JOM AKTIFKAN MYKAD

in , by Nadia Johari, 13:57:00
hai assalammualaikum

Jom Aktifkan Mykad - MyKad adalah dokumen pengenalan wajib bagi rakyat Malaysia yang berumur 12 tahun ke atas. Diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia pada 5 September 2001. Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan yang menggabungkan kedua-dua Pengenalan bergambar dan data biometrik cap jari pada cip komputer yang dibina terbenam dalam sekeping plastik.

Selain tujuan utama kad sebagai alat pengesahan dan bukti kewarganegaraan selain daripada sijil kelahiran, MyKad juga boleh digunakan semasa berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Imigresen, Touch N' Go, dan banyak lagi.. Terdapat 50 aplikasi Mykad kesemuanya.. 


Dan bestnya, Mykad boleh diaktifkan secara online untuk menjadikannya sebagai Kad Diskaun dan kad ganjaran, anda boleh mula berbelanja di kedai-kedai yang menyertai program ini untuk mendapatkan diskaun. Dalam masa yang sama anda boleh mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus menjadi hadiah mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat.Program ni merupakan program Mykad Smart shopper
Mykad Smart Shopper merupakan sebuah program yang dapat menawarkan harga diskaun dalam pembelian barang-barang pada kedai-kedai perniagaan yang terpilih dalam program ini . Ianya dimiliki oleh I Synergy Universal Sdn Bhd dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) serta MDec .

Macam mana nak tahu senarai kedai yang telah menyertai Program MyKad Smart Shopper? 
 
Jika korang pengguna smartphone Android atau iPhone, Sila Install Aplikasi MyKad Smart Shopper dalam Smartphone korang.. Dan lihat ratusan premis perniagaan yang telah menyertai program ini terdapat di seluruh Malaysia..
Jangan lupa Muat Turun Aplikasi MyKad Smart Shopper sekarang juga!

Apakah Kelebihan MyKad Smart Shopper?
  • Pendaftaran adalah percuma dan keahlian seumur hidup
  • Tiada tamat tempoh keahlian
  • Dapat menikmati pelbagai diskaun
  • Mendapat mata ganjaran setiap kali berbelanja
  • Tiada kad tambahan

Nak tau lebih lanjut, korang boleh pergi ke SINI. Belum aktifkan MyKad? Jom aktifkan MyKad masing-masing Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?

http://www.coretananuar.com/2014/12/contest-seo-jom-aktifkan-mykad.html
“Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com” Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. wah menarik nie..all the best ya..=D

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Baru tulis entri contest ni semalam. Nampaknya lambat lagi le nak panjat ranking google. Tahniah tuan blog kerana berada pada page 1 dalam ranking!! Boleh baca entri saya di pautan di bawah:

    Jom Aktifkan MyKad

    ReplyDelete
  3. Makin ramai yang join contest seo Jom Aktifkan Mykad. Moga entri berada dikedudukan yang baik.

    ReplyDelete
  4. ada kedudukan baik untuk menang contest ini.. moga berjaya ye rockerZZZZ

    ReplyDelete
  5. Saya adalah wakil syarikat untuk program MyKad Smart Shopper mengucapkan terima kasih kerana menulis artikel yang berguna kepada semua pembaca terutama rakyat Malaysia yang rata2 masih tidak tahu mykad boleh menjadi kad diskaun dengan aktifkan secara PERCUMA. Boleh juga terus aktifkan mykad di laman web rasmi di SINI

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2