hai assalammualaikum

Bayou Coffee House Di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya - hah nak bagitau ni, dekat kelab komuniti memang lengkap kemudahannya, bukan sahaja tempat untuk bersuka ria, beriadah malah ada juga tempat untuk makan..makanan dekat Bayou Coffee House ni bukan biasa-biasa je ok, memang menepati citarasa kami semua sebab makanan kampung yang memang marbelous.

Selesai je aktiviti Blogger Day Out, kami semua family Kelab Blogger Ben Ashaari berehat sebentar dan menikmati makanan di Bayou Coffee House ni..nak bagi tenaga balik lerr..ko ingat diaorang main tak penat. Makanan tengahari yang disediakan memang mengenyangkan..nak tau menu ape yang disediakan..jangan terliur ok..






Kan macam-macam ada lauk pauk dia..yang paling nad suka rendang dia..alahaii...sedapp weiii


Ulam-ulaman pun hadoo



Buahan- buahan pun ada


Dan bestnya ada tapai..tapai nasi yang dah lama tak makan. Dulu mak nad selalu buat tapi sekarang dah tak. Bila nampak tapai nasi ni..aumm..sedapp..


Bila mereka dah lapar.


Kalau korang nak,bolehla Call no ni 03-8318 0008/ 019 3305848 atau
 emel ke bayoucateringcyberjaya@gmail.com, sebab kene tempah dahulu..

Bayou Coffee House juga menerima tempahan seperti,
*Majlis Berbuka Puasa 
*Majlis Perkahwinan 
*Majlis Hari Jadi 
*Majlis Ulang Tahun 
*Makan Pagi / Tengah hari / Malam 
*Hari Keluarga *Kursus

harga pastinya berpatutan! no worries.

hai assalammualaikum

Bloggers Day Out Di Kelab Komuniti Cyberjaya - Sebelum ni nad ada war-warkan berkenaan Bloggers Day Out KBBA ni. Dan akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Walaupun tengah alah,nad tetap nak join sebab dah lama tak jumpa family KBBA ni..boleh jadi gila dibuatnya..hahhaa..Blogger mana boleh relaks dekat rumah je..mesti nak keluar.

Masa hari berkenaan, nad tumpang kak Farah Bublynotes, sebab nad stay dekat klang, suami pulak kerja. Jadi kak farah je yang dekat dengan rumah nad. Aktiviti start seawal 7 pagi tapi nad dengan kak farah pergi lewat sebab nak uruskan si ash yang semakin membesar tu..hehe..kami bertolak pukul 9 pagi. Jadi terlepas beberapa event.


Majlis berlangsung di kelab komuniti cyberjaya. Ni kali pertama nad sampai ke kelab komuniti cyberjaya ni. Nad penah datang cyberjaya tapi ni pertama kali jejak kelab komuniti cyberjaya. Kat sini macam-macam ada rupanya..ada tempat main golf,main badminton,go kart,paintball, ade kolam renang juga. Ya ampun,macam-macam rupanya..memang senang..semua lokasi pun dekat-dekat.

Aktiviti mereka
                                            


                                              7.00 - 8.00 pagi:
Pendaftaran dan sarapan pagi



8.00 - 9.00 pagi:
Taklimat, bacaan doa oleh Abang Huszainiucapan dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) iaituLan Carenosenam robik




9.00 - 10.00 pagi:
Golf ala Bloggers


10.00 pagi - 12.00 tengah hari:
Badminton ala Heboh

  


12.00 tengah hari -  2.00 petang:
"Open Go-Kart" ("testdrive selama 5 minit setiap seorang),



Rehat untuk makan tengahari di Bayu Cafe. Selepas tu rehat untuk solat sebelum sambung ke paintball.




2.00 - 3.00 petang:
Permainan diteruskan dengan bermain paintball.Paintball Captain Attack"

3.00 - 5.00 petang:
Majlis Penutup, Penyampaian Hadiah, Cabutan Bertuah dan Ucapan dari Pengasas KBBA

Menarik kann..sob..sob..nad mak buyung tak dapat join..jadi penyokong jele..sedihhh..kalau tak dah lama serbu..takpela memang enjoy masa tu..walaupun nad sampai lambat..hehhehe...kepada ajak Blogger Day Out terima kasih dan anda semua telah berjaya melakukan satu aktiviti yang menyeronokkan bagi blogger. Sebab tu KelabbloggerBenashaari dikatakan bukan sekadar blogger.



