hai assalammualaikum
credit pic kerex studio |
Nivea whitening and Firming Body Care Range -Tak kira siang atau malam, perempuan sentiasa jaga penampilan dan kecantikan diri. Apa yang paling penting selain muka adalah badan. Kita ni kalau boleh sentiasa nak badan kita lembap, licin , halus, putih dan gebu kan.
Kulit
yang cantik sering dikaitkan dengan kulit yang bermaya. Namun majoriti wanita
Asia mahukan lebih daripada itu. Mereka sentiasa mencari inovasi terbaru dalam
menzahirkan kulit cerah sempurna kerana ia adalah faktor utama dalam menentukan
erti kecantikan bagi wanita di Asia.
Keinginan
untuk memiliki kulit yang cantik tidak berakhir disitu sahaja. Wanita mahukan
kulit yang anjal dan tegang supaya mereka kelihatan muda. Namun ia adalah sukar
untuk memiliki kulit yang cantik, cerah dan anjal kerana tiada produk penjagaan
kulit badan di pasaran yang memberikan manfaat dua dalam satu mencerah dan
menganjal secara serentak. Oleh itu, ramai wanita bergantung kepada fesyen
untuk mengaburi rasa tidak yakin terhadap bahagian tubuh badan yang bermasalah.
Memahami situasi ini, NIVEA sebagai peneraju jenama
produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus
setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. NIVEA telah mengambil
pendekatan baru dalam kategori produk penjagaan kulit badan dengan inovasi
produk yang menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10. Ini merupakan produk yang pertama di Malaysia
yang menawarkan dwi fungsi; manfaat mencerah dan menganjalkan kulit badan dalam
satu aplikasi.
Rangkaian
produk terbaru dari NIVEA ini menggunakan Vitamin C dengan 95% keaslian untuk
merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari.
Manakala Q10 pula adalah coenzyme
yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit
manusia. Walaubagaimanapun, kadar coenzyme
menurun apabila usia semakin meningkat. Justeru itu, NIVEA Q10 terkenal
dengan manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit
menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Gabungan kedua-dua bahan utama ini
dalam formulasi produk terbaru NIVEA ini, menjadikan kulit lebih anjal dan
tegang dengan aplikasi yang berterusan.
Menurut Jaren Ong, Pengurus Kanan Produk Beiersdorf
Malaysia: “Selama lebih dari 100 tahun, NIVEA telah menerajui kategori produk
penjagaan kulit dan sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik. Sebagai
pakar kulit melalui inovasi produk, kami sentiasa meletakkan keperluan dan
kehendak khusus setiap pengguna sebagai tunggak utama di dalam menghasilkan
sesebuah inovasi produk. Pelancaran rangkaian produk penjagaan kulit badan mencerah
dan menganjal yang pertama di Malaysia, ini merupakan sebuah pencapaian inovasi
produk bagi kami dan para pengguna NIVEA”.
Ketika berlangsungnya
majlis pelancaran produk terbaru ini, NIVEA turut menjemput Dr.Siddique yang
merupakan seorang pakar Dermatologi Aestetik untuk berkongsi pendapat pakar
beliau tentang kepentingan Vitamin C dan Q10 coenzyme selain berkongsi pendapat
tentang keinginan wanita dalam memiliki kulit cerah dan anjal.
credit pic kerex studio |
Jelas Dr.Siddique, “Vitamin C boleh membantu
melindungi kulit daripada kerosakan matahari dan untuk mengurangkan masalah tona
kulit tidak sekata dan kedutan. Antioksidan ini bertindak dengan mempercepatkan
sistem pemulihan semula jadi kulit dan dengan secara langsung menghalang
kerosakan yang lebih teruk. Q10 memainkan peranan penting dalam memastikan
kulit kelihatan lebih muda. Namun Q10 akan mula berkurangan apabila anda
semakin berusia. Kebanyakkan wanita yang berusia 30 tahun ke atas mempunyai
kadar Q10 dibawah tahap optimum. Ini mengurangkan kemampuannya untuk menghasil
kolagen dan elastin. Kolagen amat penting kerana ia membuatkan kulit ada anjal,
manakala Elastin mebuatkan kulit lebih fleksibel. Kehilangan Kolagen dan Elastin
menyebabkan kulit berkedut dan kendur.
