hai assalammualaikum
Pak John Steamboat & Yong Tau Foo wangsa Walk - Hah semalam dah buat entry pasal keluarga makan dekat Pak John steamboat. Pak John Steamboat & Yong Tau Foo ni ade dua cawangan satu di Wangsa Walk dan satu lagi di Ecurve , tapi nad nak review berkenaan Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tau Foo di Wangsa Walk ni.
Kalau nak baca yang dekat Ecurve, boleh baca dekat SINI. Pak John Steamboat di Wangsa Walk ni terletak di Wangsa Walk Mall di tingkat bawah, betul-betul di tepi parking kereta. Dari tepi parking kereta dah boleh nampak tulisan Pak John Steamboat & Yong Tau Foo ni.
Pak John Steamboat & Yong Tau Foo di Wangsa Walk ni merupakan cawangan pertama yang dibuka. Pak John Steamboat & Yong Tau Foo di Wangsa Walk mempunyai dua tingkat dengan view yang menarikdari atas dengan angin luar masuk ke dalam restaurant. Jadi sejuk je..Konsep kedai yang berwarna hitam merah, yang mampu menampung ramai orang untuk makan disini.
Dekat bahagian atas juga ada kawasan smoking area..Jadi sesiapa yang rasa nak hisap roko tu bolehla duduk dekat luar ni. Selalu kita pergi makanan steamboat kite akan layan diri sendiri dan ambil makanan sendiri seberapa banyak kita nak kan, tapi kelainan di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo wangsa Walk adalah menu Ala-Carte. Jadi kita duduk, tunggu pelayan datang dan kita order..
Menu stemboat memang macam-macam kan, ade seafood, ade sayuran, mee dan macam-macam lagi. Jadi anda boleh pilih menu set khas untuk 2 orang, 3 orang atau lebih dari tu. Korang juga boleh order plate by plate sebenarnya tapi nak senang order set jele..hehe..Dalam set pun dah ade macam-macam.
Seperti yang kita tau, steamboat adalah makanan mentah yang akan dimasukkan di dalam periuk yang mendidih..bestnya dekat sini sebab ade panggang..tu yang syok..nad amik set family yang berharga RM99.90..sebab masa tu makan dengan family kan..Pulak tu ade 18 item free lagi..pe lagi pilih la lagi..
Specialnya dekat Pak John Steamboat ni, ia mempunyai pelbagai jenis sup..ade beef bone pepper soup, curry soup, miso soup dan dua sup yang biasa kita guna tomyam soup dan chicken soup. Nad amik tomyam soup dan chicken soup..sebab yang lain dah habis..hehe..Lagipun keluarga dah biasa makandengan tomyam..kang amik lain diaorang rasa tak best pulak.
Ini antara menu-menunya yang nad dah order. Amcam mengancam tak..kahkahkah..kasi masuk semua dalam periuk mendidih tu. Mana nak panggang kasi panggang...
Daging salai ni la buat nad nak datang dekat Pak John Steamboat
ni..jejaka mafia pun suka dengan daging salai ni..dah la manis..lembut
pulak tu..aummm...
Oooopsss sebelum tu letak butter dulu kalau nak panggang..baru sedapp..
Slurrpppppp...
Keluarga nad malam tu memang happy sesangat sebab dapat berkumpul ramai-ramai bersama. Memang semua nampak kenyang..hahaha..
ahhaiiii nak kene try ni!!
ReplyDeletetiba-tiba terus terasa nak makan steamboat...
ReplyDeleteHari demi hari teringin nak try makan kat sini.. Bila dapat turun kt Wangsa Maju ni bila entah.. Suka gila dengan steamboat ni
ReplyDeletetak dinafikan memang sedakkkk steamboat pak john ni :D
ReplyDeleteMenarik... Tapi sekali je pnh jejak kaki kt wangsa walk tu...
ReplyDeleteterbaik...tengok ja mcm sedap...klu mkn msti betui2 sedap ni.. :-)
ReplyDeleteBuka pukul brapa ye?
ReplyDeleteNoorulhuda..die open 10 pagi sampai 10 malam
ReplyDeleteade buffet tak ?? kalau habis boleh tambah ke bayar lain??
ReplyDelete