hai assalammualaikum

Produk Terbaru Safi Rania Gold Abadikan Kejelitaan - Bila semakin meningkat usia, mulalah timbul kedutan dekat muka. Yelah banyak masalah dalam kepala sampai kecantikan wajah pun tak terjaga. Biasalah kitaran hidup kan. Lagipun tengah viral cerita seorang suami bercinta dengan janda..disebabkan isteri tak lawa macam dulu..choiii...

Jadi suami belikanlah isteri produk kecantikan yang halal, berkesan dan murah dan mampu dimiliki..nanti isteri awak kekal cantik..dan lagi satu bantula isteri ye dalam buat kerja rumah..hahahha..takdelah isteri selekeh yang amat... Tapi kita boleh atasinya dengan menggunakan produk yang terbaik.  

GIVEAWAY EPHYRA SKIN BAR DI MIALIANA.COM

in , by Nadia Johari, 00:52:00
hai assalammualaikum


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Nad sendiri akan mencuba

Umur pengguna? 26  tahun

Jantina pengguna? (Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Jerawat)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Sebelum ni nad amalkan minuman Ephyra, memang berpuas hati dengan perubahan yang nad alami, tapi bekas jerawat sahaja belum hilang lagi dan bahagian bawah mata yang gelap disebabkan tidur tak menentu. Jadi nad perlukan Ephyra Skin Bar untuk memulihkan muka nad ni supaya nampak lebih halus dan cantik je muka. Lagipun dia tak memberi penglupasan kepada muka..tu yang nad suka. Bila nad baca kebaikan Ephyra Skin Bar bukan sahaja untuk muka malah untuk badan, memang tengah cari produk yang boleh memudarkan kehitaman bawah lengan..harap dapat cuba.

Pengguna Ephyra? (Ya )


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

MAJLIS PELANCARAN SAFI RANIA GOLD TERBARU

in , , by Nadia Johari, 20:41:00
hai assalammualaikum

Majlis Pelancaran Safi Rania Gold Terbaru - Siapa tak kenal dengan jenama Safi..produk ni memang terbaik dan halal. Nad pun pengguna Safi. Memang elok dekat muka nad, lagi-lagi pencuci muka dia. Rasa bersih je muka bila cuci. Dulu nad guna Safi Perfect 10 lepas tu ade keluaran terbaru Safi White Trilogy ( BACA DEKAT SINI ). Sampai sekarang nad kekal dengan Safi. 
hai assalammualaikum

Aktiviti Percutian Keluarga Di Port Dickson Part 1 - Sebenarnya part 1 aktiviti dekat pantai bersama saudara mara dan sepupu sepapat..tapi gambar tu belum siap..jadi nad cerita dulu aktiviti kami sekeluarga pada hari ahad. Leps sarapan, dah kenyang, mestila buat aktiviti mandi manda..hehhehe..Dah namanya bercuti di pantai kan..mestilah kene mandi di pantai...hehee...

Masing-masing dah tak sabar..almaklumla..macam dah lama tak mandi pantai kan..dah lama tak berpanas, tak berjemur di bawah matahari..hehee... Ni bestnya bercuti dengan keluarga...Layan gambar jele erk...

Photo by : Kerex Sniper
Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.










Pengalaman pertama naik banana boat

Orang lain dah naik berkali, nad yang naik pertama kali..hehee..mula-mula macam cuak je kan..yela tengok dia bawak jauh..dekat kawasan air dalam..mula terfikir kalau tergolek dekat situ boleh ke berenang..hahahha...Biasalah pertama kali naik, fikir dah macam-macam...kihkihkih..yang naik pulak ade yang budak kecik..orang besar takmau naik..mana tak cuak..padahal best kottt..lepas ni naik lagi..kalau ada la...

Banana bot ni berbentuk seperti pisang..dan berwarna kuning..sebab tu dipanggil banana..Banana bot ni macam pelampung.. banana ni boleh muat dalam 10 orang. Ade tempat letak kaki yang menstabilkan bot banana ni dan mempunyai pemegang tangan..jadi korang boleh relaks dan menikmati keindahan semasa diaorang tarik. Lepas korang duduk, banana bot ni akan ditarik dengan bot lain..ko duduk je dan menjerit..hahahaa..


Langkah keselamatan kene pakai jaket ni..takut jadi apa-apa, jaket ni penyelamat kau tak tenggelam..kasi pasang ketat-ketat erk..hahaa



 Jauh kau dia bawak..nad tengok kecik je orang yang mandi tepi pantai tu..mana tak menjerit..dahla ade budak kecik..

Akhirnya selamat jugak sampai..haahha

Tak habis dengan tu..sambung mandi kolam renang dekat Bayu Beach Resort..




