. ainaa..boleh pergi sekali lagi..hehee

    ReplyDelete
  10. wahh..org tu ke melaka lah ^_^

    cantik masjid tu..tenang je beribadat :)

    ReplyDelete
  11. cantik senibinanya... dan kid pernah tengok gambar beberapa rakan pelancong yang ambik gambar time pagi-pagi.. memang cantik.

    ReplyDelete
  12. alaa..pegi ari tu tgh renovate xleh nk masukk

    ReplyDelete
  13. Cantik yer masjid terapung di melaka ni...hebat betul seni binanya...cantik...mengamit pandangan nak tgk lama2...dik untung tau

    ReplyDelete
  14. ingatkan melaka ada A famosa jer. Rupanya ada jugak masjid yang cantik ni. Really beautiful

    ReplyDelete
  15. cantik masjid tue.. masjid terapung
    nnt kalau dapat pegi melaka kena singgah nie..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2