hai assalammualaikum
Chalet Air Panas Pengkalan Hulu Di Perak - Jumaat lepas nad dengan keluarga serta saudara pergi ke Perak untuk menghantar pengantin perempuan bagi meraikan persandingan belah lelaki pulak. Hari persandingan belah lelaki dibuat pada hari sabtu, tapi kami bertolak pada hari jumaat disebabkan perjalanan yang agak jauh.
Perjalanan daripada Klang ke Pengkalan hulu mengambil masa 7 jam, memang tersangat la lama oiii.. Punggung ni dah naik lebam, kepala pulak berpusing sebab laluannya macam nak pergi cameron. Pengkalan Hulu ini dan letaknya di hujung Perak, sempadan dengan Kedah dan Betong,Thailand.
Kami bertolak pada pukul 4 petang dan tiba di Chalet pada pukul 11 malam..lama ke idooookk...walaupun bukan nad yang drive, tapi dah tido bangun tido bangun pun penaatt..haaha. Chalet ni disediakan oleh pengantin untuk kami sekeluarga yang berjalan jauh ni.. mana taknya, dah penat mesti kene rehatkan badan dulu..kalau tak, nak p kenduri nanti lemau je..
Sampai je dekat sana masing-masing terus makan. Chalet ni ada dua bilik dan satu katil disediakan di depan ruang tamu. Wifi takde rasanya. Paling utama dekat sini hanya menerima line celcom je..haha..line lain takdok...jadi siap-siapla dengan line celcom.
Kenapa dinamakan Chalet Air Panas? sebab dekat depan setiap chalet ade kolam air panas. Jadi kat sini ko bolehla nak celupkan kaki ke..nak berendam pun boleh. Berendam pada waktu pagi..memang syokk oo..hahaa..tengokla diaorang ni seronok je berendam.
Air panas semulajadi ini berwarna seperti tanah atau selut serta keruh kerana ianya tidak ditapis bagi mengekalkan keaslian yang terhasil daripada tindakbalas sulfur/belerang dalam tanah.. Air panas ni asli ok bukan buatan. huhuhu...patutla best semacam je..
Nampak je macam kolam, tapi ada bahagian yang dalam. Tengokla sedara nad tu berendam paras mana. Jadi berhati-hatilah semasa nak mandi. selalu tinjau anak-nak kecik sebab kalau apa-apa kejadian buruk bukan tanggungjawab mereka, ia adalah tanggungjawab sendiri..Dah siap tulis dekat papan tanda.
Lokasi yg unik dengan persekitaran alam semulajadi yang masih
terpelihara dalam suasana kampung yang tenang sesuai untuk anda berehat
bersama keluarga dan juga sesuai untuk agensi kerajaan mahupun swasta
bagi mengadakan kursus, seminar ataupun mesyuarat. Jika korang nak boleh layari
Chalet Air Panas Pengkalan Hulu
Menarik..belum pernah jejak lagi.. :)
ReplyDeleteazwar..nad pun pertama kali jejak
ReplyDeleteJauhnyaaa
ReplyDeletelisa..hahaa..tau takpe..jauh nun penghujung dunia..
ReplyDeletePernah sampai pengkalan hulu tp tak pernah jumpa lagi chalet ni. Macam best jaaa. Huhuhu
ReplyDeleteseronoknya..
ReplyDeletedamai ja kawasan =)
wah..cntiknya kawasan..mcm kwsn perumahan dah..bestnya.. :)
ReplyDeleteMenariknya review awak..mesti pergi nie..dah lama plan nak pergi tapi tak samapi2 lagi
ReplyDeletemeriahnya, mesti seronok giler kan
ReplyDeletemeriahnya, mesti seronok giler kan
ReplyDeletetgu nk p dgn ehem la
ReplyDeleteakak pernah pergi sekalii duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....
ReplyDeleteKg mak aku ni..hehe..rumah2 kat blkg chalet tu bole kata suma umah sepupu2 aku ngan mak sedara aku
ReplyDelete