TIPS SIMPLE SOLEKAN

in , , by Nadia Johari, 01:43:00
hai assalammualaikum

Tips Simple Solekan - Bab solekan kadang-kadang ada yang suka solek tebal dan ada yang solek nipis. Bagi nad solekan simple dah nampak cantik, asalkan solekan tu tak comot, tak nampak macam badut. hehee..Solekan juga amat penting untuk memberi keyakinan kepada seseorang.Jom tengok tips solekan ni..

Tips Simple Solekan

Setiap wanita adalah berbeza. Ada yang sukakan makeup tebal malah ada juga yang sukakan makeup simple tapi cantik. Apa pun pilihan, sebenarnya tak ada cara makeup yang betul atau salah dalam mengenakan solekan harian ini. Asalkan ia menaikkan seri wajah dan menutup cela itu sudah memadai.



Siapa kata mekap yang cantik perlukan barang-barang lengkap yang serba-serbi ada? Sebenarnya tak juga. Anda cuma perlukan beberapa jenis alat mekap yang utama sahaja untuk menyempurnakan makeup natural. 

Bedak asas
Pemakaian bedak asas dan bedak muka kadangkala akan mula "mencair" dalam masa panjang, jadi seeloknya hanya gunakan sedikit bedak asas untuk menutup bahagian yang mula berminyak, bukannya di seluruh wajah.

Pemakaian makeup dengan menggunakan jari
Menggunakan jari bagi meratakan warna juga mampu memberikan gaya solekan berbeza selain menjimatkan alat solek berbanding menggunakan span yang tentu akan cepat habiskan alat solek tu.

Pemerah pipi
Pemakaian pemerah pipi janganlah terlalu tebal, kerana muka nampak akan lebih huduh dan seperti badut. Pakai nipis sahaja pemerah pipi dengan cara ambil span dan letak kan pemerah pipi , kemudian ketuk sedikit bagi mengurangkan pemerah pipi itu di span sebelum di sapu ke pipi.

Kilauan Asli di Bibir 
Mengenakan calitan warna asli seperti warna coklat pic, beige ataupun merah jambu. Memakai sedikit sahaja pengilat bibir, untuk nampak bersinar, jangan pakai terlalu banyak takut bibir akan kiring.

Kertas penyerap minyak
Benda ni nad selalu guna kalau kulit berminyak. Kertas penyerap minyak bagi mengelap minyak yang keluar dekat muka. Dalam cuaca panas, pasti lama kelamaan muka akan berminyak, terutama bahagian hidung, jadi gunakan kertas penyerap minyak untuk menghilangkan sebarang kilatan pada kulit.

Kadangkala kesilapan solekan disebabkan kita yang jarang belajar cara makeup kan. Jadi rajin-rajinlah melihat youtube atau di mana sahaja. Rajinkan diri untuk bermain dengan solekan untuk jadi lebih kreatif. Best main solek-solek ni sebenarnya, bila dah tau nak keluar pun bersolek dengan lawa dan berlainan.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. Lya bab makeup msh fails hher

    ReplyDelete
  2. TQ nadia...kak mieja memang suka makeup...:):)

    ReplyDelete
  3. tq nad..
    tp bila nak make up ni.. huhu.. x ado ado..

    ReplyDelete
  4. assallamualaikum... blogwalking. Segar mata tengok warna biru.. hehe.

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan.
    Done follow you #704.
    drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Alamak deno tak bersolek.. huhu.. tonyoh bedak je kat muka.... tak pandai solek2 kak.. heee

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2