BERLALUNYA 2014 DATANGNYA 2015

in , by Nadia Johari, 17:07:00
hai assalammualaikum

Berlalunya 2014 Datangnya 2015 - Tiktotiktok..sekejap je masa berlalu. Tidur 2014..celik dah 2015..masa ni berlalu dengan laju sampai kita tak sedar..Dengan usia yang semakin meningkat, dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang berlaku di sekeliling kita. Azam tahun 2014 mungkin ada yang tercapai mungkin tidak.. lumrah kan..tak semua kita boleh capai dalam masa terdekat..tapi kita berusaha untuk melaksanakannya.


Tahun 2014 yang manis bagi nad dimana nad telah sah menjadi isteri orang.. Macam tak caya je dengan sekali lafaz dah bergelar isteri orang. Bertemu jodoh dengan mereka yang lebih berusia tidak menghalang semua tu dalam mendirikan rumahtangga. Selepas itu terpaksa berjauhan dengan keluarga. Yela dah jadi isteri orang, isteri kene ikut suami. Rasa lain macam je..hehe..Pertama kali jugak duduk di Kuala Lumpur. Mulanya memang tak dapat terima dengan bunyi bising kenderaan, tapi lama-lama dah biasa. Rutin biasa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan memasak dan mengemas. Pertama kali sambut bulan puasa dan Raya bersama suami. Paling bestnya dapat masak kegemaran suami iaitu rendang daging..hehee.. Namun belum rezeki kami untuk mendapat cahaya mata, kami berusaha selagi boleh.

Kenangan manis bagi blog nad, dapat berjumpa dengan ramai blogger. Alhamdulillah, makin lama blog juga makin dikenali orang luar. Memang azam nad untuk bertambah maju dengan blog. Sikit-sikit belajar cara menulis dalam blog, supaya orang datang dekat blog kita. Dapat tau mana nak ping untuk meningkatkan pageview blog. Mengubahsuai blog untuk menjadi lebih mesra kepada pembaca dan tidak memberatkan blog. Paling gembira apabila masuk contest dan blog nad telah menerima tempat pertama dengan membawa pulang wang dan sijil. Itulah pertama kali blog nad dapat anugerah seperti ini..syukur Ya Allah..usaha nad tak sia-sia. Paling tak sangka diterima masuk dalam #kelabbloggerbenashaari. Mereka bukan sahaja sahabat malah keluarga yang saling bantu membantu. Dari situ nad dapat mantapkan cara berblog dan dapat bertemu ramai lagi blogger yang terbaik. Alhamdulillah juga tahun 2014 ni, rezeki datang dengan berblog walaupun tak banyak..syukur..syukur..Dan paling tak sangka apabila pageview meningkat dengan mendadak..Allahuakbar..penat lelah buat blog akhirnya berhasil..

Pahit bagi negara kita apabila tragedi kehilangan kapal terbang MH370 yang sampai sekarang tidak tahu kemana dia menghilang. Tak habis dengan itu, kemalangan MH17 telah ditembak jatuh. Dugaan datang lagi apabila musibah banjir besar yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. Lagi sekali digembarkan dengan pesawat AirAsia QZ8501 terhempas dan telah dijumpai. Besar betul dugaan 2014. Semua ini yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Tahun 2015, banyak yang perlu diperbaiki dalam hidup nad. Untuk mencapai apa yang nad inginkan. Jangan lupa mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur di atas nikmat yang Allah Taala berikan terutama umur kita yang diberi sekadar pinjaman untuk kehidupan di muka bumi ini. Kehidupan yang singkat ini perlu digunakan sepenuhnya dengan amalan yang baik-baik.Selamat tahun baru kepada semua..Semoga tahun baru ni lebih banyak kenangan manis dari pahit..aummm..
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Thn 2014 plg byk tragedi.. Smoga Allah permudahkan jln utk thn 2015 ^^

    ReplyDelete
  2. Slmt thn baru juga Nad..ada prsamaan kita.lya pun baru mndirikn rumahtangga thn ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2