hai assalammualaikum
Kemeriahan Majlis Blogger award 2014 Pak John Steamboat dan Hai Blogger - Selama nad berblogging, tak pernah pulak terfikir nak join ni semua, sampailah satu masa selepas bercampur dengan blogger yang berpengalaman, kelebihan blogging banyak manfaatnya selain berkongsi dengan orang malah dapat membantu peniaga memasarkan dan mempromosikan perniagan mereka.
kredit pic mohd rasul |
Terima kasih kepada Halim Brothers selaku pengasas kelab komuniti Hai Blogger kerana memberi peluang kepada para blogger dan Members Pak John Steamboat kerana mempercayai para blogger bagi membantu mempromosikan restoran mereka kepada orang awam. Siapa sangka dengan hanya menulis sahaja boleh dapat Award..satu penghargaan yang tinggi buat blogger kan..
Blogger Award 2014 diadakan sempena menghargai blogger yang menyertai contest " Food Review Pak John Steamboat BBQ " semasa majlis berbuka puasa di Pak John Steamboat Ecurve bagi memperkenalkan cawangan terbarunya yang dibuka di sana.
Kredit pic Mohd rasul |
Pada hari tu ,turut dijemput dua icon blogger yang berbeza cara penyampaian. Salah seorang blogger merupakan food blogger daripada explorasa.my iaitu saudara Ishak Ismail. Menceritakan berkenaan penulisan blog explorasanya berkenaan makanan dan keyword makanan yang mendapat sambutan orang ramai di dalam google.
Permainan keyword dalam blog berkenaan makanan memang sangat tinggi, sebut je pasal makanan pasti semua orang akan suka, search sahaja di google pasti akan keluar. Apa yang dikecewai oleh food blogger ini adalah dari segi pembayaran dalam review makanan. Blogger yang membuat food review memang sukar untuk mendapatkan bayaran kerana bagi peniaga sudah cukup dengan memberi makanan percuma, sedangkan ada sesetengah blogger yang menjadikan blog sebagai punca rezeki.
Pengusaha restoran masih tidak sedar lagi bahawa blog mampu memperkenalkan restoran mereka kepada orang awam dengan jangka masa yang panjang. Di harap selepas ni pengusaha restoran dapat mengeluarkan sedikit bajet untuk food blogger.
Kredit pic Mohd rasul |
Icon kedua adalah daripada vlogger. apa itu Vlogger?. Vlogger ialah mereka yang menyampaikansesuatu melalui video. Macam blogger melalui penulisan, vlogger pula melalui lakonan, percakapan bahasa badan..hehehe..Vlogger yang dijemput adalah Azfar – Youtuber daripada geng #Cubatry. Nad pertama kali tengok die ni..hhehehe..lepas tengok video die ni boleh tahan jugak dia buat video tu.
Pak John steamboat wangsa Walk
Bahagian atas di Pak John Steamboat wangsa Walk. Kredit pic Mohd rasul |
Event
Blogger Award 2014 telah diadakan di Pak John Steamboat di Wangsa Walk.
Cawangan pertama Pak John Steamboat yang berkonsepkan Ala-Carte. Ini
merupakan kali pertama nad datang ke restaurant Pak John Steamboat di
Wangsa Walk, sama juga di Pak John Steamboat Ecurve..hehee..
Kedua-dua
tempat ni berbeza kerana di Pak John Steamboat Wangsa Walk mempunyai
dua tingkat dan event malam tu diadakan di tingkat atas dengan view yang
menarik. Di tingkat atas juga ade untuk smoking area..selamatla siapa
yang nak merokok..gembiralah jejaka mafia, tabiat die lepas makan akan
merokok..memang sesuai laaa.
Cara makan steamboat dengan betul |
Sebelum makan, kenela tau cara masak steamboat macam mana kan, yang kau tau masuk an je semua makanan..hahaha.. Cara memasak steamboat yang betul oleh chef Pak John Steamboat. Lepas dah tau boleh la kau makan..heehe
Tu dia, macam-macam ada |
Yummy |
Ini
antara makanan yang dihidangkan kepada tetamu..meleleh tau tengok daging
dia. Oh pada hari itu ada dua sup yang dihidangkan iaitu sup udang dan
sup kari.Inilah kelainan Pak John Steamboat iaitu sup dia. Kedua-dua sup
sangat meyelerakan. Dengan pelbagai jenis sos yang disediakan.