Terima kasih juga kepada sponsor yang menaja event ni program #KBDO kalini:
hai assalammualaikum

Sambut Anniversary Yang Pertama Bersama Mr Mafia - Haritu macam baru je nad sambung belajar dekat UUM.. lepas tu baru je bekerja..lepas tu macam baru je tunang..pastu macam baru je kawin..tup-tup dah setahun kami kawin..Alam rumahtangga jikalau tak bersedia memang susah nak hadapi..bukan senang oo..ada liku-liku kehidupan yang kene tempuh..masa tu la nampak perangai pasangan masing-masing.

Bila miszrockers dan mr mafia bersama..tak campak pinggan mangkuk tak sah..kata ganas..hahahaha..takdela..gurau je..kami nampak je ganas tapi manja..kihkihkih..lagi-lagi mr mafia,nampak je mafia tapi suara lembut..penyabar..mengalahkan nad..hahhaa..dia la yang selalu mengalah..( sayang bini oiii)..
hai assalammualaikum

KBBA Blogger Day Out 2015 - Aktiviti macam ni memang best dilakukan bersama bloger. Bukan sahaja dapat mengenali blogger malah dapat menegeratkan silaturrahim dan berkongsi tentang apa sahaja. Yang penting kita enjoyy..hehe...ahad ni #kelabblogerbenashaari akan mengadakan blogger day out di cyberjaya..tak sabar rasanya nak berkumpul ramai-ramai...walaupun nad tengah macam ni, tapi tak menghalang untuk sertai blogger day out ni..lagi lun nad dah lama tak join event..jadi pom-pom girl pun ok..hehehe


Ini merupakan aktiviti terbesar yang pernah diuruskan oleh team #kelabbloggerbenashaari sendiri dengan tajaan oleh KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA , CYBERJAYAVIEW SDN BHD.

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya
Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) lokasinya adalah berhampiran dengan Universiti Multimedia , Cyberjaya . Senang nak cari ...senang jumpa kalau gunakan perkhidmatan waze ke sana, harus akan sampai tanpa sesat.

Telah wujud sejak 2006 lagi dengan menyediakan  fasiliti untuk kemudahan Sukan dan Riadah antaranya ialah seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan juga kolam renang. Selain itu KKTTC juga menerima tempahan untuk mengadakan majlis keramaian seperti perkahwinan dan seminar atau mesyuarat perniagaan.

Kemudahan asas tersedia : keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa. Perkhidmatan katering juga boleh terus ditempah disini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Aktiviti Yang Akan Dijalankan
Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball.
Menurut urusetia dan founder #kelabbloggerbenashaari,  Encik Ben Ashaari : Anda juga dijemput hadir untuk memberikan sokongan moral kepada peserta pada hari tersebut. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk besama kami, beramah mesra di sana nanti.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Barisan Penaja KBBA Blogger's Day Out

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my

DAPAT ANAK BUAH BARU YANG KE 11

in , by Nadia Johari, 10:38:00
hai assalammualaiku.

Dapat Anak Buah Baru ke 11 - Makin bertambah keluarga Johari ni..kalau dulu kami adik beradik 5 orang seorang je lelaki iaitu abang, tapi dapat anak buah ramai pulak yang kuar lelaki..hahha..tak kisahla..yang penting bertambahla anak buah ku..dah bertambah ke 11 orang..


Hari sabtu kakak nad selamat melahirkan baby boy pada pukul 3 pagi. Sudahla bulat..comel..gebus..hahhaa..semua ada..kalau dapat anak buah nad memang excited..suka dukung..suka tengok hari-hari..hahaha...pantang dengan baby..

Kalau tidur,nad kadang saja usik kasi bangun..hahhaa..jahat-jahat...bila nangis ape susah kasi emaknya la..hahhhah...ngrrr..gigit pipinyaa..aunmm..