Happy dapat bercuti..lagi-lagi dak bulat ni..suka die bermandi..


hai assalammualaikum


Sarapan Pagi Di Restaurant Bayu Beach Resort -  Setiap pagi Beach Resort akan menyediakan sarapan dan mereka akan bagi kupon untuk 4 orang makan secara free. Budak bawah 7 tahun free tapi atas 7 tahun kene bayar..kalau kupon tu dah cukup 4 orang jadi yang sorang tu kene bayar, sebab kupon tu hanya untuk 4 orang sahaja dapat free sarapan. Perut pun dah lapar sebab malam tu dah membuang banyak..hahahha...Pagi ni bersarapan bagi isi perut balik

Ni la dia sarapan pagi.


Nasi goreng, mee goreng, telur hancur, ayam, buah-buahan...pagi tu nad sarapan nasi goreng, telur hancur dengan ayam.


Ada juga roti bakar


Siapa yang tak suka makanan berat, kat sini juga disediakan makanan bijirin..Nad makan semua je..haaha


Oh ada promosi dari 1 Nov- 31 Dec


Bot sebagai hiasan..hehhehe
hai assalammualaikum

Percutian Keluarga Di Bayu Beach Resort Hotel Port Dickson - Hari sabtu minggu lepas nad bersama keluarga dan saudara mara bercuti di Port Dickson. Hanya sesetengah keluarga je menginap di Bayu Beach Resort, yang lain pulang ke rumah. Yela, kami sekeluarga memang suka menginap dari terus balik..tak puas kan pergi sehari je. Cuma dua keluarga yang menginap di Bayu Beach Resort,keluarga nad dengan satu keluarga saudara. Pagi tu sampai Port Dickson je kami semua terus ke pantai sebab kami ada permainan untuk keluarga.Yela family gathering kan..jadi bermain dulu la..hehe..tapi tu nad cerita kemudian..yang ni nad nak cerita berkenaan Bayu Beach Resort.


Pertama kali menginap dekat Bayu Beach Resort ni, takdelah susah sangat nak cari, guna waze jela..hahaha..dekat jugakla takde sampai pendalaman. Bestnya Bayu Beach Resort ni ia berdekatan dengan pantai..seriuss..dekat sangatt..tu yang syok tu..dan paling utama tempat menginap perlu ada kolam renang..hahaha..senang nak pergi mandi dekat kolam renang boleh, nak pergi mandi pantai pun boleh..pastu nak masuk kolam renang balik pun boleh...kihkih..Dah lama tak bermandi manda pantai ni..so buatla banyak kali..kahkahkah..

Sepupu yang tempah dekat Bayu Beach Resort ni. Satu bilik dapat RM430..pikir-pikir balik memang nampak mahal, tapi not bad.. tempat suasana yang cantik.


Kaunter urusan. Layanan yang bagus daripada mereka, siap ada orang tolong hantarkan beg kau..Selalunya kita yang angkat sendiri..Pukul 3 kami check in masuk bilik.


Time untuk masuk bilikkk...Dalam ni ada dua bilik. Satu master room, satu lagi single room..yeke..haaha..tapi yang Single room pun ade dua katil..Nad sekeluarga amik dua rumah, yela,tak cukup satu rumah kau. Jadi nad satu rumah dengan keluarga abang kandung ku. Abang nad amik bilik master room. Maafla bersepah..anak-anak dia dah kerjakan dulu..


Nad amik single room..kasi rapat katil..sekarang bukan single..berdua kau..haaha..aircond dia bukan main sejuk lagi..sambil menyelam minum air..hahaa..konon-konon honeymoon la..hahaha



Dalam ni juga ada dua bilik air, tapi satu je bilik air yang ada tandas..hahaha


Ruang tamu, ade tv..Siaran astro.


Ruang dapur.. Disediakan pemanas air dan coffee.


Pemandangan balkoni. Nad amik bilik bawah sekali..kolam renang dekat sangat..keluar je terus ade kolam renang..Sebelah tu turun nak ke pantai. Best kan..






Facilities di Bayu Beach Resort .. Dekat sini pun ade tempat karaoke..tapi nad tak pergi..hehe

Kalau sesiapa nak tempah boleh ke

Bayu Beach Resort
4½ Miles, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus





hai assalammualaikum

Tips Percutian : Barang Yang wajib Dibawa Semasa Bercuti - Hari sabtu lepas nad dengan keluarga pergi bercuti ke Port Dickson. Perkara Paling tak lemah sekali ialah packing barang..hahhaa.. Kalau boleh nak bawak satu almari..senang, takyah masuk beg..hahaha..Kalau la almari kau tu ajaib nad oii..boleh terlipat menjadi beg..Nak taknak kene packing jugak.

TIPS MOP LANTAI ELAKKAN BAKTERIA

in , , by Nadia Johari, 23:49:00
hai assalammualaikum

Tips Mop Lantai Elakkan Bakteria - Aktiviti mengemop lantai, memang pikir balik huishh malasnya..yela, mop bukan satu tempat tapi banyak tempat, pastu nak menyental lagi,.haha..tapi nak taknak kene buat jugak kalau tidak bakteria banyak dekat lantai. jadi nad seminggu sekali mop lantai. Yela kalau sapu je tak nampak bersih sangat lantai ni. Bakteria ada di mana-mana sahaja, kita tak nampak..jadi sebagai pencegahan kita mengemop lantai bagi hilang bakteria. Bila dah mop mesti nampak bersih dan berkilat je kan lantai.

