hai assalammualaikum
Tampil Berseri Di Aidilfitri Bersama Safi Balqis White Trilogy - Tona tidak sekata? Kulit kusam?.. Musim raya ni mesti nak cantik, nak nampak gebu dan putih. Kulit wanita memang sangat sensitif bila terkena pancaran matahari dan persekitaran yang tidak elok. Pancaran matahari akan menyebabkan kulit wanita menjadi gelap. Setiap wanita ingin tampil cantik setiap masa dengan kulit yang cerah, sekata dan halus. Oleh itu Safi Balqis telah memperkenalkan produk terbarunya SAFI BALQIS WHITE TRILOGY untuk kita wanita ini nampak ayu di aidilfitri.
Produk Safi telah terkenal sejak dahulu lagi. Nad juga menggunakan produk Safi ini kerana ianya halal dan memang sesuai dengan kulit nad. Hasilnya, Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS ni. Kalau dahulu nama produk Safi ialah SAFI PERFECT 10 namun kini telah dipertingkatkan ke SAFI BALQIS WHITE TRILOGY agar lebih efektif dan memberi keberkesanan yang maksimum kepada pengguna.
SAFI BALQIS yang merupakan sebuah rangkaian produk pencerah wajah lengkap telah mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk semua jenis keperluan kulit. Kalau korang nampak iklan Hanis Zalikha, hah dia lah duta produk SAFI BALQIS WHITE TRILOGY ni. Dapatkan wajah cerah sempurna dengan lima langkah mudah, membersih, menyegar, memelihara, melembap dan menyerikan dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap Safi Balqis White Trilogy.
Apakah kelebihan Safi Balqis White Trilogy yang baru ini?
Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.
Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:
BAGAIMANA TINDAKANNYA?
SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mencerah wajah secara menyeluruh menerusi 3 lapisan epidermis kulit dengan 3 bahan utama:
Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.
Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.
Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.
Fungsi produk ini:
Mermbersih secara mendalam
Mengecilkan pori
Memudarkan cela
Melindungi dari sinar UV
Mencerahkan kulit
Melindungi dari radikal bebas
Menyamaratakan tona kulit
Mengekalkan lembapan
Menghaluskan kulit
Melembutkan wajah
Nak cantik macam Hanis Zalikha..oopps yang di atas ni bukan hanis tapi Nadia Johari..hehhe..comey jugakla kan..
PEMBERSIH MUKA SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Kulit yang kusam serta tona yang tidak sekata membuatkan wajah kelihatan tidak bermaya selepas seharian keluar di bawah pancaran matahari dan habuk yang melekat di muka kita. Nad akan basuh muka setiap hari dua atau tiga kali sehari selepas menjalankan aktiviti seharian. Muka mesti dibasuh selalu, lagi-lagi muka jenis berminyak macam nad sebab banyak kekotoran yang ada di muka. Pembersih Muka SAFI BALQIS White Trilogy membersih dengan lembut tanpa menghakis sambil mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.
100g - RM 11.20 ( SM ) / RM 11.80 ( S/S )
PENYEGAR SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Penyegar Safi ni nad guna untuk menyegarkan kulit nad selepas muka dibasuh bagi mengekalkan kelembapan muka. Muka nad akan bertambah sejuk bila pakai penyegar Safi ni..suka gilerr ok..Penyegar Safi Balqis White Trilogy ni mampu mencerahkan sambil mengetatkan pori wajah. Cara menggunakannya dengan menuang sedikit di atas kapas dan sapu lembut ke muka kita.
100ml - RM 8.20 ( SM ) / RM 8.60 ( S/S )
SERUM SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Penggunaan serum penting kerana ia menggalakkan proses pencerahan yang lebih efektif. Serum SAFI BALQIS White Trilogy yang bertekstur ringan ini mengandungi molekul yang mampu meresap lebih jauh ke dalam sel kulit dengan cepat dan mencerah kulit dengan sempurna dan selamat. Ini kali pertama nad pakai. Rasa ringan je muka ni bila sapu serum ni.
20ml - RM 25.90 ( SM ) / RM 26.80 ( S/S )
KRIM PELEMBAP SIANG SPF20 PA SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari. Krim pelembap Safi ni ada juga yang untuk malam, tapi nad lebih prefer pakai siang sahaja kerana siang kita lebih terdedah kepada sinaran matahari.
KRIM BB SPF30A+++ DENGAN VITAMIN E
Krim BB SPF30PA++ SAFI BALQIS White Trilogy seperti foundation atau asas solekan bertindak menutup cela, melembap kulit serta menyamaratakan tona sebelum menggunakan solekan. Ia digunakan sebagai pelindung UV sambil mencerah kulit dengan sempurna dan selamat. Krim BB SPF 30A++ dengan vitamin E juga boleh melitup sempurna tanpa menutup pori-pori wajah, mengekalkan lembapan, menghaluskan kulit dan melicinkan kulit.
20g - RM 19.90 (SM ) / RM 20.70 ( S/S )
Hah bagi muka yang berjerawat, jangan risau, SAFI BALQIS juga ada mengeluarkan produk SAFI BALQIS WHITE TRILOGY yang diperkaya dengan limau gedang dirumus untuk keperluan khusus kulit yang berwajah berminyak dan berjerawat. Semua produk Keluaran SAFI BALQIS ini boleh didapati di semua kedai, pasaraya dan shoping kompleks yang berdekatan dengan harga yang berpatutan. Harga produk SAFI BALQIS sangat-sangat berpatutan dan terjamin kualitinya dan kuantitinya boleh tahan dalam sebulan lebih. Jadi memang berbaloi! Tak perlu habis beribu-ribu yang penting kita sebagai pengguna perlu bijak.
Nak tahu lebih lanjut berkenaan produk SAFI BALQIS ni boleh layari
Website : http://safi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/SAFI.MY
wah patutlah berseri2 nad...
ReplyDeletekak farah..haha..akk lag berseri..kalah kite tau..
ReplyDeletenormi..tq kak..:)
ReplyDeletenao mei..kan kak..safi ni dah sebati dengan kulit
ReplyDeletekak.. safi boleh putihkan muka kita dak?
ReplyDeletekita nak putihkan muke kita nii..
hehehe
Produk safi balqis memang bagus.. ramai juga kawan kawan yang pakai, cantik je muka dorang.. ena patut start cuba juga..
ReplyDeletekak fiza penah pakai dulu produk safi :)
ReplyDeleteouhh.. ini lah rahsianya... :D
ReplyDeleteyang iklan hanis zalika tu kan, bagus juga :)
ReplyDeletewah patut la berseri2 akak tengok nadia..=D
ReplyDeleteMacam best je..
ReplyDeletewow guna compete set balgis erk......
ReplyDeleteSalam...owh yang hanis zalika dutanya tu ye?
ReplyDeleteAssalammualaikum sy guna Pembersih krim toner Skrub...Ini sahaja sudah membuat kulit Anda cantik berserk..parut jerawat susah nk kekal...alhamdullillah
ReplyDelete