JIMAT SHOPING ONLINE DENGAN IPRICE

in , by Nadia Johari, 17:54:00
hai assalammualaikum

Jimat Shoping Online Dengan Iprice - Sekarang kalau nak shoping memang semua guna online kan. Selalu kalau nak beli mesti kita akan survey barang yang murah. Lagi-lagi sekarang GST mesti semua barang dah naik kan. Menangis kalau tengok harga barang sekarang kann.. Bila dengar je ada tempat shoping barang murah memang nad teruja habis..lagila nak bershoping je..hehehe..Iprice membantu korang untuk berjimat dengan menggunakan kupon voucher yang diberikan..siapa tak suka voucher-voucher ni..

Iprice merupakan sebuah portal shopping online yang menghimpunkan pelbagai jenis jenama yang sudah menempah nama dalam industri perdagangan.Jadi di iprice,korang tak perlu rungsing nak belek satu per satu harga barangan.Semuanya sudah tersedia dalam satu portal. Tak paham lagi ape itu Iprice..hah!!..jangan risau meh nak terangkan lagi..Iprice ni mengeluarkan kupon-kupon voucher dan diskaun untuk kita bershoping di store-store yang terpilih. Antara jenama yang sudah tidak asing lagi ialah Zalora,Lazada dan Groupon. Kau tengok semuanya yang femes memes ok..

Cara nak dapatkan kupon senang je...

1) korang pergi dekat http://iprice.my/


2) macam biasalah kene singup dulu...perkara biasa untuk semua portal kann..nak singup pun mudah just bubuh email then tekan women or men.


3) Pilih la kupon mana korang nak..then tekan


4) Dia akan keluar macam ni..Lepas tu copy code tu then paste dekat barang mana korang nak beli..wokeyy..mudah kan




Iprice ada macam-macam brands dan kategori oiii..mudah je..tekan-tekan keluar..

.Rugi taw kalau tak rembat diskaun dari iprice ni nak-nak time korang teringin sangat barang tu.Baru tahu menangis air mata darah ye. Apa tunggu lagi signup sekarangggggg!!!...hehee.. pergi ke http://iprice.my/



BILA SAYA TAU SAYA PREGNANT

in , , , by Nadia Johari, 12:34:00
hai assalammualaikum

Bila Saya Tau Saya Pregnant - Kalau korang perasan bulan tiga entry nad sikit je..pergh dalam sebulan ade sembilan entry je kauu..gilerr laa..hahhhaa..mana taknya bila kesihatan tu menganggu..ape yang menggangu nad..tengok tajuk pun dah tau kan..selama ni nad baca je orang pregnant tak lalu makan, lemah sana sini dan kali ni nad pulak rasai..fuhh..memang menguji ketahanan mental dan fizikal..daripada yang rajin telah menjadi malas..hahhaha. 

Bab ni memang part paling gembira sangat..siapa yang tak happy kan. Sebenarnya kami berdua tak merancang pun, kalau ada alhamdulillah..takda kami cuba sedaya upaya..main memang kene main..hahahaa...takkan lepas peluang kalau nafsu dah naik (oopss maaf kalau teett sikit)..sebab walaupun taknak pikir bab ni sangat tapi dalam hati nak sangat, lagi-lagi mr mafia..melihat kepada umurnya yang semakin meningkat tu ( berusia)..semestinya nak jadi daddy untuk pertama kalinya..dan aku nak merasa baby dalam perut..Allah dah makbulkan doa kami..

Sebelum setahun hasil perkahwinan, iaitu genap 8 bulan kawin, nad dah disahkan mengandung..alhamdulillah. Sebenarnya tak suspect pun mulanya, sebab nad ni jenis period tak teratur..kadang sebulan tak period, pastu datang..tarikh period pun lari. Lepas tu bulan 1 datang period then bulan 2 pulak tak datang period. Nad ingat disebabkan period tak teratur, jadi nad tunggu jela sampai habis bulan 2. Akhir bulan dua, malam je nad start muntah, penin, loya, penat. Nad tak pikir ape pun..ingat tak sihat..Lepas tu balik kampung..kat kampung pun sama..malam je start loya, penin..mintak mak urut, ingat badan lenguh sebab penat tapi lepas mak urut muntah..haishh pelik..lagi satu my breast membesar, sakit..uitt..ingat sebab nak period..tapi takde pulak..mak pulak pikir yang nad pregnant, mak suruh beli UPT test. 


