hai assalamualaikum
Kelebihan Mencuci Muka sebelum Tidur - Korang mesti rasa malas kan nak cuci muka lepas balik dari kerja, atau keluar dengan kawan atau duduk rumah lepas tu dah lewat malam terus tidur. Tak ingat dah nak cuci muka atau gosok gigi ke kan. Haishh cannot do that..cara malas tu la akan menyebabkan masalah kulit seperti berminyak, kulit kering dan berjerawat.
Wajib basuh muka sebelum tidur..tak kisahla masa tu kau bermekap atau tidak bermekap, kau keluar rumah atau tak keluar rumah, cuci muka sebelum tidur amatla penting. Sebab ape? Sebab pada waktu malam la waktu sesuai untuk memproses kembali kulit kita. Pada waktu malam adalah waktu untuk kulit kita rehat.
Kelebihan Mencuci Muka Sebelum Tidur
1) Pori-pori dapat bernafas dengan bebas
Sisa kotoran akan melekat dekat muka kita selepas seharian kita biarkan muka kita dengan persekitaran yang semakin hari semakin tidak elok, tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah. Oleh itu, mencuci muka sebelum tidur dapat membersihkan muka dari segala kekotoran dan memberi ruang pada kulit untuk bernafas. Mencuci muka sebelum tidur mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehigga dapat tidur yang nyenyak. Cuba bayangkan, kalau korang tak basuh muka, pagi esok mesti banyak minyak yang keluar dekat muka kan.
2) Kulit nampak segar setelah bangun
Selepas bangun, minyak pada wajah akan berkurang dan tiada kusam apabila mencuci sebelum tidur. Wajah akan nampak tidak sihat dan cerah sekiranya anda tidak mencuci muka sebelum tidur. Korang akan mengalami masalah kulit dan menampakkan wajah anda lebih tua dari usia anda..nak ke..mesti tak nak kannn..
3) Kulit terhindar daripada jerawat
Dari sini la kita mencegah masalah kulit seperti jerawat. Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit
mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam
kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut,
gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. Jadi kalau bersihkan muka pada waktu malam, kita dapatla hindarkan jerawat ni daripada ada. Sel-sel kulit mati yang Anda miliki akan digantikan oleh sel
kulit yang baru dan tentunya lebih sihat
Wajah merupakan bentuk penampilan seseorang yang dilihat untuk kali
pertama di depan orang lain. Maka dari itu, kebersihan wajah pun harus
dijaga. Jadi rajinkan diri untuk mencuci muka sebelum tidur.
- Sebelum mencuci muka, bagi yang bermekap, perlulah tanggalkan makap tu dulu dengan penanggal mekap, supaya tiada bahan mekap dekat muka korang, kalau tak sia-sia basuh muka tapi ada lagi sisa mekap dekat muka. Yela kalau bermekap terus basuh muka belum tentu mekap tu hilang 100%. Lepas tu basahkan muka. Sekiranya tidak bermekap bolehla basah muka terus.
- Sesi membasuh muka. Penggunaan air sejuk atau air suam.Tak kisahla korang nak guna air sejuk atau air suam, kedua-duanya ade kebaikan. Basuh muka menggunakan air suam mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit dan buat
pori-pori wajah kita terbuka jadi senang nak wash away all the dirt
yang terperangkap dalam liang roma. Guna air sejuk pula untuk tutup balik liang roma tu dan buat wajah kita
lebih rasa bersih dan segar. Kalau rajin, basuhlah wajah dengan kedua-dua air setiap pagi.
- Buat urutan sapuan pada muka dengan betul. Penah tengok iklan cuci mukafair and lovely..hehe "bulatan penuh sekali, bulatan separuh sekali, membersih kotoran dan sel mati, lepas ini kita silang, silang dan bintik hitam pun hilang, di wajah buatkan bulatan"..hehehe..kann..lehla cuci muka sambil nyanyi..hehhee..dengan cucian yang betul, pasti masalah kulit tiada. Korang jangan sental kuat-kuat dekat muka..hehe
- Dah basuh muka, lapkan muka dengan kain yang bersih dan kering. Tekap lembut je pada muka.
- Lepas tu ikut korangla, nak letak krim malam kaa, nak letak bedak sejuk ka..Kalau nad, nad tak pakai ape-ape..yela proses muka waktu malam. biarlah dia kosong je..biar nad punya muka relaks je..hehhee
Hah!!!..jangan malas tau nak cuci muka...yang penting pilihlah produk yang sesuai dengan muka korang.
Air sejuk dlu bkn air pns dlu ke? ingt air pns dlu kasi buang dirt n buka pori pastu air sjk kasi ttp blik.
ReplyDeleteBest tips ni
ReplyDeleteok kena rajinkan diri.
ReplyDeleteHehe betol2 bagus sbnrnye kalau rajin cuci muka...sy kadang2 kalau rajin skit amik wudhu' sbelum tido ;) cuci gakla kan hehe
ReplyDeletestuju...aset berharga k.asal...after keintiman...kihkihkih...
ReplyDeletepakai masker aje.. boleh?
ReplyDeletekakchah pun memang wajib cuci muka sebelum tidur. walaupun sibuk cemanapun, kakchah tetap cuci muka pastu sembur aloefirst (mcm penyegar, tp tiada bahan kimia). kalau rajin kakchah sapu aloevera ke muka... lembutnya mukaku! kalau kulit normal, gunakanlah krim malam... kakchah agak malas nak guna yg ni. walaupun cara kakchah ringkas, tapi Alhamdulillah kulit kelihatan segar dalam usia 40an ni...
ReplyDeleteSALAM :) SY DATANG DR GIVEAWAY NI... JEMPUTLAH KE BLOG SAYA :)
ReplyDeletehttp://kumahuitu.blogspot.com/2014/11/giveaway-cuti-sekolah-by-jiwarosak.html
bagus tips ni:)
Kna amalkn slalu, lya ni kekdg pndai mood mls tu dtg ermmn
ReplyDeletesalam gan...
ReplyDeleteArtikelnya untuk infonya menarik dan menginspirasi..dan kalau untuk kaos kaki wanita yang bagis seperti apa ya...
Tapi saya nak cuci muka tapi yang paling tak best lepas cuci muka muka ku rasa pedih dan keluar benda putih putih kenapa ya
ReplyDeleteBoleh cakap tak apa sebabnya sebab saya dah pening nak cari pencuci muka yang sesuai dengan saya ni
kene cari pencuci yang sesuai..pakai althea bare essential..
DeleteKalau nak guna pencuci muka sekali dengan dedua air panas sejuk mcm Mana boleh jelaskan Tak Cara dia
ReplyDeletedah terangkan dekat post ni..boleh baca
Delete