hai assalammualaikum
Makan Steamboat Di D'kayangan Buffet Steamboat Shah Alam - Steamboat, steamboat, steamboat...hahaha..sapa tak kenal dengan makanan steamboat ni. Makan dengan harga yang murah dan kau boleh melantak sepuas-puasnya sampaila perut kau pecah..(ok tu tipu, jangan sampai pecah..hehe) makan sampai kenyang sudah. Kau nak amik makanan tu berulang kali pun boleh, takde siapa yang halang. Steamboat ni bestnya kalau ade grill sekali, yela kalau sup je mana best kan. Nak juga yang ade panggang-panggang ni..baru puass..Kalau bab steamboat, nad memang laju je..hehe

Dan tak disangka, nad telah dijemput oleh En Ariff untuk mencuba makan steamboat di D'kayangan Buffet Stemboat di Shah Alam. Ya Allah rezeki nad, dahla masa tu nad memang ada dekat kampung (Meru)..macam tau-tau je nad dekat situ..dan tanpa berfikir,nad pun setuju dengan pelawaan En Ariff tu..Siapa En Ariff tu..haha jap lagi nad kenalkan..

D'kayangan Buffet Steamboat di Shah Alam ni terletak di sebuah bangunan bernama Sri Acapella. Bangunan ni bersebelahan dengan Restoran Tupai-tupai. Kalau tak tau nanti last nad bagi alamat korang wazela..hehee.. Masa ni nad bawak abg dengan family dia, mak ayah tak ikut sebab diaorang kurang gemar makan steamboat-steamboat ni..jadi nad bawak dua orang rakan blogger lagi yang tinggal berdekatan dekat situ. Dah dekat kan..berdetimla kita..ehhee..Pertama kali makan steamboat dekat D'kayangan ni..memang tidak mengecewakan..kenapa??



Sampai je kedai, kak Farah dengan Kak Irra dah sampai..hehe..masa tu nad sampai 8.30 malam. Alhamdulillah masatu kedai tak ramai sangat orang..jadi takdela berasak-asak nak amik makanan, lagi mudah nak amik gambar..huhuhu..Masuk je dalam memang luas, tapi kalau ramai orang mesti sempit sikit. tempat ni ada dua, satu dalam aircond dan satu lagi dekat luar khemah..so korang boleh pilih nak mana satu.


Konsep restoran D'kayangan Buffet Steamboat ialah grill,stim dan BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Kat sini ada dua sup je dia gunakan iaitu sup tomyam dan sup ayam.



Malas bebel panjang-panjang, nad nak tunjuk menu-menu yang ada dekat D'kayangan Steamboat ni. Macam-macam hado. Tempat pertama nad pergi mesti terus ke bahagian makanan laut..hhaha..macam daging, ikan, ketam, udang, ayam, kupang, tiram, dan banyak lagi laaa..huishh nak sebut satu-satu baik tengok gambar je..bagi korang terliur..hahaha..



Ni bahagian bebola..aummm..



Jangan risau, dekat sini pun ade sayur-sayuran..kalau korang taknak makan berat-berat..amik je sayur ni ha..tapi nad amik semua..hahahhaa...satu makanan pun tak lepas..ish, ish,ish...




Ada lagi menu..bahagian mee, dan telur.


Kalau rasa tak cukup makan steamboat korang boleh makan ni ha..lauk pauk yang disediakan di D'kayangan Steambat Shah Alam ni..ade nasi dan lauk pauk..nah balun semuaa..perghh memang rasa perut nak pecah..hhahaha..yang penting puas..


Macam-macam sos ade dekat sini

Special di D'kayangan Steamboat

Nad ni memang penggemar daging kambing. Lagi-lagi kalau yang lembut..dengan kuah yang awesome..Dekat D'kayangan Steamboat merupakan salah satu tempat yang siap dengan kambing golek..perghh..memang marbelous..semua ada..macam dah lengkap je kan..tu bestnya dekat D'kayangan Steamboat ni...
credit pic kak farah
Tengok kambing bergolek-golek dekat pemanggang..sekali makan..perghh..sedappp..





Hah dah agak-gak makan berat..ofkos nak kene ada dessert atau pencuci mulut. Jangan risau dekat D'kayangan Steamboat ada macam-macam dessert. Korang pilihla..Kuih ada, aiskrim ada, buah pun ada.



Specialnya lagi dekat sini..ade abc yoooo...ABC..buat sendiri..kau nak bubuh bebanyak pun boleh..ikut suka kau..hahaa..

Ya Allah..memang lengkap semau dekat sini kan..fuh boleh kenyang bak ular sawa..harga berbaloi dengan apa yang disediakan dekat sini..tak rugii ooo..

Pakej yang ditawarkan:-
ALL YOU CAN EAT
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik.
Harga Dewasa :  RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja


D'kayangan steamboat ni pernah masuk rancangan Jalan-jalan cari makan gitu..Resoran ini boleh dimuatkan seramai 170 orang di bahagian dalam. Waktu operasi dari 5 pm - 2 am.. 2 pagi kau..Hah dekat atas tu..tu la owner D'Kayangan steamboat. En Ariff namanya..kau tengok dia agak-agak umur berapa..hahaa..muda dari nad okk..perghh, muda-muda dah jadi usahawan berjaya..Terima kasih En Arif jemput nad datang ke D'kayangan Steamboat Shah Alam ni. Korang mesti cuba tau,,


Untuk mengikuti pekembangan kami, anda boleh layari
Facebook:           Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Instagram:          @dkayangansteamboat
Twitter:               @dkygnsteamboat
Hash Tag:             #dkayangansteamboat
Contact:               03-55234979 / 012-2971091 / 012-3970091












SHARE 8 comments

Add your comment

  1. feberet saya jugak makan steamboat ni..tapi last pegi aritu dekat bukit kapar, umang-umang steamboat tak berapa makan sgat sbb sibuk ambikkan makanan untuk family..huhu

    ReplyDelete
  2. Hari tu ada lalu, nak singgah tapi takut tak sedap. Huaaaa menyesalnya. Nanti nak jadi foodhunter kat sini

    ReplyDelete
  3. Pieww.. selera betullah tengok Nad. Seronok mkn steambot klu ada mcm2 pilihan.. cukup pulak tu..
    Lagi layan ada kambing panggang tu... mmg nk singgahlah nnti. Thanks sharing Nad.. :)

    ReplyDelete
  4. saya suka makan steamboat :-)

    http://inilamanblogsaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. pehh makan steamboat. sedapnyaaa ^^

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2