hai assalammualaikum
Bercuti Di Legoland Malaysia - Sabtu lepas nad bersama geng #kelabbloggerbenashaari bercuti di Legoland. Teruja sangat bila dapat pergi Legoland ni!! Bukan senang nak masuk sini, kene ada duit poket yang cukup baru boleh pergi. Bila dapat peluang pergi ke Legoland, memang tersenyum je sepanjang perjalanan..hehe..
Sebenarnya, dah lama rancang ke Legoland ni bersama geng #kelabbloggerbenashaari. Sepatutnya pergi bulan 12, tapi ditunda sebab masalah tak dapat dielakkan. Jadi kami semua pergi bulan 1, kira percutian kami dan berbulan madu nad bersama suami tahun 2015 ni.. hahaha..kami dapat bercuti selama 2 hari 1 malam..Geng #kelabbloggerbenashaari yang pergi bukan setakat yang dah berkeluarga, malah anak dara dan teruna pun ikut join..hehhe..
credit pic Kerex studio |
credit pic Kerex studio |
Nad dengan suami bergerak dalam pukul 7, terus pergi amik mawardi dekat LRT Sg Besi. Lepas tu terus gerak ke highway sampailah ke perhentian RNR Seremban. Perut kasi isi dulu, yela, perjalanan ke Johor jauh kot. Lepas kenyang, teruskan perjalanan. Ingatkan nak terus je tanpa berhenti, tapi terpaksa berhenti sekali lagi sebab nak sejukkan enjin..kereta dah tua..hahaa..jadi taknak ape-ape berlaku kami berhenti la..
Selepas itu teruskan la perjalanan ke Legoland tanpa berhenti. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 12 tengahari..Perjalanan mengambil masa selama 5 jam jugakla..fuhh..lama jugak. Hari tu nasib kami baik dan beruntung sangat sebab cuaca di Legoland cerah dan sangat cantik, sebab sebelum ni hujan 2 hari dekat sana. Biar berpanas jangan hujan . .dapatla kami pusing-pusing dekat situ.. Dapat je parking, kami terus ke Lobi hotel Legoland untuk check in nama.
LOBI HOTEL LEGOLAND
Masuk je dalam lobi, WooWW!!! amazing sangat tempat dia..bukan sekadar lobi yang membosankan, yang hanya ada kerusi dan kaunter, tapi lobby dekat Hotel Legoland ni penuh dengan lego dan tempat istirehat. Lego memang sesuai untuk anak-anak, tapi dah masuk sini orang dewasa pun nak join jugak..hahahha..
credit pic Kerex studio |
Bagi mak, bapak yang sedang menunggu nak check in, jangan risau tentang anak-anak..letak je dalam ni..mesti diaorang takkan merayau ke mana. Diaorang akan khusyuk main lego je..Tapi kene perhatikan jugak, takut ade yang tertelan lego pulak nanti..hehhee..
credit pic Kerex studio |
credit pic Kerex studio |
Ehh lupe pulak nak daftar nama..hahaa..khusyuk tengok lego kan.. Ade basikal bergerak kat belakang tu..hhehe..omey je..dan ada 12,528 LEGO Mini Figures di pamerkan di belakang check-in desk
credit pic Kerex studio |
credit pic Kerex studio |
Nak ajer masuk main dalam castle tu..hahaha. Selain itu di Lobi Hotel Legoland ni ada kemudahan kerusi urut dan kedai untuk membeli cenderahati serta restaurant..
credit pic Kerex studio |
Eheh jumpa maskot Legoland pulak..bergambarla kito yee..
Memandangkan check in hotel pukul 4, jadi kami semua berjalan masuk ke dalam Theme Park dahulu..dekat je dengan hotel. Keluar je Pintu, dah nampak Theme Park..hehee..Panas pun panasla..yang penting enjoy..Kalau tak tahan panas, bawakla payung atau pakai topi. Takut hujan bawak baju hujan..hehe..Yang penting kalau korang dapat 2 hari 1 malam better pergi awal sebab korang boleh meronda seluruh Theme Park sebab check in hotel pukul 4 kann..
Nak tau ape dalam Theme Park..tungguuu..nanti nad sambung yeeee...hehee..
Wahhh bestnya
ReplyDeleteSronok tgk.
Ok masa utk curi gambar hahaha.
ReplyDeleteWah bestnyer..kwn kte ada kje sne..tp cm lum ada masa g nk g
ReplyDeleteWow bestnya. Macamana nak joi kelab ben ashaari ni ye? Boleh jelas kan x? Hehe
ReplyDeleteyui..memang best..hehehe..kumpul duit dari sekarang
ReplyDeletemadi..amboii..hahaa
mysara..nanti pergi tau..hehee
shima..tu kene tanya pengasa Ben Ashaari sendiri..hehhee
kak Diana..ok bereh..hehhee..sabar erkk
dari kl gi jb mmg jauh dik . tapi klu dr kg sis ke legoland cuma 45 minit jer . itupun tah bila baru sampai ... heee
ReplyDeleteMenarik.. seronok tengok.. :) :)
ReplyDeletebestnya seronoknya tapi bersambung pulak.. adoi haha 😄
ReplyDeletejom masuk blog baru kami www.gengsimkadmagic.com
cantik nad semua pic!
ReplyDeletemenarik betul tempat ni
ReplyDeleteFida duduk je JB tapi Legoland tak pernah sampai pun..kalau pegi pun saya mabik gamba dia..dia ambik gamba saya..tuuuu tu je alasan tak mao pegi. gambar berdua tak de orang nak ambikkan haha
ReplyDeletesyoknya. saya pernah pegi tapi xmasuk sbb hujan lebat time tu..rugi sgt..dah dtg dri jauh..
ReplyDeletelobi hotel pun penuh lego. syoknyaaaa
ReplyDelete