hai assalammualaikum
Nasi Ayam Hasil Tangan Sendiri - halo-halo semua..apa aktiviti hari ahad korang arini..nad macam biasa duduk rumah rehatkan diri. Dan macam biasa kerja mengemas dan memasak. Hah hari ahad kalau boleh nak masak sedap-sedap. Bila dalam kepala nak.masak tu..jadila die..Dah lama sebenarnya nak buat nasi ayam ni..tapi baru arini kesampaian..hahaha..nampak kerajinan di situ..tunggu rajin je..lagi satu tunggu bahan semua lengkap..hahhaa..macam tu pulak kan..yang penting arini nad buat nasi ayam..lagi pun ada saudara belah mr mafia datang..alang-alang masak sedapla kan..aummm..
Tengok buat nasi ayam macam rumit..nak kene sediakan sup,sambal,kicap,nasi lagi..tapi bila buat..senang je..,tadaaa..nasi ayam nad arini..amacam nampak mengiurkan tak..hehehe. Almaklumla ni pertama kali buat..selama ni rasa mak punya je..nah sekarang hasil tangan sendiri...meh nak kongsi resepi
Bahan-Bahan:
1 ketul ayam dipotong ( untuk mendapattkan rasa)
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 biji bawang besar ditumbuk halus
Lada hitam ditumbuk halus
sup bunjut
1 Bunga lawang
1 Kayu manis
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Cara Penyediaan:
Cara untuk memasak sup:
Rebus air rebusan ayam bersama bahan-bahan tumbuk, bunga lawang, kayu manis dan sup bunjut. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masak kemudian Taburkan dengan hirisan daun sup.
Bahan untuk ayam (diperap) :
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar madu
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
Sedikit lada hitam ditumbuk halus
Cara untuk ayam:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk. Bubuh kicap,sos tiram dan madu. Dah haul semua perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam). Macam nad perap sehari, malam buat siang tu keluarkan. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika dan angkat.
Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Cara untuk memasak nasi:
Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Cara untuk memasak sos:
Kisarkan semua bahan di atas. Kemudian dimasak sebentar untuk menaikkan aroma. Bubuh sedikit garam dan gula serta air rebusan sup.
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas ( kalau taknak bubuh, boleh guna kicap botol tu je)
Cili padi ( saje bagi pedas)
Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap. Kalau guna kicap perapan ayam kene masak dulu..kalau guna kicap botol tuang je terus hidang..
Nasi ayam... makan hari2 pun susah nak jemu.. haha
ReplyDeletesdapnya..:)
ReplyDeletesedapnya tetiba lapa
ReplyDeleteAishhh sdppnya tu nad
ReplyDeleteYa Allah, sedapnya kak, jeles tengok orang yang pandai masak ni... Mohon post kat ena sedikit...
ReplyDeleteTerus rasa lapar tgk menu nad masak, huhhhh pandai
ReplyDeletekita baru tahun lepas buat nasi ayam sendiri.
ReplyDeletetu pun habis google bagai. Nampak macam remeh tapi sebenarnya senang dan jimat kos kan..
wah..sedapnya nasi ayam
feberet neh
ReplyDeleteterliuq ni lahaiii.... xpernah lagi nak buat sendiri... malas.. hehe
ReplyDeleteWahh.. sedapnya.. berselera pulak.Ada lagi tak Nad.. emel sikit kat saya hehee.. :D
ReplyDeletedatang berkunjung. wooww...nasi ayam...alamak, esok puasa dah...
ReplyDelete