BILA DAH LAMA TAK NAIK LRT / KOMUTER

in , by Nadia Johari, 00:25:00
hai assalammualaikum

Bila Dah LamaTak Naik Lrt / Komuter - Kenderaan awam seperti bas, teksi, lrt atau komuter merupakan pengangkutan yang digunakan oleh semua masyarakat dengan tambang yang telah ditetapkan. Dengan adanya pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan. Bila kita naik kenderaan awam ni memang dapat mengurangkan kesesakan lalulintas tapi kita akan mengalamai kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu nak masuk dan bauan yang sendiri paham ler..hehe..biasalah setiap bende ada kelebihan dan kekurangan. 

Sebut je pasal kenderaan awam, teringat dulu masa budak-budak remaja lagi, kenderaan awam la nad selalu guna untuk ke bandar. Yela masa tu mana ade kenderaan sendiri, jadi pergi mana-mana pun naik bas, naik komuter. Sampaila 2009 naik kenderaan awam ni,lepas tu dah tak naik dah sebab dapat pakwa ade kereta..kahkahkahkah..naik bas pun sebab balik pergi study UUM Kedah tu..itu saja..Sampaila dengan jejaka mafia naik kereta je..hahaa..Sebab tu kalau nak naik kenderaan awam dah macam tak biasa..lagi takut kalau sorang-sorang. entah kemana agaknya pusing nanti.


Then hari khamis semalam jejaka mafia nak pergi KL Sentral tempat kedai die amik gambar. Jadi, dia ajak la naik lrt sebab nak ajar nad sekali la kononnya..hhahhaa..nad ikutkan je..nad kalau berteman okla. Dan masa tu baru tau yang lrt sekrang dah ada gune kad untuk memudahkan pengguna. Swap je, mudah, yang penting kene simpan betul-betul kad lrt tu. Senang sikit tak payah coin-coin ni. 


Kalau nak topup kad boleh pergi dekat mesin die. Nak dapatkan coin dekat mesin pun hado.. Nampak sangat nad dah lama tak naik lrt/komuter ni..ohoii...


Marilah mulakan perjalanan anda...masa ni tak ramai orang..kihkih

Kalau dari klang memang komuter terus ke KL Sentral, tapi ni dari Pandan Indah, baru ku tau kene tukar daaa..lain rupanya..hahhaa..

Sampailah destinasi dan pergila jalan-jalan dekat KL Sentral. Ada tempat shoping rupanya NU Sentral namanya..Tak tau pun sebab tak pernah jalan-jalan dalam KL Sentral tu....hahahah..Lepas tu jejaka mafia buat surprise dekat kita..walaupun macam pelik je surprise die tapi bolehla..hahhaa..nak tau ape die..tungguuuu...cerita lain la nanti

Masa untuk makan...berkeroncong dah perut ni..gendang gendut tali kecapi


 Menu simple tapi sedap Nasi Ayam sahaja

Pastu apa lagi..makanlaa..laporr dahhh..makin bulat muka ku ini

Balik, kenela bersesak dengan orang ramai yang baru balik kerja..Takpe dah lama tak bersesak ni, then ada drama pulak dalam LRT..nak tau baca SINI..kihkihkih...

Haritu dapat merasala naik lrt..huhuhu..lain nor rasanya..
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. terliur nya nasi ayam tuuuu!

    ReplyDelete
  2. pengangkutan utama tu kalau shark ke KL.
    tapi kalau naik hari minggu memang perit.
    hehehe.

    ReplyDelete
  3. Samalah kita. Dah lama gak tak naik LRT. Dulu selalu ke Plaza Lowyat dari Seremban nak beli barang komputer.

    ReplyDelete
  4. hurm.. mcm susah je .. konfem sesat nti

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2