GEMBIRA BILA BERAT DAH NAIK 40 KG

in , , by Nadia Johari, 13:46:00
hai assalammualaikum


Berat Dah Naik 40 kg - Dari sekolah lagi berat nad tak pernah la sampai 40 kg..bawah 40 je..tengok badan pun dah macam tulang hidup..hahaa..Semua perasan yang nad ni jenis makan banyak, tapi tak tau makanan ke mana..nak kata buang air besar pun tak selalu..kadang-kadang je..huhuhu..tapi nad bersyukur sebab tak perlu susah payah nak turunkan berat badan dan beli ubat kurus..tak perlu penin dengan masalh berat badan. Tapi setiap hari berusaha jugakla nak naikkan berat badan ni, dapat cecah 43kg pun ok..

Banyakla yang kata " hang kawen nanti, gemuk la..takyah risau".. bila makan banyak " ko ada bela saka ke ape?..makan banyak tapi tak gemuk"..haishh macam-macamlaa..nad tak kisah pun..yang penting nad sihat...

 Faktor Penyebab Susah Menjadi Gemuk

1. Faktor Keturunan
Salah satu mungkin fakto keturunan. Cuba lihat dalam keluarga atau saudara, ada yang berbadan gempal? Kalau takda, mungkin itu salah satu puncanya. Tapi itu bukan bererti kita takkan gemuk suatu hari nanti. Macam nad, semua keluarga nad mudah naik berat badan, cuma nad seorang je sukar nak naik berat badan. Nak kata keturunan bukan semestinya.


2. Gangguan Metabolisme Tubuh
Orang yg berbadan kurus memiliki kerja metabolisme yang terlalu cepat. Jadi seberapa banyak dia makan akan cepat dibakar oleh tubuh menjadi tenaga. Jika ada gangguan pada metabolisme tubuh, sebaiknya cuba berjumpa dengan doktor untuk mengetahi apa puncanya dan cara mengubatinya.

3. Tidak Pernah Detoks (mengeluarkan racun dari dalam tubuh)
Selain itu, kenapa berat badan tidak  naik disebabkan adanya kotoran di dalam usus kita, makanan yang kita makan setiap hari atau makanan yang diolah , maka makanan tersebut dapat menimbulkan kerak / kotoran di dalam usus sehingga penyerapan zat gizi, nutrisi dan vitamin dari makanan yang kita makan tidak dapat terserap sempurna oleh usus halus. Apabila nutrisi makanan yang kita makan tidak bisa meresap dengan sempurna maka pertumbuhan tubuh kita pun akan terganggu. Jadi walaupun makan banyak pun tidak dapat gemuk. Hal ini dapat di atasi jika anda melakukan detoksifikasi dalam1 bulan sekal.

Tu antara faktor kenapa badan tak naik..tapi sekarang sejak mengandung 5 bulan ni..aritu cehck up akhirnya cecah 40kg ngam-ngam..ahhaha..setiap hari pergi check up nad tak sabar nak timbang berat badan..yela risau kalau tak naik jugak..ramai kata kalau berat tak berapa,susah nak beranakla..apa la..haishh..kita ni yang menanggung risau yang amat. Jadi aritu, naik jugakla berat badan nad ni..tapi ada kata-kata dengki yang menyahut iaiatu mr mafia..boleh dia cakap "eleh ada orang dalam tolong naikkan"..ceh..memang dengki..haaha..tak kisahla sebab pregnant dia naik..nad suka sangat..

Puasa ni nad memang puasa, lepas buka puasa mesti makan macam-macam..gitula..nasib due lambat lagi..bolehla melantak untuk raya nanti..ahahhaha..makan..makan dan makan...
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. Nad, sila gembira buat sementara waktu yer...nanti bila dah bersalin berat tu akan turun kembali, percayalah kata-kata akak ni...akak lepas bersalin turun 10 kg ok?

    ReplyDelete
  2. k lily paling senang badan nak naik kan... hehehehe

    ReplyDelete
  3. keturunan sebenarnya main factor. makan banyak mana memang tak gemuk. haha

    ReplyDelete
  4. bestnya klu kuat makan berat tak pandai naik...ini KG makan sikit pun badan tetap naik..

    ReplyDelete
  5. Metabolisme tinggi agaknya. Semua makanan ditukarkan kepada tenaga dengan cepat. Baguslah kalau begitu. Tiada masalah macam mana nak kurangkan berat badan.

    ReplyDelete
  6. untungla berat tak naik.. akak ni mkn byk ckit je dah naik..
    Apa pun semoga sihat semuanya... aamiin

    ReplyDelete
  7. Nad, rasanya kita ni dalam kategori sama..hihi...makan byk tp xtau gi mana...fakto plg kuat sebab keturunan kot sbb pun orgnya kecik juga hihi

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2