Tak sabar nak makan |
Makan time |
Bila blogger dah makan...senyum manjang...hehehe
Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898
Persembahan daripada Voxscape Malaysia
Nyanyi sambil makan |
Kredit pic Mohd rasul |
Sambil makan, kami dihiburkan dengan nyanyian. Persembahan daripada
Voxscape Malaysia, Azhar Mustapa dan Razak A’ai.. Suara yang sedap dan merdu memang memeriahkan suasana dan masing-masing terhibur dengan nyanyian yang didendangkan..memang best laaa...terbaikkk korang..semoga korang terus success dalam industri muzik ni.
Bersama vlogger terkenal |
Jemputan Khas – Vlogger Shazreen Fazlynda turut bersama di dalam majlis ini. Mula tertarik dengan video budak cokelat dan ragam muka buku..hehe..tengok banyak kali pun tak jemu..
Kredit pic Mohd rasul |
Penghargaan buat blogger apabila semua yang menyertai telah mendapat sijil penghargaan kerana menyokong Hai Blogger dan Pak John steamboat. Alhamdulillah..ade jugakla penganugerahan macam ni, kira apa blogger buat tak sia-sia.
Seramai 22 orang blogger hadir memeriahkan majlis Blogger Award ini. Masing-masing telah memberi entry yang sangat terbaik, pemilihan yang
dibuat berdasarkan jalan cerita yang menarik beserta gambar yang mampu
menarik pembaca untuk datang ke Pak John Steamboat.
3 orang pemenang telah dipilih dengan mengikut kritiria yang diberi. Inilah saatnya yang dinantikan, untuk mengetahui siapakah pemenang entry terbaik Pak John Steamboat. Halim mula membaca sedikit ayat di dalam entry, semua mendengar dengan teliti..khusyukk..hehhee..dan pemenangnyaaa
Pemenang Ketiga :
Mahamahu – www.mahamahu.com
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 500
Tempat ketiga |
Pemenang Kedua:
Ellie Toh – www.cleffairy.com
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 1000
Tempat kedua |
Pemenang Pertama:
Nadia Johari – www.miszrockers.blogspot.com
Membawa pulang trofi dan wang tunai RM 1500.
Pemenang entry terbaik |
Alhamdulilllah
rezeki..tak sangka..masa di baca tu memang ku kenal ayat
tu..haha..jantung dah degup laju..tapi buat2 lek luuu...baca
whatssup..sekali die sebut nama.. " nadia johari daripada
www.miszrockers.blogspot".. Waa lagila terkejut..tercari2 husband
..hahaa..konon macam dapat award retis gitu..nak peluk kiss tgn husband..poyo je kann..padahal masa tu laki kau duk merokok kat luar..hahhaa..macam tak caya..semuanya hebat2 belaka..rezeki baru kawin
kot..hehe..syukur..
Yang pilih mereka..ku tak tau ape2..ku hanya join dan support hai blogger je...huhuhu..balik tu..terus cakap terimakasih kat husband sebab banyak support dan bantu nad..seterusnya..apa yang berlaku..kihkihkih...hadolaaaaa.... nah INI entry nad untuk join contest haritu
Kaio Studio |
Ehh tak habis lagii..ada seorang lagi special winner yang telah dinobatkan...Tahniah kepada Anwar Abdullah daripada Kaio.my. Ni namanya rezeki baru lepas tunang..hehehe..boleh simpan duit untuk kawin nanti.
Stok steamboat |
Malam tu semua adalah pemenang..masing-masing bawak balik doorgift paling besar sekalii..nahh amik kau steamboat punyer makanan satu kotak sorang..alhamdulillah..memang rezeki kitaorang para blogger malam itu. Bukan sahaja dapat bawak balik sekotak steamboat malah dapat voucher Pak John Steamboat kau...fuhh..memang puas la makan.. Inilah kelebihan blogger, bukan sahaja dapat kenal ramai kawan, malah dapat membantu syarikat memasarkan produk mereka.
award yang dimenangi |
Terima kasih sekali lagi kepada Halim Brothers dan Pak John steamboat. Tak lupa juga kepada kemeraman, www.mohdrasul.com & Clora Studio
tahniah =D
ReplyDeletex tau pun ada blogger award..
ReplyDeletex tau pun ada blogger award..
ReplyDeletetahniah nad.. im so very happy for you.. :)
ReplyDeletetahniah nad :) happy utk nad juga :)
ReplyDeleteTahniah atas kemenangan. Tak pernah lagi merasa Park John Steambot ni.
ReplyDeleteHebat ko nad..salute
ReplyDeleteAlhamdulillah ..Tahniah Nad ..rezeki Nad ni ..syukur
ReplyDeleteTahniah nad! rezeki kawen namanya :)
ReplyDeletetahniahhh
ReplyDelete