hai assalammualaikum
Kelab Blogger Ben Ashaari Semakin Dikenali - Nad blogging sejak 2011 lagi. Blogging untuk berkongsi dan mencari ramai kawan daripada pelusuk negeri. Bagusnya blogging ni kita boleh dapat ramai kawan yang datang daripada pelbagai negeri, yang penting kita kene bersifat terbuka dan tidak segan silu. Sejak blogging banyak ilmu nad dapat, dan banyak info nad tau. Sejak blogging jugak nad kenal dengan Ben Ashaari. Kisah dia menjadi Mr Mama..heheeh
Masa tu nad blur tak tau pun wujudnya group-group sebegini. Tak sangka banyak manfaatnya kita join group-group ni. Mampu meningkatkan blog kita dari lebih jauh ke depan. Nad pun baru sahaja join Kelab Blogger Ben Ashaari, mulanya memang malu-malu kucing tapi disebabkan mereka yang sporting dan menerima sahaja sesiapa yang masuk, malu tu jadi hilang..terima kasih u alls.. Group yang tidak memilih kecantikan dan paras rupa..semua dibahagi sama rata, tidak ade unsur puak semua saling bantu membantu. Alhamdulillah group macam ni kita nak..
Logo Kelab Ben Ashaari
Tahun 2012 or 2013 nad mula aktif berblogging. Masa tu baru tau nak naikkan pageview kene ping entry di setiap ping yang ditubuhkan. Ben Ashaari bermula dengan membina page di facebook iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari Kelab Blogger Ben Ashaari merupakan salah satu page khas untuk blogger meletakkn atau berkongsi link blog mereka. Sebarang soalan berkenaan blog juga boleh diajukan di dalam kelab ini. Ilmu dikongsi bersama. Memang terbukti berkesan,page ini telah mencecah ke angka 24 ribu.
Setelah bertahun kelab ini ditubuhkan, akhirnya pengasas Kelab Ben ashaari iaitu Ben Ashaari sendiri bersama beberapa blogger yang lain telah berjaya menubuhkan laman web bagi Kelab Blogger Ben Ashaari. Inilah salah satu cita-cita Ben Ashaari untuk menjadikan kelabnya terus maju ke hadapan dan menunjukkan blogger mampu berdaya saing dengan yang lain. Dengan tagline " Bukan Sekadar Blogger" menunjukaan kami semua bukan sahaja kawan sebagai blogger malah lebih daripada kawan. Ramai yang berfikiran negatif apabila hastag #kelabbloggerbenashaari di guna, sebab apa, sebab mereka hanya melihat dari sudut negatif dan bukan positif. Bila dah merasa masuk di dalam group ni andaian tu pasti akan hilang. Team ni bersungguh-sungguh dalam membantu blogger untuk terus maju. Kelab yang ditubuhkan sejak 2009 ini telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 14,000 blogger pelbagai niche dan profesion.
Instagram
Selain itu, tertubuhnya Instagram @kelabbloggerbenashaari di sini semua gambar aktiviti yang disertai ahli akan diupload. Oleh itu marilah sokong kelab ini dengan follow di Instagram.
Kata-kata Ben Ashaari
"Selain dari mengeratkan silatuhrahim sesama blogger dan mempromosi
blog, tujuan kelab ini juga adalah untuk memberi panduan dan tips pada
rakan rakan blogger yang baru berjinak agar mereka tidak tersalah
langkah atau tersasar dari niat sebenar berblog ini. Akhir kata, saya berharap Kelab Blogger Ben Ashaari ini dapat memberi
manfaat kepada semua rakan rakan blogger yang berada di dalamnya tanpa
mengira status, darjat, pangkat dan paling penting niat bila bersama
rakan rakan lain."
Terasa nak join, tapi tak tau macam mana..boleh baca di blog Ben Ashaari, di SINI Selalulah jenguk di Instagram, website sebab banyak info dan cerita yang akan dikongsi.
Dh makin terkenal kan
ReplyDeleteRasa bangga pula bila jadi salah seorang ahli kelab ni. Hihi
ReplyDeleteAlhamdulillah,tak sia-sia usaha aben
ReplyDeletebanyak doh blogger join ...
ReplyDeletememang dah terkenal..dah join..Best!
ReplyDeleteDh meme pemes.heheh
ReplyDelete