hai assalammualaikum
Perempuan Mengandung Boleh Berpuasa ke? - Tahun ni puasa berlainan sedikit untuk nad. Sebab apa? sebab nad sedang berbadan dua. Ramai teman dan nurse sendiri kata, bulan puasa ni kalau larat nak puasa bolehla puasa tapi kalau tak larat , macam perut pedih ke, meragam ke better buka puasa. Ia adalah untuk keselamatan ibu dan baby dalam kandungan tu. Nad kalau boleh nak puasa la, yela pikir balik sebab malas nak ganti pausa nanti..hahaha..jadi kalau boleh puasa kita teruskan puasa..
Paling penting jangan tinggal sahur..hhehe..itu memang diamalkan sejak dulu lagi..sebab kalau tak sahur boleh lemau oo..Bersahur sangat penting jika berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap
tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat
membekalkan dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda
perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan
simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Mengikut mazhab Imam Syafie, sekiranya dikhuatiri dengan berpuasa itu
akan memudaratkan ibu atau bayi atau kedua-duanya, ibu tersebut
diwajibkan berbuka. Puasa itu boleh diganti di kemudian hari. Walaupun seseorang ibu hamil itu berpuasa, bayi di dalam kandungannya
masih boleh mendapatkan zat makanan untuk keperluannya dengan menyerap
zat yang disimpan di dalam tubuh si ibu melalui tali pusat…walaupun si
ibu itu berpuasa.
Sumber dari SINI
Apa kata doktor
Wanita hamil yang berpuasa mungkin mengalami kesan sampingan seperti
hipoglisemia (paras glukosa dalam darah yang lebih rendah daripada
normal), ketosis dan dehidrasi. Risiko ini dikatakan meningkat jika berpuasa di awal kehamilan
(trimester pertama) kerana biasanya pada fasa ini banyak berlaku
komplikasi kehamilan yang kurang menyenangkan. Oleh itu, doktor-doktor
tidak menggalakkan ibu-ibu yang berada pada fasa pertama kehamilan untuk
berpuasa.
Walau bagaimanpun, tiada satu nasihat yang seragam atau ‘one size
fits all’ yang boleh digunakan oleh semua wanita hamil yang ingin
berpuasa.
Oleh itu, walaupun si ibu merasakan badan mereka ‘ok’, ibu-ibu hamil
yang ingin berpuasa dinasihatkan berjumpa doktor agar doktor dapat
memeriksa keadaan sebenar anda dan keupayaan anda untuk berpuasa.
Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu, doktor akan melarang anda berpuasa sekiranya anda mengalami:
~ kencing manis
~ penyakit hati yang tidak berfungsi
~ penyakit bronchial asthma yang teruk
~ tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
~ kehamilan kembar
~ risiko kelahiran pramatang
~ masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius
Nak puasa atau tidak berpuasa
Tidak dinafikan ada ibu-ibu hamil yang berjaya berpuasa penuh
di bulan Ramadhan. Bahagia rasanya dapat menjalani ibadah puasa tanpa
‘gangguan’ daripada ‘kawan baik’ kita yang selalu datang setiap bulan
itu…
Namun, harus diperhatikan tanda-tanda seperti di bawah ini agar anda
dan kandungan anda tidak terjejas disebabkan puasa anda itu. Lagipun,
sebagai wanita hamil, anda memang telah diberi lampu hijau dari awal
lagi untuk tidak berpuasa.
1. Pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama
setengah jam dan jika tiada perubahan, segera hubungi doktor anda.
2. Loya atau muntah.
3. Sekiranya usia kandungan melebihi 20 minggu, perhatikan jika
terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda (tidak
bergerak/kurang menendang).
4. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda dehidrasi.
5. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan berat badan.
6. Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin.
7. Sakit kepala atau demam.
Sumber SINI
Wanita hamil boleh mengandung kalau mempunyai kekuatan..kalau tak kuat boleh je buka puasa..kaann..ok info untuk kita yang sama-sama pregnant.
InshaAllah Allah akan jaga baby tu di bulan puasa ni.. Berdoa banyak2.. Apapun ena doakan akk kuat.. Hehe
ReplyDeleteSelamat berpuasa nad..:)
ReplyDeleteSelamat berpuasa Nad. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Nad dan baby:))
ReplyDeletekite tahun lepas mengandung, Alhamdulillah sebulan berjaya puasa.. tahun ni fully bf pulak, lagilah mencabar rasenyer :P
ReplyDeletebetul tu nadia
ReplyDeleteciksu hri tu mmg tgh sarat dah.
alhamdulillah..
ciksuami yg lebih risaukan.tnya berkali kali bby gerak mcm biasa tak
mmg kena selalu kira pergerakn baby
selalu ckp ckp dgn baby
yakin dengan Allah
selamat berpuasa nad
assalamualaikum nad...selamat menyambut bulan Ramadhan n selamat berpuasa...:)
ReplyDeletehehehe sama lah kita.
ReplyDeleteberpuasa time mengandung
moga dipermudahkan kann
kalau x bahaya boleh lah puasa..listen to your body.
ReplyDeletekhasiat makanan kena amik lebih dari org biasa.
respek prgnent women!