hai assalammualaikum
Menu Promosi 2015 Di Delifrance Malaysia - Actually nilah pertama kali nad jejak di Delifrance..Ya ampunnn betul ke ni!!!..hhhahaha..betul la..nad dulu mana reti masuk-masuk kedai macam ni..biasalah budak kampung..dapat makan kfc je selalu..hahhaa...kalau masuk kedai roti pun kedai roti kek tu yang ada sosej cuma harga RM2 je..Tapi hari ahad lepas, its my lucky sebab dapat pergi merasai makanan di Delifrance bersana geng #kelabbloggerbenashaari di Midvalley.
Delifrance adalah satu rangkaian Café Perancis di Malaysia. Selain roti, Delifrance juga ade pelbagai menu yang sesuai untuk sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Tak dapat pergi Paris, tapi kau dah boleh makan,makanan sepserti di Paris..hahhaa..kann..Meh nad tunjukkan menu di Delifrance...sila terliur ye..semua makanan ni adalah keluaran Delifrance sendiri..
Mulakan dengan sarapan pagi bersama roti. Selalu kite pekena roti Gardenia kan..pe kata try roti dekat Delifrance ni..Tak lembut dan Tak keras..sedang-sedang je..Boleh disapu dengan Planta, atau kaya atau strawberry kaya. Marbelous memang marbelous..
Selain itu, kalau korang taknak makan roti kosong nak ade isi..boleh je..ade dua jenis roti iaiatu Roti Tuna D'licious dan Roti Meatball Sandwich. Roti die memang lembut..Roti die ade pilihan, ikut citarasa korang, ade roti Baguette, butter croissant,crois bread and ciabata
Roti Tuna D'licious , diisi tuna , salad dan tomato. Rasa macam dah biasa, hah ade special, selalu kite nampak meatball dekat spagetti je kan ni ade dalam roti Roti Meatball Sandwich. Bebola daging yang lembut dibalut dalam roti dan disaluti dengan sos marinar..ummpphh terangkattt kau..hehehe
Selain Roti, Delifrance juga ada mengeluarkan makanan seperti spageti, kambing dan nasi..ni la dia, Meatball Pasta, Spicy Fish served With Rice, Grilled Chicken Leg With Mushroom Sauce, and Provencal Lamb.
Spicy Fish served with Rice (RM18.90). Ni sedap sebab ikan dia rasa macam sambal belacan..hehe..siap ade nasi lagi.. |
Meh perkenalkan dua menu baru di Delifrance iaitu Beef Crois Bread and Chicken Crois Bread.
Bentuknya panjang dan lurus itu. tekstur lembut dan rangup yang diperolehi dengan pastri puff unik terdiri daripada tepung mil penuh gandum dan jenis benih (biji rami, biji popi, biji bunga matahari)
Dessert ade macam-macam tapi sempat amik gambar macaron je..hahaa..dah tak ingat nak amik gambar lpas menikmati semua hidangan..nampak sangat sedapnya..
Amacam mengancam tak..harga pun takdelah mahal sangat kan.. Delifrance telah melangkah keluar dari Eropah pada tahun 1983, dengan pembukaan Outlet Asian pertamanya di Center Clifford Singapore. Kedai Roti Perancis yang cepat mencipta nama dan membawa satu perkembangan yang cepat di sana adalah disebabkan produk pastrinya.
Pada tahun 1987, operasi Delifrance telah diperkembangkan lagi ke Hong
Kong dan Shanghai, China. Mula mendarat di Malaysia pada tahun 1990. Sebagai salah satu rangkaian kedai roti yang paling berjaya di dunia, Delifrance kini berkhidmat di Malaysia lebih daripada 15 cawangan di seluruh Malaysia dan masih terus berkembang dan berusaha untuk memberikan khidmat pelanggan kami dengan lebih baik
- 11 buah cawangan di Lembah Klang: Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja.
- 1 cawangan di Queensbay Mall, Penang.
- 2 cawangan di Johor Bahru iaitu AEON Big Tebrau City serta JB City Square.
- 1 cawangan di AEON Taiping yang baru dibuka pada 14 November 2014 yang lalu
Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari
website : www.delifrance.com.my
facebook: Delifrance Malaysia
Fefeling berada di Eiffle Tower..alangkah indahnya kalau betul kan..hohoho..
Ade sesuatu khas untuk pengomen tegar blog miszrockers untuk bulan february ni..hehehe...rajin-rajinla komen erkk
pehhh. terliur tengok ^^
ReplyDeleteAssalamualaikum nad, wahh sedapnya.. sheila pun tak pernah makan sini. ahhahahha terliur rasa tengok gambar makanan ~~~
ReplyDeletemati - mati ingat delifrance dah tak der kat Malaysia.
ReplyDeletekan bagus klu kat putrajaya ada . bolehlah skodeng ...
ReplyDeleteAssalam Nad,
ReplyDeleteakak pernah jugak makan delifrance ni
paling soka chicken pie dia
terbaek gitew he3
Utg la..bestnya dpt berkumpul dgn geng kbba :-)
ReplyDelete