hai assalammualaikum

Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W - Sebagai umat Islam, kita tahu yang Nabi Muhammad S.A.W. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah bagi menyebarkan agama Islam kepada umatnya. Nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada umatnya.

Sungguh besar dugaan Nabi Muhammad menyebarkan agama Allah kepada masyarakat Arab ketika itu. Baginda dihina, dikeji, dibaling batu kaum kafir, malah ada yang hendak membunuh Nabi Muhammad SAW agar Agama Suci ini tidak disebarkan. Tetapi Allah SWT sentiasa menyelamatkan Nabi kita. Malah mereka yang memeluk Islam turut ditindas. Allahuakbar.

Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Walaupun pelbagai tentangan, akhirnya ajaran Islam dapat disebarkan sehingga ke hari ini. Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam sehingga ketika wafatnya masih mengingati umatnya. Sebagai umatnya kita mestilah berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( bahasa Arab: الصلاة ), doa, pujian.
Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Dan salawat malaikat ialah doa. Dan salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
 Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

Terdapat pelbagai lafaz selawat sama ada ucapan selawat yang asal dari Hadith Sahih atau ucapan selawat yang dinukil oleh para alim ulama’.

1) Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
( Rumi ) Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Maksud : Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


2) Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
( Rumi )Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid

Maksud ; Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.

3) Dari hadith: [Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
( Rumi ) Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid

Maksud : Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.


Baca Juga ; Kenali Rasul Kita Nabi Muhammad S.A.W
SHARE 31 comments

Add your comment

  1. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw. Mudah2an kita semua beroleh syafaatnya di akhirat kelak... aamiin. Salam Maulidur Rasul.. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Sy minta izin copy selawat ye 😊

      Delete
  3. salaam maulidur rasul walaupun macam dah terlambat sikit nad..

    ReplyDelete
  4. Izin copy sikit ayat di atas ye...

    ReplyDelete
  5. mohon share ya

    ReplyDelete
  6. Izin copy text nya 🤲🏻😁 terima kasih

    ReplyDelete
  7. kalau kita berselawat ke atas Nabi, insya-Allah mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya.

    ReplyDelete
  8. Walau sibuk macam mana pun, cubalah berselawat ke atas Rasulullah...rugi siapa yang tak buat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, banyak faedah berselawat. Moga bermanfaat buat semua..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, salam Maulidur Rasul Nad

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2