Penggunaan produk penjagaan kulit luaran yang mengandungi Q10 dapat
membantu kulit menjadi lebih anjal dengan berkesan kerana ia dapat meresap
terus kedalam kulit memberikan antioksidan yang menghasilkan kolagen serta elastin”.
Majlis
pelancaran tidak berakhir di situ sahaja. Nivea turut melancarkan kempen
‘Flaunt it. Fair and Firm”, bersempena dengan kehadiran inovasi produk mencerah
dan menganjal yang pertama daripada NIVEA. Objektif kempen ini adalah untuk
membantu memberikan kesedaran bahawa kulit yang cerah dan anjal adalah definisi
gaya fesyen yang sebenar. Kini mereka tidak perlu menutup kekurangan diri
dengan berselindung disebalik gaya pakaian, sebaliknya tampil yakin dengan
kulit cerah dan anjal mereka.
Buat pertama kalinya, NIVEA bekerjasama dengan Yasmin
Hani, seorang personaliti TV terkenal bersama Emely Poon, personaliti radio
yang sedang membina nama untuk kempen ini. Kedua-dua bintang ini amat dikenali
oleh wanita Malaysia. Yasmin dan Emely
percaya bahawa apabila anda memiliki kulit cerah dan anjal, anda pasti
kelihatan menawan dalam apa sahaja gaya pakaian. Kerana kulit anda adalah
definisi gaya fesyen yang sebenar. Tapi pada waktu ni Yasmin Hani tak dapat menghadirkan diri disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.
credit pic kerex studio |
credit pic kerex studio |
Untuk maklumat
lanjut mengenai kempen ini, para pengguna boleh melayari laman facebook rasmi
NIVEA di https://www.facebook.com/mynivea atau perjalanan kempen
“Flaunt it. Fair & Firm” yang menampilkan Adam Saaks, Yasmin Hani dan Emely
Poon di laman rasmi Youtube NIVEA di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA. Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA
boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya hyper, pasaraya utama, pasaraya mini
dan kedai serbaneka yang terpilih di seluruh Malaysia.
credit pic kerex studio |
credit pic kerex studio |
Rangkaian NIVEA WHITENING
& FIRMING terdapat dalam 3 Kategori
Losyen NIVEA Whitening
& Firming - Harga bermula dari
RM10.50
-
Losyen Badan NIVEA Instant White Firming SP15
-
Losyen Badan NIVEA Extra White Firming
Serum NIVEA Whitening &
Firming - Harga bermula dari RM 9.50
-
Serum Badan NIVEA Anti-Age White Firming dengan
SPF 33
-
Serum Badan NIVEA Extra White Firming dengan SPF
33
-
Serum Badan NIVEA Instant White Firming dengan
Serum SPF 33
-
Serum badan NIVEA Night White Firming
Krim NIVEA Whitening &
Firming Cream – Harga bermula dari RM 12.90
-
Krim Badan NIVEA White & Repair UV
Kempen ini akan berlangsung sehingga bulan April 2015 dimana NIVEA
secara eksklusif akan membawa Adam Saaks dari Amerika Syarikat ke
Malaysia untuk sebuah pertunjukan fesyen istimewa di mana beliau akan
mempersembahkan demonstrasi bakat beliau mencipta gaya fesyen pakaian
dengan sebilah gunting
selamat malam..lamanya tak jenjalan sini...malam ni melawat semua org :D
ReplyDeletesyira mencari sponsor utk ga akan dtg..boleh PM PAGE FACEBOOK : BLOG SYIRA LOKMAN ^_^
lin suka losyen dia.. wangi dan best...
ReplyDeleteboleh try yg plak nnt
ReplyDeleteThis is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing websites that understand the value of providing a quality resource for free. It is the old what goes around comes around routine. galvanic facial machine
ReplyDelete