Kalau dulu nad mop cuma isi air sejuk dengan sabun pencuci lantai, tapi kakak nad pesan, bila nak mop guna air panas baru bakteria mati..Nad ada perasan dekat kedai makan pun mop lantai guna air panas yang mengelegak panas. Nad pun terfikir balik, betul gak sebab sebelum ni nad tak guna air panas, dah mop pun rasa macam tak selesa je kaki ni, rasa gatal-gatal. Then lepas guna air panas, semuanya ok. Mungkin bakteria dah mati sebab kena air panas.hehe..

CINTA KLCC : LOVE IN THE SKY

in , , by Nadia Johari, 17:06:00
hai assalammualaikum

Cinta KLCC ; Love in the sky - Alamak terjiwang la pulak entry kali ni,..hehee..takpela sekali sekala...Ari-ari dok kenang perjumpaan pertama dengan jejaka mafia..hahaa..macam lawak pun ada..macamsweet pun ada..macam poyo pun ada..hahhaa..Inilah cinta kami.. Pernah nad cerita sedikit berkenaan cinta kami dekat SINI..tu cerita sikit jele..masa tu tulisan pun main bantai je..haha.. Siap buat coklat KLCC masa tunang..nak baca boleh ke SINI.. Inilah dikatakan JODOH.. Nak cerita panjang berkenaan cinta KLCC kami berdua....nanti ler..kihkihkih..segan nor..ok sila muntah sekejap..wakaka..

Sekarang dah selamat jadi suami isteri.. Dah 8 bulan kami bersama..macam-macam kami lalui..setiap perkara yang berlaku membuatkan kita terfikir sesuatu..Biasalah nad ni kadang-kadang cepat memberontak..then lama-lama kita boleh berfikir..oo benda ni tak patut buat..benda tu tak patut buat..ooo macam ni..oo macam tu..Orang cakap nak kawin jiwa kene kental..hahhaa..Banyak benda kita akan nampak lepas kawin..Tapi lama-lama kita sendiri akan paham..kita suami isteri akan lakukan yang terbaik untuk jaga hubungan. 

Semalam temankan jejaka mafia ambik gambar.. biasalah tempat cantik..momemt cantik..macam biasa mesti kene ada ambil gambar kami berdua..bhahahaha..konon macam prewedding yang ntah ape-ape..kihkihkih...Ade KLCC lagi..tu la pertemuan kami berdua..ecececehh..Dan benda tak disangka..dah sampai rumah jejaka mafia pergi la tengok gambar dia dalam kamera, then dia cakap "sayang tengok ni ade bentuk LOVE dekat awan tu"...nad tengok ahakla..ni bukan edit tau..memang die bentuk love..Dia Maha Mengetahui yang kami saling menyintai..ececehh..ayat nampak poyo tak..tapi sayangnya kami yang blur sebab jejaka mafia cakap nak amik gambar belakang jelas kene tunggu lama sangattt..kami takleh gerak, kalau gerak kami jadi blur....memang lama kau sampai nad nak terjatuh sebab tu kami blur..alahaii sayangnya..susah oo nak amik moment macam ni yang Awan terbentuk LOVE..haiisshh..takpe-takpe..meayb leh ajust..leh la ku buat kanvas ka gambar ni..kihkihkih

 Aummm..semoga cinta berkekalan sampai jannah.. Cinta tidak mengenal usia

 Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata 
Dan membuat tuli telinga

Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

 Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
(aku wanita ; siti nurhaliza)

Photo by : Kerex Sniper
Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.

HANTU JADIAN

in , by Nadia Johari, 23:59:00
hai assalammualaikum

Hantu Jadian - Kisah ni amat menggerunkan.. Siapa yang penakut takyah baca.. Siapa nak baca untuk dijadikan cerita tido sila baca...hehehhehehehe ( mengilai).. Begini cerita dia. Ada seorang budak bernama zehra..dia bermain di dalam bilik berseorangan diri.. Mak bapak dia duduk depan tv tanpa sedar anaknya masuk ke dalam bilik mereka. Zehra masuk dan mengunci pintu bilik itu. 

Maknya yang tersedar anaknya zehra tiada mencari di merata tempat..dan carilah di bilik... Tiba-tibaaaa...

Hantu jadian menjelmaaaa....oiii..ko buat pe hah...zehra terkejut..bahhahaha...inilah anak buah den, zehra, si techik..p masuk bilik mamanya, main bedak..habis muka hah..macam tepung gomak..habis bedak berterabur...

Ni dia tanpa bedak..hehe...becok budaknya tapi takut dengan orang tak dikenali..heehheee...biasalah budak-budak
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2