hai assalammualaikum
Buffet Ramadhan Buka Puasa di Bangi Golf Resort - Alhamdulillah..selepas merehatkan diri, inilah kali pertama event yang nad pergi. Dapat jugak jemputan food review Buffet Ramadhan ni di Bangi Golf Resort ni. Dan semestinya nad takkan lepaskan peluang ni... Masa ni la nak aktif balik sebelum berpantang..masa ni la nak makan macam-macam. Kali pertama pergi Bangi Golf resort ni..jadi masa pergi gunalah waze. Terus dia bawak ke tempatnya.
Lagi beberapa minggu je nak puasa kan. Pejam celik dah nak dekat puasa. Jadi, sempena bulan Ramadhan nanti, Bangi Golf Resort Restaurant akan mempersembahkan Buffet Ramadhan yang bermula 21 Jun 2015 hingga 15 Julai 2015. Bangi Golf Resort Restaurant merupakan salah satu beberapa resort golf di Malaysia yang mempunyai sijil Halal daripada Jakim..jadi takkan ade perasaan was-was di situ ya.
Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ni digemari kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan. Memang tak dinafikan..macam-macam makanan ada..tapi sebelum tu tunjuk makanan, meh nak bagitau harga dulu..ehehe..supaya korang tak tertanya-tanya..Meh nak bagitau harga dekat Bangi Golf Resort Restaurat ni..takdala mahai sangat pun..boleh datang seisi keluarga.
Dengan lebih 200 sajian istimewa yang pelbagai pilihan termasuklah masakan Melayu popular, sajian Barat dan masakan Timur yang pasti membuatkan pengunjung rasa puas hati dengan harga berbaloi-baloii...
RM 55 untuk dewasa
RM 27 untuk kanak-kanak
Makanan Utama Tempatan dan Masakan Timur
Meh tengok makanan yang akan disediakan di Bangi Golf Resort untuk buka puasa nanti. Di sudut Menu Utama Tempatan dan Masakan Timur pelbagai juadah disediakan Butter Prawns, Teriyaki chicken, Black Pepper Beef, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros dan macam-macam lagi..
Makanan Barat
Meh kita pergi makanan Barat pulak..hehee..Dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim ayam salai dengan Bawang Foccacia Panggang. Jangan tak tau, chef dekat sini telah tambah menu atas permintaan pengunjung iaiatu Beef Laagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce.
Salah satu hidangan yang pertama kali nad rasa dan memang memenuhi tekak ni. Telur beserta kuah..nyum..nyum....nampak macam geli tapi sebenarnyaa SEDAPP.....
Bagi yang nak makanan ringan..ade jugak disediakan mee jawa, rojak..ummpphh..mantop
Dessert
Rambang mata tengok bahagian dessert ni..ada banyak lagi..alhaii..sedapnyaaa..
Kalau korang sampai sini..korang kene survey dari dalam sampai luar..hahaa..sebab kambing golek ni dekat bahagian luar. kalau korang tak perasan alamatnya melepas nak merasa. sebabnya kambing ni mendapat sambutan hangat dari tetamu sampai tinggal tulang weii..dagingnya yang lembut..memang aummm..Selain tu ada jugak sup kambing mamak. ada jugak sate daging dan ayam beserta makanan bergoreng seperti kuey teow goreng dan mee goreng mamak.
Pada Buffet Ramadhan kali ini, Bangi Golf Resort memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka di mana para pengunjung dapat melihat sendiri chef-chef kita menyediakan makanan serta boleh terus berinteraksi dengan mereka. Jangan ingat datang sini makan je, tapi disini turut dihiburkan dengan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara live oleh sebuah kugiran dari pukul 6.30 petang sehingga 9.30 malam. sambil makan sambil layan lagu.
Pasal Parking jangan risau, bangi Golf Resort akan menyediakan 800 tempat letak kereta secara percuma. surau juga disediakan.
Info lanjut Bangi Golf Resort:
Alamat :No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,Selangor 43650
Malaysia.
No. Tel : +[60] 03 – 8925 3728
Website : https://www.bgrrest.com
email : bgb.bangigolf@gmail.com
Waktu operasi :6.30 am - 9.30pm Daily
whoaaaa nangis laju2.
ReplyDeleteMEMANG TAK RUGI BERBUKA PUASA DI BANGI GOLF. UNTUK BELIAN VOUCHER DAN TEMPAHAN BUFFET RAMADHAN BOLEH HUBUNGI WANI DI TALIAN 016-9645544 ATAU 016-9645544 MELALUI EMAIL : bgrrestaurant@gmail.com
ReplyDeletetelan air liur tgk makanan dia
ReplyDeleteselalu datang makan sini ..lagi best kalau time buffet ramadhan , MERIAH !
ReplyDeleteSaya suka menu tradisional fussion tu - telur separuh masak letak mushroom tu .. apa ke nama dia .. anak saya pun suka.
ReplyDeleteLagi satu, udang tu .. perghhh .. memang terbaiklah.
Dah merasa menjamu buffet ramadhan di BGR, saya secara peribadi sangat syorkan siapa nak gi buka puasa di sini.
:)
jangan tak ke solat tarawih pulak lepas makan ni . heheee
ReplyDelete