RAHSIA TEMBIKAI SEGARKAN KULIT

in , by Nadia Johari, 12:59:00
hai assalammualaikum

Rahsia Tembikai Segarkan Kulit - Tembikaii!!..mesti bayangkan air jus tembikai, takpun bayangkan tengah kunyah tembikai time cuaca panas..memang terus segar badan kan. Namun tembikai ni juga bukan sahaja boleh buat dibuat minum, di sebalik rasanya yang manis,segar dan mudah disediakan, terdapat pelbagai manfaat kecantikan kulit bagi mereka yang suka menjaga diri dengan cara yang murah dan selamat. Tembikai ni kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air.

Bagaimana Tembikai Segarkan Kulit


 Menyegarkan muka
Air tembikai boleh dijadikan penyegar semulajadi yang mampu memperbaiki penampilan kulit dan merawat jerawat sekiranya diamalkan setiap hari. Isinya boleh diurut dan di sapu terus ke muka atau dicampurkan dengan madu.

Penuaan berkurangan
Tembikai kaya dengan sumber vitamin A,C dan likopen yang mampu melawan radikal bebas seterusnya tanda awal penuaan seperti kedutan, garis halus dan bintik usia.

Melembapkan kulit
Kulit kering boleh menyebabkan wajah kusam dan tidak menarik. Oleh itu makan tembikai mampu melembapkan kulit kerana tembikai terdapat kandungan air yang tinggi.

Mengurangkan saiz pori
Vitamin A dalam tembikai juga mampu mengurangkan saiz liang pori dan mengurangkan rembesan minyak pada wajah. Paling mudah, picit tembikai untuk keluarkan jus yang ditapis kemudian gunakan kapas dan sapukan jus ke seluruh wajah dan leher setiap hari. Ia juga boleh dicampur dengan madu dan yogurt untuk dibuat pupur wajah.

Mengurangkan rasa letih, tekanan dan kerisauan
Tembikai juga kaya dengan vitamin B6 yang berperanan membantu mengurangkan rasa letih,tekanan dan kerisauan melampau. Apabila kita sentiasa senyum pasti wajah kita akan nampak lebih manis.


SHARE 7 comments

Add your comment

  1. xtahu plak khasiat tembikai... sebelum nie kerja mkan ja

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nad...sedapnya kalau dpt mkn tembikai tengahari mcm ni...:)

    ReplyDelete
  3. Salam kenal..hi nad
    Bagus buat review mcm ni..
    Bole tau khasiat tembikai dan kegunaan lain..
    Biasa buat jus dgn makan je..hihi

    ReplyDelete
  4. Deno suka tembikai!! Tapi xbleh makan byk sbb tembikai byk air.. huhuuu.. deno xbleh minum banyak air kak... p

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2