hai assalammualaikum

Pertama Kali Dengan Buku Pink - Ape tu buku pink?.. Buku latihan sekolah ke?...Haha..idok ler..ni buku kesihatan ibu mengandung. Bagi ibu yang mengandung tau la buku ni. Sebelum ni nad pun tak pernah amik tau pasal buku pink. Yela, nak buat apa kan amik tau, takda kene mengena ngan kita..nah kau, sekarang baru terkedek-kedek nak amik tau. Dulu ada baca jugak, tapi baca gitu-gitu jele.. Buku Pink ni khas untuk ibu mengandung bagi memeriksa diri dan bayi dalam kandungan. Jadi apa-apa dia tulis dekat buku pink ni. Kira buku rekod ibu mengandung ler. Sebab ape dipanggil buku pink sebab warna dia warna pink..hahaha..



Sepatutnya bila dah tau pregnant, cepat-cepat terus buat buku pink ni, supaya ibu dan bayi dapat diperiksa lebih awal, nurse yang cakap..tapi nad ni mana tau, tanyala akak nad. Akak nad cakap tunggula kandungan masuk 3 bulan baru buat. Kita pun dengarla. Dah masuk 3 bulan baru buat buku pink. Nasib baik nurse tak marah.hehhe..nad buat dekat klinik kampung pandan sebab dekat situ jela klinik ibu dan anak yang ade dan dekat dengan rumah. Masa nak buat buku pink tu, dia mintak bil letrik dengan sijil kawin. Tak tau motif apa bil letrik tu, mayb nak tengok tempat kot. Pastu kene isi la borang bagai, isi berkenaan maklumat. Tanda hijau tu sebab berat nad..



Lepas siap tunggu giliran pulak..nombor giliran jangan cakapla..kau sampai awal, lambat juga siapnya..tapi biasalah..ramai orang waktu tu. Jadi tunggu jele. Bila dah sampai no giliran, masuk bilik, nurse kat situ cakap, dah ambil darah, air kencing, nad cakapla belum..sudah pulak..kene tunggu giliran lagi untuk ambil darah dan air kencing serta berat. Tu dah bilik lain..memang masak masa tu..perut dah lapar..tapi takut nombor giliran dipanggil, sabar jela. 




Dah lama weii tak nampak jarum besar untuk ambil darah. Huishh masa tu jantung laju..mr mafia mula la dia mengacau kita. Nombor dipanggil, nasibla nurse-nurse dekat situ baik-baik. Memang pandang tempat lain la masa dia amik darah. Besarr weii la jarum tu..dia ambil darah sebab nak tau ada hiv ke tidak..tak silap la..lupa pulak. Lepas tu ambil ujian air kencing dan berat. Bab berat lawak ler, berat nad tak sampai 40 pun..adehh..udahla kurus..kene makan lagi ni..




Lepas tu masuk bilik mula-mula tadi jumpa doktor bagitau pasal berat, ujian air kencing. Lepas tu doktor perempuan tu cakap la seperti biasa
1) period last bila 
2) alahan macam mana
3) akan bagitau due date bersalin
4) cerita berkenaan ibu mengandung, boleh makan tu, tak boleh makan ni
5) masalah kesihatan keluarga dan lain-lain

Lepas tu dia suruh baring dekat katil..dia cek..
1) payudara..ajar kita cara periksa ketulan..kot-kot ada kan..nasib perempuan yang cek..tapi malu juga..hahah..nurse tu cakap pasal menyusu..yang nad ni tengah geli-gelian..
2) cek perut kita..ditekan-tekan..geli masa tu..hahah
3) ukur perut..



Selesai buat tu..kene masuk bilik lain pulak. Benda sama je dia cakap. Takpela..demi baby, demi kesihatan baby dan ibu ku gagahkan jua..hehe..nasib baik nurse-nurse dekat situ baik-baik..nad pun relaks jele..mr mafia dah sampai tertido-tido dah..alahai laki den. Selesai semua nurse bagi ubat vitamin warna merah ni..sehari sekali makan. Lepas tu check up sebulan sekali. Gitula masa nak buat buku pink. Hah check up pertama ni dari pukul 8 pagi sampaila pukul 1petang baru siap..haha tapi untuk check up kedua..dia cepat tapi ada tambahan. Hah nanti nad cerita.
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. tahniah.... jaga kandungan baik2...

    ReplyDelete
  2. mmg standrad buka buku masa 3bulan.. terajin plak nurse kat KK awak awal2 suh buka da..hehe..

    alahai apesal kurus sgt awk?? awk tinggi...sy dh lama xdpt berat gtu..haha..rasanya berat xsmpi 40 ni msa skolah menengah dlu je..wakakaka

    ReplyDelete
  3. tahniahh. kita pun terangkak-2 macam awakk.. tahniahhh ~

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..tahniah..procedure buat buku pink mmg leceh n lama sekarang..KK tempat saya kena buat appointment dulu

    ReplyDelete
  5. Tahniah... jg diri bebaik... mkn tu kena jaga jugak... apa awak mkn utk baby dlm tu jugak...

    ReplyDelete
  6. Asslmkm.. Tahniah.. Teringat msa kali ptma buat buku. Pegi sndiri je.. Hehe..

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2