Dengar je tu, nad taknak pikir lagi sebab penah keciwa dengan UPT test..haha.sebab penah dapat negatif sebelum ni..yela sebab tak pernah datang sebulan..rupanya period tak teratur..tapi kali ni nad doa banyak-banyak kalau betul syukur sangatt. Siang dua hari esoknya nad pergi beli UPT Test dekat farmasi Meru. Pergi naik motor dengan anak buah..hahaha..beli dua UPT Test..takut first buat tak jadi..so ada lagi satu kan..hehhee..lepas tu balik tu terus buat (nampak tak menyabar tak)..test je..Allhuakbar..dua line..rasa nak nangis je..syukur sangat..alhamdulillah..jantung dah berdegup laju masa tu. betul ke..macam tak caya je..pastu tunjukkan dekat akak nad, dia kata "yela tu"..Allah Maha Besar..dia sentiasa dengar doa umatnya..

Sayangnya waktu tu nad kat kampung, mr mafia dekat KL..kalau dia ada dekat mesti macam drama kan..peluk, cium..eh..eh..hahaa...tanpa lengah nad post gambar UPT Test dua line tu dekat dia..mula-mula dia hantar "betul ke".."alhamdulillah"..pastu tunjuk icon nangis..dok taula die nangis ke idok..hahaa..lepas tu mr mafia tak caya lagi..habis nad disoalnya.."macam mana sayang tau".."macam mana tau tu positif".."macam mana itu, macam mana ini"..adeh penatla bang..p la youtube tengok..hahha. 


Lepas tu, cek dekat klinik tapi tak scan..just nak confirm betul ke..sebab mr mafia takkan caya selagi doktor tak sahkan..haishh terpaksa la isteri pergi klinik. Nasib baik akak-akak nad masa tu ada. Pergi klinik pun positif..masa tu dia cakap usia kandungan 1 bulan 4minggu. Terus bagitau mr mafia confirm betul baru dia caya..alahai suami den..dan bestnya ni adalah hadiah harijadi mr mafia..suka la dia..

Lepas tu balik kuala lumpur, rasa tak puas hati ajak suami pergi scan. Nampak kantung je..takpela..sekarang baby dah masuk 3 bulan..alhamdulillah..

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia"
"Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu"

Tolong doakan kesihatan kami berdua..semoga nad boleh lalui semua ni..
hai assalammulaikum

Lebih Elegant Dan Bergaya Dengan Koleksi Alfio Raldo - Kalau bab beg, kasut, dompet, semestinya nad sebagai perempuan akan celik mata sebesar-besarnya..haha..pasaipa sebab semua ni memang menjadi kegemaran seorang wanita dan perempuan. Tapi style nad selalu beli beg yang murah-murah je..yela dulu bagi kita beg biar murah dan tak berapa nak brand..sebab nad memang tak reti tengok beg berjenama ni..mata nad asal nampak cantik hah amik..pastu tengok-tengok tak tahan..koyak sana sini..

Tapi sejak kawin dengan mr mafia..dia la yang ajar beli barang brand-brand ni..tapi duit-duit diala..haaha..dia cakap beli mahal takpa janji tahan lama..ya betul..beg hantaran sampai la ni tahan lama..hahhaa..almaklumla nad tak dibesarkan dalam golongan orang yang membeli barang berjenama ni..hehe..tapi sejak tengok barangan Alfio Raldo ni..perghhh...memberontak nak...hahaa

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
Alfio raldo telah menjadi semakin menawan hati peminat fesyen sejak hari pertama lagi jenama ini telah dilancarkan. Koleksi gabungan yang bergaya, elegan dan sesuai digunakan untuk semua majlis  dengan gabungan warna-warna mewah dan klasik.

