hai assalammualaikum

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting - Terima kasih kepada abam Izzue Islam kita ajok join segmen die ni..hehhee.. Abam Izuue Islam a.k.a blogger Melastik Bintang ada buat segmen die..jum join..klik banner ok


http://www.melastikbintang.com/segmen/segmen-melastik-bintang-kenapa-perlu-baca-blog-parenting.html

Kenapa Perlu Baca blog Parenting?

Sebelum kawin lagi nad dah suka baca bab-bab parenting ni lagi-lagi bab jaga baby. Sweet sangat bila baca, pastu berangan..wakakkaa..Kadang-kadang nad baca pun untuk anak buah , apa-apa masalah nad akan rujuk dekat blog parenting sebab dekat situ semua info ada. Sekarang dah kawin lagila kene banyak baca blog parenting ni..hehee untuk kepentingan suami isteri. Apa yang nad tau, blog parenting ni selalu mengisahkan tentang anak-anak mereka dari kecil sampaila dewasa, apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat kepada anak serta gelagat dan keletah anak-anak. Selain itu diselitkan tips rumahtangga, tips semasa mengandung dan tips menjadi ibu bapa yang baik. syokkk kaannn..

Memandangkan nad baru sahaja berkahwin dan masih belum ada rezeki untuk mengandung , itu tidak mematahkan semangat nad untuk terus membaca blog parenting. Nad sentiasa persiapkan diri, yela takdela nanti kelam kabut bila nad bakal menjadi ibu, InsyaAllah.. Blog parenting ni banyak kelebihannya, kerana mereka akan bercerita daripada mengandung, berpantang dan selepas bersalin. Cerita mengenai apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan, apa jenis makanan dan minuman yang sesuai semasa semasa mengandung, berpantang dan bersalin. Lagi best bila mereka bab shopinggg, dekat mana nak shoping barang-barang baby ni..haishh masa tu nad dah save dah..siap tulis lagi..ahhaaha...syiokkk..

Blog parenting bagus dibaca kerana sekarang ramai ibu bapa tidak tahu bagaimana mendidik anak mereka dengan betul, jadi mereka akan mencari maklumat ni dalam google then jumpala artikel yang diaorang nak dan masa ni la blog parenting sentiasa muncul di dalam google. Blog parenting akan menceritakan kisah anak mereka di dalam blog, yang mana jika anak mereka bermasalah,mereka akan selitkan tips-tips yang berguna demi kebaikan anak-anak. Tips pemakanan untuk anak-anak juga akan diceritakan untuk perkongsian. Kadang-kadang blog parenting ni suka bercerita keletah anak yang bermacam ragam..lucu nad baca..hehee

Selain itu, kadang-kadang diselitkan tentang pasangan suami isteri. disebabkan mereka telah melalui pengalaman itu, jadi mereka kongsikan kepada kita. Ilmu tu ooooo..hehee..Itulah nad sebelum kawin dah baca blog parenting ni. Zaman semakin canggih, jadi banyak cabaran yang perlu kita tempuh dari segi Mental dan fizikal, semua aspek kene amik tau lagi-lagi part selepas menjadi ibu bapa..

Tiga blog parenting yang nad baca

1) Blog Ben ashaari -nad start baca bila qhaliff dalam perut mama die lagi..ehhee..dari situ dah tertarik dengan blog abang ben sampailah Zahra keluar.

2) Blog Melastik Bintang - blog parenting yang mempunyai anak dan isteri yang comel..hhehee..start baca masa mr ray kecik lagi..sampaila dah ade adik jugak

3) Blog Pinky Momma - kisah anak-anak, percutian dan macam-macam lagi


Mereka sering berkongsi tips dan panduan yang ada kaitan mengenai cara menjadi ibu bapa terbaik buat anak-anak, dengan bertujuan untuk membentuk sebuah keluarga yang hebat - terbaik dunia akhirat.


SHARE 19 comments

Add your comment

  1. Majalah dan blog parenting memang sangat bagus untuk rujukan dihari muka ;)

    Salam perkenalan.
    Jemput la ke http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/09/tips-mengemas-rumah-dua-tingkat-dengan-pantas-tanpa-gangguan-anak-kecil.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
      Harga murah kasi.
      Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
      Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
      Whatsapp sy 013-3332502

      Delete
  2. Memang seronok baca pasal parenting... untuk yang dah jadi parents pun, perlu baca sebagai reminder kan...

    Semoga ada rezeki Nad nanti ye..

    Salam Kenal

    http://jihapimpom.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ianya bagus untuk mendapatkan info bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik dan bijak.. ilmu tu..

    ReplyDelete
  4. Blog parenting mmg sesuai untuk kita yang bergelar isteri suami mak ayah dan seangkatan dgnnya....banyak ilmu yg dpt kita cedok drp blog sebegini...

    ReplyDelete
  5. Penulisan entry yang menarik dan blog yang kemas.if you dont mind, our green warriors really need your support. Do click the link below and support us and the the link

    http://ridoma.blogspot.com/2014/09/todays-youth-is-tomorrows-future.html

    ReplyDelete
  6. Hy Nadia! Thanks for support segmen bro ya... =)

    in syaa allah ada something nanti untuk yang join...=)

    ReplyDelete
  7. blog parenting best..

    ReplyDelete
  8. seronok dapat jumpa nad..

    semoga berjaya...

    ReplyDelete
  9. baca2 dulu..pasni blh praktik dengan anak pulak :)

    ReplyDelete
  10. paling salute abg ben dan abam izzue islam tu haaaaa... busy macamana pun,anak tak dilupakan serta pinky momma,suka itewwww akak ada baby kembar.

    untuk nadia,onie doakan nadia dimurahkan rezeki anak,inshaAllah..sabar ye...janji Allah siapa yang tahu :)

    ReplyDelete
  11. Belajar dari pengalaman orang..

    ReplyDelete
  12. dah kawen ok lah timba pgalaman utk hari2 mndtg..yg mcm shida blm kawen ni just bca bt ilmu jelah :)

    ReplyDelete
  13. Insya Allah ada rezeki nadia untk jd ibu :)
    Blog parenting ni ada mcm2 cerita, ragam dan rujukan

    ReplyDelete
  14. Hehe blog parenting memang best. Tapi tunggu dah kawin nanti baru kita lagi semangat baca hahaha

    ReplyDelete
  15. insyaAllah nad akan ada rezeki mendatang. nak persiapkan diri mmg rasa fuhhh,sbb nak mendidik anak2 skgni memang sungguh mencabar. kan

    ReplyDelete
  16. saya belum tergerak hati lagi. hahaha

    ReplyDelete
  17. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....
    Harga murah kasi.
    Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM....
    Whatsapp sy 013-3332502

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2