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
 Alfio Raldo mempunyai pelbagai jenis, bukan sahaja beg malah kasut, jam dan cermin mata. Semua ini memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Kualiti produk Alfio raldo tidak dapat dinafikan kerana ia  dijahit dengan sempurna dan dihasilkan daripada daripada kulit berkualiti tinggi.

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
"Stylist and suitable to wear for all daily activity and must all be impressed with the luxurious and charming style your later"Jordan Ling (Pengarah Urusan Jenama Alfio Raldo)

https://www.facebook.com/kerex.photography?fref=ts
credit pic kerex studio
 Weiii rambang mata takk..rambangg weiii..lagi-lagi beg biru tak..arghhh...Kini, Alfio Raldo boleh didapati di Parkson Grand, Isetan dan Metrojaya. Malah, boleh juga didapati secara online di ZALORA. Shopingg yokkk..
hai assalammualaikum

Sambal Nasi Lemak Antarabangsa Memang Superb - Sebut je nasi lemak..pasti semua orang pernah rasa kan..nasi lemak menjadi kegemaran semua orang..yang penting sambal dia..haaa..kaannn..sambal la paling penting, sebab sambal yang sedap mampu menarik ramai pelanggan. Nad memang suka giler makan nasi lemak..kalau dekat Meru memang berlambak la orang jual, mudah nak didapati..tapi dekat KL..pergh susahnyaa..nak cari yang sedap pun tak tau kat mana..Mr mfia pun tak tau..ape ntah yang dia tau..hahaa..

Sampaila nad pergi ke Nasi Lemak Antarabangsa dekat kampung Baru. Sebenarnya ni pertama kali nad pergi..mr mafia tak pernah bawak nad pergi sini..ni nangis ni..nasib ade geng-geng blogger nak review makan nasi lemak dekat sini..dapatla jejak kaki dekat kampung baru ni..memang tak sia-sia pergi..Siapa selalu pergi kampung baru ni senang je nak cari Nasi Lemak Antarabangsa ni, masuk je pintu gerbang..leps tu pandang belah kiri..nampak perkataan Nasi Lemak Antarabangsa..



Nad datang awal, masih tak ramai lagi orang..tapi dalam pukul 8.45 malam gitu dah ramai orang beratur..Kat sini macam-macam ada, sambal kerang, ayam, sambal biasa, rendang..uishh tak terkata laa..korang kene beratur untuk pilih menu sendiri..lepas tu bayar..jangan risau pekerja dekat sini memang dah expert..cepat je diaorang bekerja..jadi takdela korang beratur lama kan..kalau lama tu sebab korang pilih menu lama sangat..hahhhaa..


Malam tu nad makan nasi lemak dengan sambal biasa dan sambal kerang...bestnya telur dia sebiji bulat..hahha..dan bestnya nad ni jenis suka ikan bilis rangup..selalunya diaorang masukkan sekali dalam sambal..tapi yang ni diaorang ade bubuh ikan bilis yang rangup..tu sedapnya nasi lemak dekat sini..sambal dia manis dan tak berapa pedas..memang tak sia-sia la datang..


Ni la pulak menu mr mafia


Harga Nasi lemak Antarabangsa memang murah..tak lebih dari RM6...kann..dahla kenyang harag pun berbaloii..



selain daripada nasi lemak, ada lagi menu lain dekat Nasi Lemak Antarabangsa ni, seperti soto, kuih koci, nasi impit, bihun..dan lain-lain..ape tunggu lagi try ler Nasi Lemak antarabangsa ni
alamat : No 4 Jalan Raja Muda Kampung Baru


Paling bestnya, ade air special yang dijual dekat Nasi Lemak Antarabangsa ni..Ni dia Air Kelapa VIP kau...hhaha..sebab ape dia VIP..sebab ade aiskrim, coklat..then air buah..fuhh..lepas pekena nasi lemak, minum pulak air VIP ni..memang tak terkata..air VIP ni..sebenarnya bukan air kelapa je..tapi ade macam-macam buah..dia akan cakap korang nak buah ape..so pilihlaa..

FacebookKelapa Frutti 

Memang tak rugi kalau datang...
© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2